REVIEW

Dapatkan Koleksi Diecast Jenama Terkenal, Murah dan Original di Malaysia

February 22, 2019
Dapatkan Koleksi Diecast Jenama Terkenal, Murah dan Original di Malaysia | Mempunyai koleksi mainan diecast adalah menjadi kegilaan bagi peminat - peminat diecast sendiri. Mereka sanggup mengeluarkan belanja sehingga ribuan ringgit bagi mendapatkan koleksi diecast yang eksklusif dan berjenama. Namun, korang harus pastikan korang membeli daripada trusted seller supaya barangan yang diperolehi adalah diecast yang original dan harga yang sepatutnya.


Incik suami Gee sendiri sangat suka mengumpul mainan diecast ni, namun bila dah ada anak - anak, hobi itu berkubur macam tu je. Koleksi yang ada pun dah jadi koleksi anak - anak. Tu koleksi yang biasa - biasa je. Tapi di entry ni Gee nak kongsikan koleksi diecast yang luar biasa dan sangat istimewa!! Tokey ni dah menjadi seller favourite di kalangan pengumpul diecast di luar negara tau!! Memang trusted seller ni! Jom baca entry Gee seterusnya!


Ms Diecast Store Tawarkan Servis Jualan Diecast Original Daripada Pengeluar Luar Negara



Berita baik untuk peminat diecast di Malaysia, kini korang dah tak perlu buat tempahan koleksi diecast yang korang nak daripada penjual luar Malaysia. Nak jimat kos penghantaran, korang order je diecast original daripada Ms Diecast Store yang beroperasi di Kuala Terengganu, Terengganu. Ms Diecast Store menawarkan servis jualan pelbagai permainan hiasan jenama terkenal di dunia yang lebih dikenali sebagai diecast. 


Semua diecast adalah yang asli dan original daripada pengeluar yang sah di luar negara. Ya!! Semua stok adalah di order daripada direct pengeluar dari luar negara. Tapi korang jangan risau!! Kerja pengeposan untuk pelanggan Ms Diecast Store dibuat sendiri oleh pemilik perniagaan Ms Diecast Store. Ini bagi memastikan kualiti dan model yang di order adalah betul dan tidak mempunyai sebarang kerosakan sebelum dimiliki oleh pelanggan.

Terdapat Banyak Pilihan Brand Diecast Untuk Dipilih



Ada banyak koleksi diecast yang dijadikan stok untuk pengumpul koleksi diecast di Malaysia. Namun, sekiranya model diecast yang korang inginkan tiada dalam stok, Ms Diecast Store akan menguruskan proses pre order daripada pengeluar jenama tersebut sendiri. Sangat mudah! Antara pilihan jenama yang ada adalah Tomica, Sany, Tiny HK, Mammoet, WSI Models dan lain - lain lagi jenama yang ada. 

Reka Bentuk Diecast Unik dan Details


Kalau mainan biasa di pasaran, kereta mainan tu sekadar kereta saja kan? Kalau mainan Diecast berjenama antarabangsa ni, setiap model mempunyai ciri reka bentuk yang sangat unik. Setiap satu model di buat mengikut size dan skala tertentu. Skala ini diukur berdasarkan model kereta atau kenderaan yang sebenar. 


Berikut antara contoh skala diecast berdasarkan model yang ada :

● Skala kereta, van 1:76
● Skala Tomica 1:64
● Skala WSI 1:50
● Skala SANY 1:35


Setiap diecast mempunyai details yang berbeza seperti bukaan bonet depan dan belakang, bukaan pintu, dan sebagainya. Selain itu, ramai yang gilakan diecast adalah kerana setiap model diecast diperbuat seperti buatan asal cuma size yang berbeza. 

Antara Koleksi dan Harga Diecast Dalam Pasaran 


DIECAST BRAND TINY HK

◈ Mini Cooper MK : RM40
◈ Isuzu N Series : RM50
◈ Toyota Hiace Gogo Van : RM50
◈ HINO 300 Tow Truck : RM50

DIECAST BRAND LAIN 

◈ Honda Civic Type R (FK8R) : RM55 ( Pilihan warna merah, biru, putih, hitam )
◈ Tomica Limited Vintage : RM95
◈ Tomica Limited Vintage Lori : RM195
◈ Sany Single Drum Roller China Brand : RM290
◈ Green Light ( mini car from US ) : RM 35

RESIN HANDMADE MODEL

◈ One Model HONDA FD Mugen RR : RM150

Jom Lihat Testimoni Pelanggan DS Diecast Store






Jom Dapatkan Koleksi Diecast Original!!



Nak cari supplier Diecast murah dan boleh dipercayai? Jom dapatkan koleksi diecast daripada MS Diecast Store. Korang boleh buat pre order dulu mana - mana koleksi yang korang inginkan. Tempoh masa pre order hanya mengambil masa sekurang - kurangnya 10 hari sahaja! Semua diecast di order daripada direct pengeluar luar negara di mana terjamin kualiti dan standard diecast yang asli. Nak beli untuk diri-sendiri atau jadikan hadiah? Semua boleh diuruskan!!


Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, korang boleh hubungi maklumat di bawah ni :

MS DIECAST STORE | SUPPLIER DIECAST MURAH DI MALAYSIA

Facebook : Ms Diecast Store

Instagram : @msdiecaststore

WhatsApp : 017-9598929


You Might Also Like

4 komen