7 Jenama Serum Paling Popular Untuk Jerawat dan Jeragat di Malaysia

by - March 01, 2019

7 Jenama Serum Paling Popular Untuk Jerawat dan Jeragat di Malaysia | Kalau nak cari serum terbaik di pasaran hari ini pasti korang pening dengan lambakan jenama serum yang ada di pasaran. Pilihan harga pula ada pelbagai variasi, bergantung pada bajet yang korang peruntukkan. Namun, korang perlu ketahui setiap serum mungkin mempunyai fungsi yang berbeza sama ada serum untuk putihkan kulit, serum untuk jerawat, serum untuk jeragat atau serum yang berfungsi merawat semua masalah kulit. 


Penting ke pemakaian serum pada wajah? Bagi Gee sendiri, setelah mencuba pada kulit, baru Gee ketahui dan sedar betapa pentingnya pemakaian serum pada wajah. Memang berbaloi kalau korang mengeluarkan sedikit belanja untuk beli serum wajah yang terbaik di pasaran. 

Jom Gee kongsikan antara 7 jenama serum paling popular yang paling disukai oleh wanita di Malaysia. 

7 Jenama Serum Paling Popular Untuk Jerawat dan Jeragat di Malaysia

#1 LANEIGE CLEAR C PEELING SERUM
Laneige Clear C Peeling Serum merupakan serum wajah yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Pemakaian serum ini setiap hari akan membantu kulit korang kekal lembab dan lembut. Selain itu, serum ini juga berfungsi untuk memperbaharui sel kulit mati dengan menghasilkan sel kulit baharu dan menjadikan kulit kekal muda sentiasa.

Jenama Laneige antara jenama produk penjagaan wajah yang semakin popular dan disukai hari ini kerana mempunyai pelbagai rangkaian produk pilihan untuk penjagaan wajah dan juga produk solekan.

#2 BIO-ESSENCE BIO-WHITE ADVANCED WHITENING SERUM
Wah kulit pasti bertambah cantik dan berseri dengan pemakaian Bio-Essence Bio-White Advanced Whitening Serum. Ia sangat berkesan bagi anda yang mempunyai bintik - bintik hitam dan kulit wajah yang kusam. Kulit juga akan menjadi lebih lembab dan lembut. 

#3 GARNIER SAKURA WHITE SERUM

Jenama Garnier bukan jenama yang baru di pasaran. Kini, Garnier juga ada mengeluarkan produk serum untuk wajah iaitu Garnier Sakura White Serum yang dapat membantu kulit korang bertambah sihat dan cantik. Garnier Sakura White Serum ini diekstrak daripada bunga sakura yang boleh membantu kulit korang bertambah lembut, halus, cerah dan juga kelihatan semakin muda.

#4 COSMODERM LUMINOUS PEARL BRIGHTENING NIGHT SERUM
Serum popular seterusnya adalah daripada jenama Cosmoderm iaitu Luminous Pearl Brightening Night Serum. Penggunaan yang konsisten pada setiap malam akan memberikan anda wajah yang lebih cerah, menganjalkan kulit serta menjadikan kulit lebih muda. 

#5 CLINELLE PURE SWISS HYDRACALM SERUM

Korang yang mempunyai masalah kulit kering sangat bagus untuk menggunakan Clinelle Pure Swiss Hydracalm Serum ini. Serum Clinelle ini sangat bagus untuk melembabkan kulit, menjadikan kulit korang semakin glowing dan tegang. Tambahan pula, jenama Clinelle ini antara jenama produk penjagaan wajah yang popular, berkesan dan selamat digunakan tanpa was-was.

#6 THE BODY SHOP VITAMIN E INTENSE MOISTURE SERUM
Rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah berjenama The Body Shop sudah dikenali dikalangan penggemar produk kecantikan. Salah satu produk The Body Shop yang bagus untuk kulit wajah adalah Vitamin E Intense Moisture Serum. Ia sangat bagus bagi membantu merawat kulit dari dalam serta melindungi kulit daripada masalah kulit seperti kulit kusam. Vitamin E Intense Moisture Serum sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan di malam hari atau siang hari.

#7 DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL 


Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan serum wajah yang lebih dikenali sebagai Serum Dr Beau. Untuk pengetahuan korang, Gee sendiri mula menggunakan Serum Dr Beau dari tahun lepas lagi. Korang pernah tengok tak serum dalam bentuk kapsul softgel? Bunyi macam pelik, tapi Serum Dr Beau sememangnya dibuat istimewa di dalam bentuk kapsul softgel. Korang tak perlu picitkan serum dari botol, malah kualiti serum sangat terjaga kerana korang hanya perlu ambil satu softgel setiap kali mahu menggunakannya. Jom Gee kongsikan lebih details lagi berkenaan Serum Dr Beau ni.

Serum Dr Beau Diperbuat Daripada Herba Gred AAA


Sebelum korang menggunakan produk kecantikan dan kesihatan kulit, perkara paling utama yang perlu dikenalpasti adalah produk yang selamat digunakan. Bukan apa, tersalah pilih produk akan memberi kesan buruk lagi kepada kulit korang dikemudian hari nanti. Serum Dr Beau selamat digunakan kerana ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM NO : NOT170502921K ). 

Jom lihat apakah bahan herba yang digunakan di dalam Serum Dr Beau ini :

Ekstrak Rose Hip Oil 
Ekstrak Argan Oil
◉ Ekstrak Almond Oil
◉ Ekstrak Apricot Kernel Oil
◉ Ekstrak Wheatgerm Oil
◉ Ekstrak Evening Primrose

Ketahui Manfaat Serta Kebaikan Serum Dr Beau

Produk keluaran Teja Herbs ini merupakan produk keluaran bumiputera yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 lagi. Terbukti keberkesanannya, Serum Dr Beau telah laris dijual lebih 300,000 botol. Pengguna Serum Dr Beau bukan sahaja dari negara Malaysia malah negara luar juga turut menjadi pengguna Serum Dr Beau seperti di negara China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapore dan juga Indonesia.


Antara manfaat penggunaan Serum Dr Beau secara konsisten adalah :

◆ Merawat masalah kulit kusam.
◆ Membantu memudarkan jeragat yang kronik.
◆ Menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
◆ Merawat kulit gelap yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terik.
◆ Membantu menghilang masalah lebam bawah mata.
◆ Membantu kulit untuk lebih lembab tanpa masalah kulit kering dan berminyak.
◆ Membantu menghilangkan white head dan black head pada wajah.
◆ Membantu merawat parut yang disebabkan melecur.


Wah! Sangat banyak manfaat Serum Dr Beau ni tau!! Paling best dan menarik adalah Serum Dr Beau mampu merawat masalah jerawat dan jeragat yang kronik. Bukan senang tau nak dapatkan kulit sihat bebas jerawat. Namun, formulasi bioteknologi terkini yang disahkan dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat membantu ramai wanita untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Serum Dr Beau Merupakan Serum Pilihan Artis di Malaysia

Jangan korang tak tahu, ramai artis yang telah menggunakan Serum Dr Beau untuk dapatkan kulit yang cantik dan bersih bebas cela. Artis mana tak nak kulit yang sihat kan? Diaorang setiap detik kena bersolek, maka kulit haruslah sentiasa dijaga dengan betul supaya bahan kimia bahan solekan tidak memberi kesan yang buruk pada kulit wajah.







Cara Penggunaan Serum Dr Beau Yang Mudah dan Cepat


Penggunaan serum mestilah mengikut cara yang betul dan konsisten. Ini supaya serum berkesan dengan baik pada kulit korang nanti. Di sini Gee kongsikan cara penggunaan Serum Dr Beau yang mudah.

1) Bersihkan kulit muka : Muka haruslah berada dalam keadaan yang bersih agar serum dapat meresap ke dalam kulit lebih sempurna.

2) Sapukan Serum Dr Beau ke wajah : Tuangkan ke tapak tangan atau dititiskan ke muka. Penggunaan pada tapak tangan terlebih dahulu adalah untuk mengaplikasikan serum supaya serum meresap lebih baik ke dalam kulit.

3) Ratakan Serum Dr Beau ke seluruh wajah : Gosokkan serum dengan lembut menggunakan 2 jari anda dan lakukan gerakan memutar dan kearah atas.

5) Urutkan muka dengan lembut.

6) Tepukkan dengan telapak tangan pada muka.

SIAP!! 

Lihat Video Sis Gee Guna Serum Dr Beau


Gee suka gunakan Serum Dr Beau sebelum Gee guna bedak atau foundation. Rasa macam best sebab foundation jadi mudah untuk sekata dan kulit rasa lebih lembut. Tekstur Serum Dr Beau macam berminyak tau tapi sekejap je sebab bila dah meresap, kulit rasa macam biasa tapi wangi!! Penggunaan pun sangat jimat sebabnya satu kapsul Gee boleh gunakan 2 kali. 

Jom Lihat Testimoni Mereka Yang Dah Mencuba!!








Dapatkan Kulit Sihat Bebas Jerawat dan Jeragat Dengan Serum Dr Beau!!!

Korang nak cuba tak? Gee recommendkan untuk korang cuba sebab Serum Dr Beau ni produk lulus KKM, selamat dan berkesan. Bau serum pun wangi dan rasa fresh je bila pakai. Untuk order atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi info yang Gee sertakan kat bawah ini.

SERUM JERAWAT & JERAGAT | SERUM DR BEAU

Website : https://drbeau.com.my/

Instagram : @drbeau_official

Facebook : @drbeaumalaysia

Hubungi : 016-963 3443



You May Also Like

6 komen