Impian 2018 Terlaksana Dengan Penuh Memories

by - January 01, 2019

Syukur alhamdulillah. Hari ini sudah 2019. Bila masuk tahun baru, kita akan terfikir, kat mana aku sekarang ni? Adakah sudah tercapai apa yang diimpikan atau sebaliknya? 

2018 Gee penuh dengan memories. Suka, duka, tawa, riang, semuanya ada. Dan Gee syukur apa yang Gee ada pada saat ini. Sebelum Gee open mission 2019, korang kena baca dulu mission Gee untuk 2018 lepas kat sini < Impian 2018 > 


2018 and my dreams

Alhamdulillah. Allah perkenankan impian Gee nak buat road trip seluruh Malaysia untuk tahun 2018. Dia tak bagi sekali harung semua. Hehe. Dia bagi dengan travel dengan kawan - kawan blogger, family, family in laws. Sedar tak sedar tahun 2018 Gee dah buat road trip hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Melaka dan Negeri Sembilan je tak jejak. Haha. 

2018 Gee dapat kenal hati budi rakan - rakan blogger jugak. Ada yang Gee dapat jumpa in person. Ada yang dapat jumpa bila gathering ramai - ramai. Ada yang tak pernah jumpa, tapi sangat rapat di media sosial dan whatsapp. Syukur korang semua terima Gee dan sudi berkawan dengan saya. Hihi.

Something to share here. Tapi tak dapat story lebih details. Cuma sekadar nak meluahkan untuk memories dalam blog. Hujung 2018 Gee ada sesuatu yang sangat membuatkan Gee sedih. Sangat! Tapi keputusan tetap dibuat demi sesuatu yang Gee rasa perlu untuk ambil keputusan tersebut. Gee tahu, pasti ada sebab dan hikmah semua ni terjadi. Semoga keadaan menjadi lebih baik untuk 2019. I need your support. Because i am nobody. eh dah kenapa tetiba tulis omputih. Haha!


2019, please be nice to me. Haha! So apa mission Sis Gee pulak untuk 2019? Gee teringin nak buat public transport trip pulak!! Naik bas, ets, flight..Feri pun!! Grab! Hahahaha! Moga impian yang ini akan terlaksana 2019 ni. Ada yang nak follow tak? Joms! Dengan syarat waktu cuti sekolah sebabnya ada 3 ketul dah masuk sekolah tahun 2019. Cabaran disitu, bila cuti sekolah, harga melambung plus orang ramai. Makanya, tabung kena kasi penuh dulu. Hahaha!

Ada banyak lagi mission untuk 2019. Moga semuanya dipermudahkan oleh Dia.

All the best to all of us!!!

You May Also Like

9 komen

  1. Gud luck gee.. teringin juga nak ikut tu tapiii macam terikat dengan komitmen lain je.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..
    Selamat Tahun Baru Gee ..

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru gee.. Apa yang berlaku ada hikmahnya semoga gee terus sukses dengan jayanya ya

    ReplyDelete
  4. all the best gee..moga sinar kebahagiaan sentiasa bersama mu gee..:)

    ReplyDelete
  5. tetibe emosi kua omputih hahahha pui

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik tuu, public transport ni ada pro and cons tapi best je kalau nak educate 4A. Mesti diaorang excited. Happy new year sis gee

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Hampir keseluruhan semenanjung dah jalan ye Gee.. Semoga impian 2019 Gee akan dipermudahkan Allah untuk Gee capai.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. All the best Gee. best berjalan satu Malaysia... teringin juga

    ReplyDelete