HOLIDAY

Homestay Bersih dan Selesa di Cameron Highlands | Marissa Homestay

January 20, 2019
Homestay Bersih dan Selesa di Cameron Highlands | Kalau pergi bercuti ke mana sahaja, perkara yang paling menjadi keutamaan kita adalah soal kebersihan hotel atau homestay yang menjadi penginapan kita. Bagi Gee, ini sebabnya kita bayar satu harga untuk penginapan, sepatutnya biarlah berbaloi dengan bayaran yang telah kita keluarkan. 


Apabila bercuti bersama keluarga terutamanya bersama bonda ni, Gee lebih suka memilih homestay berbanding hotel. Kalau hotel, pasti waktu bonding akan terhad. Al maklumlah bila dah besar dan beranak pinak ni, masa nak bonding dengan bonda sendiri pun dah berkurang. Waktu cuti sebeginilah peluang perlu di ambil untuk luangkan masa bersama, bersembang, melepak dan melakukan aktiviti di sepanjang percutian bersama-sama. 


Cameron Highlands antara tempat pelancongan yang diidamkan sangat oleh bonda Gee. Suatu ketika dahulu, pernah Gee bawa bonda ke Cameron tapi sekadar cuma singgah di Bharat Tea sahaja. So bertambah excited bila kalini Gee dapat merealisasikan impian beliau untuk melihat sendiri keindahan Cameron Highlands. 

Percutian ini merupakan percutian kebetulan sahaja, tanpa perancangan awal. Nasib baik bukan minggu cuti umum, so peluang nak dapat homestay sangat tinggi. Gee cuba cari homestay di dalam Group Facebook Cameron Highlands dan terjumpa Marissa Homestay ini. Bila tengok pada gambar, macam menarik dengan konsep dekorasi minimalis gitu. I like sangat!!!


Alhamdulillah ada rezeki dapat menginap di Marissa Homestay. Ketika Gee berada di Cameron Highlands, Gee ada kongsikan gambar homestay jugak di facebook dan instagram. Tak sangka ramai juga nak tahu details homestay ni. Jom Gee kongsikan dengan korang apa yang best menginap di Marissa Homestay ni.

Marissa Homestay Murah, Bersih dan Selesa!



Pertama kali menjejakkan kaki, terus terpegun dengan kebersihan Marissa Homestay ni. Memang sesuai nak bawa keluarga menginap di sini. Lokasi Marissa Homestay sangat mudah dijumpai walaupun ia merupakan blok apartment. Kalau korang ikut waze yang diberikan sememangnya akan sampai betul-betul di bangunan Marissa Homestay yang terletak di Tanah Rata. Nak tahu apa lagi best tentang Marissa Homestay? Jom baca perkongsian Gee dalam entry kali ni.

Keistimewaan Marissa Homestay Cameron Highlands

1. Mempunyai Ruang Tamu Yang Luas


Pujian 10 bintang untuk ruang tamu Marissa Homestay. Ia mempunyai ruang yang luas untuk keluarga berkumpul atau bagi memberi ruang lebih untuk hamparan toto sekiranya korang datang dalam bilangan yang ramai.

2. Siaran Televisyen Yang Jelas


Kalau menginap di homestay dengan anak - anak, pasti bosan juga balik rumah tak dapat tengok televisyen. Ya bukannya tengok sangat pun cuma bila ada televisyen ni sekurang-kurangnya boleh tarik perhatian anak-anak. Masa di Marissa Homestay, aktiviti malam selepas berjalan di Pasar Malam Brincang, kami makan kat rumah je hasil membeli - belah kami. Hehe. Ada pulak movie best kat TV3!! Memang syok lah movie time dengan family!! Siaran sangat jelas dengan servis siaran NJOI. Terbaiklah!

3. Mempunyai Beranda Yang Sangat Cantik


Gee memang suka kalau apartment ada beranda ni. Boleh buat tempat lepak dan lihat pemandangan dengan jelas. Beranda Marissa Homestay memang jadi port anak-anak main! Layan pulak angin udara segar Cameron Highlands, memang best!

4. Mempunyai 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air



Marissa Homestay mempunyai 3 bilik tidur yang mempunyai tilam size king di setiap bilik. Bilik tidur utama mempunyai 1 bilik air manakala lagi 1 bilik air berada di ruangan dapur. Setiap bilik air mempunyai pemanas air yang merupakan keperluan bagi setiap rumah di Cameron Highlands. Al maklumlah, air kat sini sangat sejuk macam ais tau! Haha!

5. Mempunyai Kelengkapan Untuk Memasak


Keluarga yang datang menginap juga boleh menggunakan kemudahan dapur yang ada. Nak masak air, nak masak nasi atau nak masak apa-apa lauk pauk pun boleh. Kami hanya gunakan dapur untuk memasak air sahaja sebab kami macam JJCM gitu datang ke Cameron Highlands kali ni. Hehe.

6. Iron dan Board Ada Disediakan


Ini paling i suka tau! Hahaha! Kalau travel, mesti nak ada iron! Nak buat macam mana, ada sesetengah tudung dan baju i ols bukan jenis ironless. Kehkeh. So kalau datang Marissa Homestay, korang jangan risau kalau nak bergaya baju yang wajib kena iron tu, sebab kemudahan iron sememangnya ada disediakan di sini.

7. Sejadah Disediakan


Satu kemudahan untuk pengunjung apabila pemilik turut menyediakan beberapa helai sejadah juga. Jarang kita travel bawa sejadah so apabila dapat kemudahan penyediaan sejadah ini, tak perlu dah bawa dari rumah sejadah kita nanti.

8. Extra Bantal, Toto dan Selimut

Kalau datang beramai-ramai, korang boleh hamparkan toto yang disediakan pemilik Marissa Homestay di ruang tamu. Selain toto, selimut dan bantal juga ada disediakan lebih. Memang berguna sangat tau extra toto dan selimut ni. Cuaca malam kat Cameron Highlands ni boleh buat kita menggigil kesejukan tau!!

9. Peti Sejuk Disediakan


Tak lengkap rasanya sebuah homestay kalau takde peti sejuk kan? Kalau korang dah borong strawberry kat pasar malam, so boleh simpan dalam peti sejuk dahulu sementara tunggu hari esok. Kalau korang bawa lauk - pauk untuk masak pun mudah sebab boleh simpan dalam peti sejuk homestay. 

5 Tempat Menarik Cameron Highlands Berdekatan Dengan Marissa Homestay


Marissa Homestay merupakan penginapan yang strategik kerana lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai tempat menarik yang korang mesti nak pergi di Cameron Highlands. 

Hanya 2 Minit ke Pekan Tanah Rata


Kalau korang nak cari tempat makan best-best, memang banyak pilihan di Pekan Tanah Rata. Gee bawa keluarga makan di Restoran Ikhwan Delights dan juga Restoran Taman Apple Cameron masa berada di cameron Highlands. Makanan pun sedap, sangat berbaloi dengan harga yang kita bayar. Pekan Tanah Rata juga ada sediakan kemudahan bank, atm, stesen bas, restoran fast food, kedai cenderahati, kedai runcit dan sebagainya.

◉ Hanya 3 Minit ke Ladang Strawberry di Kg. Taman Sedia (Abg Strawberry)


Kg Taman Sedia dikatakan sebuah kawasan penempatan yang kebanyakkannya orang melayu. Kami tak dapat masuk Abang Strawberry untuk petik strawberry disebabkan parking penuh dan cuaca hujan. Maybe next time datang, nak singgah juga Abang Strawberry ni. 

◉ Hanya 5 Minit ke Pasar Malam Golden Hills


Kalau datang Cameron Highlands, wajib pergi pasar malam Golden Hills ni tau! Ada banyak sangat makanan tempatan yang ada kat sini. Kami beli makanan kat pasar malam je untuk dinner. Antara yang sempat sambar adalah jagung rebus, ubi rebus, strawberry coklat, strawberry segar, sate, sayur goreng celup tepung dan juga beberapa jenis buah kering. 

◉ Hanya 2 Minit ke Taman Agro Stesen Mardi


Kalau ingin lakukan aktiviti bersama anak-anak, korang boleh bawa mereka masuk ke Taman Agro Stesen Mardi ni. Kat dalam ni anak-anak boleh bermain dengan arnab, boleh petik anggur, boleh petik strawberry, ada kebun sayur, ada taman yang cantik, lihat bunga dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang ada. 

◉ Hanya 5 Minit ke Ladang Teh Bharat Tea


Bharat Tea sememangnya menjadi tumpuan bagi semua yang datang ke Cameron Highlands. Korang dapat lihat pemandangan ladang teh yang menghijau di bukit - bukit dan semestinya menjadi tempat wajib untuk bergambar!! Kalau nak minum teh dan kek pun boleh di restoran Bharat Tea ni. 

Tak Pernah Bosan Kalau Ke Cameron Highlands


Kalau sebulan sekali dapat pergi rasanya lagi syok kot!! Kat sana rasa sangat damai dan tenang. Lihat kehijauan ladang teh memang cukup mendamaikan. Agak - agak ada rezeki lagi tak nak ke Cameron Highlands lagi? Hehehehe. Antara tempat wajib mesti pergi adalah Ladang Teh Boh!! Uniknya Ladang Teh Boh ni, kita akan memasuki jalan di lereng bukit untuk ke tempat pengunjung. Jalannya agak menggerunkan tapi bila dah sampai, terasa satu kepuasan boleh lihat pemandangan ladang teh boh seluas bukit bukau di depan mata.

Lihat Video di Marissa Homestay



Tempah Marissa Homestay Untuk Lengkapkan Percutian di Cameron Highlands!!

Gee and family sangat recommendkan Marissa Homestay untuk korang nak holiday di Cameron Highlands bersama keluarga. Harga pun murah hanya RM180 untuk weekdays, RM200 untuk weekends. Harga murah, tapi homestay memang bersih, kemas dan cukup segala keperluan. So kalau nak tempah korang boleh hubungi Puan Nura pada pada info yang Gee nyatakan kat bawah ni. 


Facebook : Marissa Homestay


Hubungi : 019 - 447 3176 ( Puan Nura )

#sisgeejalanjalan























You Might Also Like

16 komen

  1. Cantik homestaynya.. Puas hati ye Gee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul sangat in love dengan homestay ni!!

      Delete
  2. weih mu kena bawok ak mai sini nihhh. hahahahha

    ReplyDelete
  3. Samalah, saya pun tak pernah bosan pergi Cameron Highland. Salah satu tempat pelancongan kegemaran. Biasanya duduk hotel je, tak pernah duduk homestay lagi. Homestay yang Kak Gee duduk ni nampak ok.

    ReplyDelete
  4. Menariknya homestay ni. Tengah berkira-kira nak ke Cameron Highland tahun ni. Boleh pertimbangkan untuk menginap di homestay ni nanti.

    ReplyDelete
  5. Lawa sangat rumahnya ni.. Konsep nampak simple je tapi yang penting ia lengkap dengan kemudahan

    ReplyDelete
  6. Kitorang pernah book satu homestay yang ma shaa Allah teruknya kat Cameron..akhirnya, duit book burnt camtu je sebab cari bilik lain nak stay..double kos dah kat situ..

    ReplyDelete