HOLIDAY

Pengalaman Menarik di Farm In The City Seri Kembangan

February 15, 2019
Buntu nak bawak anak - anak outing dihujung minggu? Bosan juga kalau selalu ke playground, shopping mall atau jalan - jalan di tepi tasik. Anak - anak tak boring, mak ayah pun mesti nak juga kelainan sesekali. Kalau Gee sendiri, Gee suka pelbagaikan aktiviti anak - anak supaya minda mereka lebih terbuka dan dapat pengalaman baru di tempat yang berbeza. 


Namun, dalam pada anak - anak melakukan aktiviti luar, kita mak ayah mempunyai peranan yang besar untuk memastikan mereka sentiasa bersih. Antara langkah pencegahan adalah membawa tisu basah dan juga menggunakan hand sanitizer. Gee bukan nak story bab kebersihan, tapi Gee nak share satu tempat best dan selamat untuk korang bawak anak - anak datang ketika cuti sekolah atau hujung minggu. 

Jom Explore Farm In The City!!

Nama pun menarik FARM IN THE CITY which means kebun di dalam bandar. Biasa kita dengar, budak bandar mana kenal ayam dan lembu. Tapi korang silap sebab anak - anak Gee sendiri yang tinggal kat kawasan kampung ni pun teruja bila tengok ayam dan lembu depan mata. Hahahaha! 



Cuti CNY baru-baru ni, Gee dan family berpeluang bawa anak - anak untuk merasai pengalaman di Farm In The City ni. Memandangkan bawa budak-budak, maka sangat digalakkan datang seawal pagi sebabnya waktu pagi ni, mood diaorang masih fresh. Kami sampai dalam jam 10 pagi dan kalini pengalaman ini sangat meriah tau dengan adanya family adik - adik Gee, anak - anak saudara dan juga travel buddy Gee yang biasa sangat dah kami travel bersama iaitu Mek Yunie. Kalau korang nak baca pengalaman Mek Yunie, korang boleh KLIK SINI.

Apa Yang Best di Farm In The City?

Farm In The City juga dikenali sebagai Petting Zoo di mana korang dapat sentuh, bermain, mengejar, memberi makan dan memegang kebanyakkan haiwan yang ada di sini. Bagi haiwan yang agak merbahaya seperti ular, ia ditempatkan di kawasan yang bertutup dan selamat untuk ditontoni dari luar sahaja. 



Anak - anak seronok apabila melihat kuda yang bersize kecil ini. Ia merupakan spesis kuda yang paling kecil di dunia. Kuda ni lebih kecil dari kuda poni dan tidak mempunyai tulang belakang yang kuat so memang tidak sesuai untuk dijadikan tunggangan. 

Kalau berkesempatan, anak - anak boleh buat aktiviti 'Pony Ride'. Mesti seronok mereka bila dapat tunggang poni yang comel. Geng 4A tak merasa sebabnya diaorang dah excited dengan haiwan yang lain. Maybe sebab diaorang dah pernah merasa tunggang kuda di Terengganu, so pandang sebelah mata je. Hahahah!


Terdapat 'Exhibition Hall' di mana korang boleh sentuh dan memegang pelbagai spesis haiwan yang ada. Tengok incik suami kemain pegang anak landak tu. Gee mampu snap gambar je. Hihi. Nak tengok blogger Mek Yunie berani pegang apa kat sini? Nanti korang layan video kat bawah nanti.


Longkang Fishing ni memang best untuk anak - anak. Dalam longkang tu ada banyak juga ikan besar dan kecil. Kalau dapat tangkap seronoklah diaorang. Kalau tak dapat sila usaha lagi. Hahahaha! Dah dapat tu jangan lupa lepaskan balik dalam longkang tu tau!! Hahaha!


Feeding Fish ni memang best sebab setiap sorang dapat bagi makan ikan dalam tasik. Tapi bukan ikan je tau yang datang, ada banyak spesis itik dan angsa berlumba-lumba datang untuk dapatkan makanan. Anak - anak memang seronok bila haiwan - haiwan makan makanan yang diberikan.


Soal kebersihan, korang jangan risau sebabnya di setiap station, ada diletakkan kemudahan sinki dan sabun. Selepas anak - anak sentuh dan memegang haiwan kat sini, mereka boleh terus basuh tangan dengan bersih. Owh! Kalau nak mudah, korang bawa tisu basah juga supaya boleh lap kotoran dengan segera. 


Yang bestnya adalah di Farm In The City, korang boleh lepaskan anak - anak kecil bermain tanpa perlu pengawasan yang terlalu ketat. Setiap bahagian tidaklah terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Disebabkan itu anak - anak dapat diperhatikan dengan baik walaupun mereka jalan sendiri.


Korang tengok movie Madagascar tak? Watak monyet kecik yang nakal tu, korang ingat tak? Haaa...tu Amani duk posing dengan monyet spesis tu lah. Tapi Gee lupa apa nama dia. Sebenarnya, monyet tu sememangnya nakal dan suka mengusik. So, cerita madagascar tu cipta watak yang mempunyai personaliti yang sama dengan haiwan yang asli.


Itik - itik tu antara haiwan yang paling comel kat sini. Sebab tu Gee ambil gambar comel tu untuk tatapan korang. Hehe. Kat sini, korang boleh letak makanan pada tapak tangan, kemudian naikkan ke atas dan burung akan datang makan makanan tersebut. Tapi kena cuba jaya juga sebab adik Gee sampai ke sudah burung tak datang kat dia, Hahahaha! Tapi Gee cuba juga bagi burung makan di ranting pokok. So burung tak perlu terbang ke atas tangan kita sebab kita hulurkan tangan di tempat burung itu berada. I am so excited dan jugak geli!! Buktinya korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Haha!


Meet the Giant Tortoise!! Ada banyak kura - kura gergasi dilepaskan begitu je. Korang boleh bagi makan dan sentuh juga. Bila anak - anak sendiri dapat melihat haiwan yang unik dan besar, ia sememangnya satu pengalaman yang sangat bagus untuk diaorang. Dan diaorang akan tahu, kura - kura ni suka makan apa, apa habitat mereka, bagaimana rasa sentuhan pada cengkerangnya dan sebagainya.


Jangan Lepaskan Peluang Melihat Animals Show


Perkara pertama untuk anda ketahui setelah sampai di Farm In The City ini adalah waktu Animal Shows akan diadakan. Pasti anak - anak lebih teruja apabila dapat melihat pelbagai haiwan beraksi. Antara Animals Show yang ada adalah Otter Feeding dan juga Parrots Show. Mudah apabila korang tahu waktu shows diadakan supaya tidak terlepas apabila sudah masuk ke station yang lain.

Tonton Video Pengalaman di Farm In The City


Tempah Tiket Online Untuk Jimat Lebih Masa


Korang kalau nak mudah dan malas beratur, boleh tempah siap - siap tiket secara online tau! Kat bawah ni Gee kongsikan harga tiket masuk Farm In The City :

Dewasa ( 12 tahun ke atas ) : RM39
Kanak - Kanak ( 11 tahun ke bawah ) : RM32
Warga Emas ( 60 tahun ke atas ) : RM32
Ketinggian Bawah 90cm : Percuma

Jom Rancang Cuti - Cuti Bersama Anak di Farm In The City!!

Bagi korang yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka atau Negeri Sembilan, Gee rasa okey je korang nak plan weekend gateaway di Farm In The City ni. Tempoh masa untuk round kat dalam lebih kurang 2 hingga ke 3 jam je. Kalau yang jauh macam Gee ni dari Terengganu, mesti nak kena plan datang ketika cuti sekolah atau cuti umum yang lama sebab perjalanan sahaja dah sehari suntuk. Hehe.


Keseluruhannya, Gee recommend sangat untuk korang bawak anak - anak kat Farm In The City ni. Tempat sangat selamat untuk anak kecil, tandas sangat bersih, persekitaran pun bersih dan staff yang friendly. Paling best adalah anak - anak dapat pengalaman sentuh dan mengenali haiwan - haiwan dengan lebih dekat.


Untuk info lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh klik pautan kat bawah ini : 




CUSTOMER SERVICE : 03 - 8941 2099

MAPS : KLIK SINI



You Might Also Like

6 komen

  1. Huda dah pergi tahun lepas. Anak2 memang enjoy kat sini.tapi dah balik baru tahu leh dapat sijil.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Nak pergi tak kesampaian lagi..
    Tapi nak juga pergi walau tak ada anak kecik hehehehe

    ReplyDelete
  3. suka sebab buleh sentuh sdiri haiwan tu. anak anak excited, mok ayoh pun sama naik jugok

    ReplyDelete
  4. best tempat ni.. ejulz follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. syok dapat terokai dunia haiwan ni.. bila dapat pergi gak eh

    ReplyDelete