TIPS

Tips Menjadi Pemandu Berhemah Untuk Diri Sendiri, Keluarga dan Orang Lain

January 28, 2019
Ramai yang ada kesedaran yang pemanduan berhemah mampu mengelakkan kemalangan jalan raya. Namun, ramai yang masih belum bertindak untuk menjadi pemandu yang lebih bijak ke arah pemanduan yang berhemah. Gee sendiri, apabila terserempak dengan kemalangan jalan raya, terus rasa macam nak luruh jantung sebab risau dan bimbang risiko apa yang ada di depan mata. Namun, Gee tahu segalanya boleh di elak sekiranya Gee sendiri fokus dengan betul dalam pemanduan serta orang lain juga melakukan hal yang sama.

Apa yang paling merisaukan apabila kita memandu dengan keluarga termasuk anak - anak. Risiko yang ditanggung bukan kita seorang sahaja malah seluruh penumpang yang ada turut sama terkesan. Adakah korang seorang pemandu yang berhemah? Atau sebaliknya? Jom Gee kongsikan beberapa tips pemanduan berhemah yang mesti kita sama - sama amalkan.

Tips Pemanduan Berhemah Demi Kepentingan Bersama

1. Ikut Had Laju Yang Ditetapkan


Tiap kali kalau Gee drive, sangat gerun bila ada kereta belakang yang tergesa - gesa nak memotong. Nak memotong tu tak salah, tapi jangan sampai membahayakan kereta orang lain jugak. Tambah pula di kawasan sekolah, hospital atau di tengah bandar yang sememangnya sibuk dengan kereta serta pejalan kaki. Setiap kawasan mempunyai had laju yang telah ditetapkan. Jangan kita terlalu pentingkan diri hinggakan membawa kereta melebihi had laju yang akan merisikokan nyawa orang lain pula. 

2. Mematuhi Undang - Undang Jalan Raya Yang Ditetapkan


Kalau dah memandu, korang mesti perhatikan juga papan tanda yang diletakkan supaya kita lebih bersedia dengan halangan yang ada. Sebagai contoh, kerosakan jalan raya memerlukan kita untuk memperlahankan kenderaan. Sekiranya kita terlepas pandang papan tanda amaran yang diletakkan, ini boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

3. Dilarang Menggunakan Telefon Semasa Memandu


Ini satu tabiat yang harus dihentikan segera bagi setiap pemandu kenderaan. Bila dah memandu, tak perlulah nak membalas message, membaca status di media sosial atau memegang telefon untuk bergambar di dalam kereta. Kelalaian dan kecuaian boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Korang takkan perasan sekiranya ada kereta melintas dengan tiba - tiba, penunggang motor di sebelah kereta, lampu isyarat yang bertukar warna dan sebagainya.

4. Sentiasa Memastikan Keadaan Kereta Sentiasa Baik


Untuk mereka yang selalu memandu untuk jarak yang jauh, korang mesti sentiasa memeriksa keadaan kereta supaya dapat mengelakkan kerosakan kereta secara tiba - tiba. Penjagaan kereta yang baik seperti mengikuti tarikh servis yang ditetapkan, keadaan tayar, serta enjin kereta pasti dapat membantu perjalanan lebih lancar.

5. Pastikan Pemandu Cukup Rehat Sepenuhnya


Ini merupakan isu yang penting apabila keadaan pemandu itu sendiri memandu dalam keadaan keletihan serta sedang menanggung kesakitan. Bagaimana mahu memandu dengan baik ketika mata mengantuk dan badan yang kepenatan? Suami Gee sendiri kalau memandu untuk jarak jauh, dia akan pastikan dia dah rehat dan tidur secukupnya sebelum bertolak. Kalau mengantuk di dalam perjalanan, Gee akan sambung drive atau berhenti di hentian rehat untuk tidur seketika.

Bila berkongsi berkenaan tips memandu ni, teringat pula Gee ada terbaca berkenaan insurans kenderaan ni. Bermula Julai 2017, Bank Negara telah melaksanakan liberalisasi tarif insurans / takaful motor di mana faktor yang diambil kira dalam pengiraan kadar premium insurans atau sumbangan takaful sesebuah kereta adalah pengurusan risiko. 

So lagi tinggi risiko, maka lagi tinggilah kadar premium yang dikenakan. Nak tahu tinggi ke rendah faktor risiko tu, korang boleh baca info lanjut di PIAM atau MTA.


You Might Also Like

7 komen

  1. takot weih bab bab eksiden ni. kalau kena, adoi. boleh melayang nyawa.

    ReplyDelete
  2. Seram kalau tengok orang accident jadi jom jaga diri dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Seriau sangat bila baca paper atau tengok tv pasal kemalangan jalan raya. Nice sharing yar.

    ReplyDelete
  4. Seriau je bila tengok dan baca pasal excident ni.. sebab tu bila memandu kita sentiasa diingatkan supaya fokus dan tak terburu-buru

    ReplyDelete
  5. Salah satu faktor akak lmbt dpt lesen - fobia accident! Mudah2an kita sentiasa selamat.

    ReplyDelete
  6. Kena hati hati dan follow rules jalanraya.. Sikap pemandu kena ubah.. Husniey pernah ke Indonesia pemandunya tangkas cekap dan sama sama toleransi atas jalanraya.. Jangan penting diri, kena ingat ada nyawa lain juga atas jalan tu

    ReplyDelete
  7. Pengkongsian ni bagus gee tip gak yg selalu aboh pesan hihihi

    ReplyDelete