Jom Cuba Menu Baru McDonald's | Fish Propsperity Burger

by - January 29, 2019

Jom Cuba Menu Baru di McDonald's!!! Baru - baru ni, Gee keluar lepaking bersama geng blogger Terengganu iaitu HUSNIEY dan ZARINI . Tempat lepak yang paling selesa untuk pakej sekali anak bermain haruslah McDonald's! Mak - mak boleh melepak, bersembang sambil anak - anak main playground dengan selamat. Bukan apa, kadang - kadang kalau kita ralit sangat bersembang ni, risau juga terlepas pandang pada anak - anak. So kat McDonald's ni mudah untuk kami mengopi. Anak - anak main dalam playground depan mata plus staff pun ada boleh tengokkan. Hehe.


Hajat nak berjumpa di awal pagi, namun Gee kelewatan dari Sis Zarini dan Sis Husniey. (ampunkan kakakmu ye adik-adik). Tapi sempat je untuk menu brekpes di McDonald's. Haha. Yang penting coffee favourite Hot Caramel Latte Coffee. Hehe.

Bila dah lama tak jumpa, sembang punya sembang sampai tengahari dan menu McDonald's pun dah bertukar ke menu lunch. Syok punya sembang kan!! 

Cubaan Pertama Kali Menu Baru McDonald's | Fish Prosperity Burger


Husband ada terbaca kat banner luar McDonald's ada menu barulah, Fish Prosperity Burger. Masa tu Gee fikir, eh! Sedap ker eh burger ikan? Sebab kalau order menu western di mana - mana restoran, kami tak pernah order menu fish fillet nih. So, jiwa tak lah excited seperti Beef Prosperity atau GCB. 

Bila dah sembang sampai ke tengahari, perut yang dah kenyang pun lapar kembali. Al maklumlah tenaga digunakan dengan maksima dengan bersembang-sembang. Haha! Kami pun dicadangkan oleh Sis Wahida untuk mencuba menu terbaru iaitu Fish Prosperity Burger. Sis Wahida ni merupakan orang kuat cawangan McDonald's di Kelantan dan Terengganu. Ni bukanlah pertama kali jumpa Sis Wahida, sebabnya dia boleh berseleroh yang kalau dia ke McDonald's Kuala Terengganu mesti terserempak dengan muka Gee ni kat McDonald's. Haaa nampak sangat penggemar setia McDonald's! Hahahhaha!


Fish Prosperity Burger ni ada dalam set atau ala carte burger sahaja. Kalau set, korang akan dapat satu Fish Prosperity Burger, Twister Fries dan Prosperity McFizz. Twister Fries dan air McFizz dah biasa Gee rasa bersama set Beef Prosperity, so kalini buat pertama kali nak mencuba Fish Prosperity Burger.

Surprise Dengan Rasa Fish Prosperity Burger

Kenapa surprise? Sebabnya Gee expect rasa dia sama seperti Beef Prosperity cuma beza dia adalah ikan sahaja. I silap!!! Rupanya rasa dia sedap juga!

Kepingan ikan tu digoreng dahulu, kemudian dicelup dalam sos lada hitam sekejap dan terus diapit pada 2 kepingan roti bun bersama bawang segar. Kalau awak nak tahu, beza beef prosperity dan fish prosperity adalah fish prosperity akan disediakan setelah dapat order dari pelanggan. Maksudnya, ikan akan mula digoreng apabila korang membuat tempahan. Ini adalah untuk mengekalkan rasa segar ikan itu sendiri


Kepingan ikan dicelup sahaja supaya rasa crispy ikan tu akan dirasa masa korang makan. Kalau beef prosperity, kepingan daging akan direndam lama dalam sos lada hitam sebab nak rasa sos tu menyerap dalam daging.

Overall, kalau bintang penuh sebanyak 5 bintang, untuk Fish Prosperity Gee boleh bagi 4 bintang. Sebabnya, Gee ada juga rasa nak repeat makan lagi pasni. Tak muak dan crispy ikan tu memang bestlah!!


Tempah Dengan Aplikasi McDonald's Untuk Nikmati Lebih Penjimatan!!! Korang nak lagi jimat, korang boleh order dengan tunjukkan exclusive offer Fish Prosperity Burger pada kaunter bayaran di McDonald's. Nak dapatkan exclusive offer ni, korang kena install aplikasi McDonald's di playstore. Ada banyak lagi exclusive offer yang lain juga. Gee memang suka gunakan offer di aplikasi. Sebab lagi jimat! Hehe!


Kami dan cuba Fish Prosperity Burger!!!

So korang dah cuba? Mengena tak dengan selera tekak korang? 



You May Also Like

16 komen

  1. cik ash tak cuba lagi.. banyak kali berat hati nak pergi hahaha hati tawar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah!! kalu dekat ajak ngopi skali dah ni..haha

      Delete
  2. Mak aih, terliuq abis tgk hehe. Tak cuba lagi. Nanti nak cuba la.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan rasanya fish prosperity tu.. Nanti nak repeat lagii

    ReplyDelete
  4. weih. dop dang lagi nk cuba. nnt ak pulop kabor gane rase dia

    ReplyDelete
  5. Saya tak cuba lagi sebab kurang minat makan burger. Biasanya kalau pergi McD, saya order ayam goreng McD je.

    ReplyDelete
  6. Dah cuba dah.. ok cuma still nak yang daging jugak hehe

    ReplyDelete
  7. banyak menu yang ohsem di McD ni, celah mana la ksarie nak mula eat clean huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. nak cuba jugak lah nanti.. kita singgah n follow di sini..
    sudilah singgah blog kita https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Nyumm..nyumm.. napok sedap jea.. lama dok makan mcd.. hihi..apapun TAHNIAH Sis Gee kerana minggu nie awok dipilih untuk direview dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/02/sahabat-blogger-pilihan_12.html

    ReplyDelete
  10. tak cuba lagi. seram nak cuba seramtak sedap hahahaha

    ReplyDelete
  11. ada dpt offer propsperity ikan haritu RM1 je tapi kena delivery lah

    ReplyDelete
  12. nak merasakan jugalah nanti..

    tetapi tak pasti bila hahaha

    ReplyDelete
  13. alamak skrg dah April. masih ade lagi ke prosperity ikan tu ye? :P

    ReplyDelete