Weekend Getaway Ke Bayu Melawi Chalet, Bachok, Kelantan

by - December 06, 2018

Weekend Getaway Ke Bayu Melawi Chalet, Bachok, Kelantan | Buat pertama kali Gee singgah dan bermalam di Bachok, Kelantan. Kalini Gee terima ajakan Mek Yunie untuk bercuti 2 hari 1 malam di Bayu Melawi Chalet ni. Gee memang dah lama teringin nak bawak Geng 4A main pasir pantai dan mengidamkan check in chalet di tepi pantai. Dah lama survey area Pantai Terengganu ni tapi rezeki kami dapat merasa keindahan Pantai Bachok. 

Anak Teruja Lihat Pantai dan Kolam Renang di Bayu Melawi Chalet


Perjalanan ke Bayu Melawi Chalet dari Kuala Terengganu memakan masa hampir 2 jam 30 minit dengan perjalanan yang santai. Dengan mengikuti Jalan Pantai, terasa tenangnya jiwa dan terus tak sabar nak sampai ke Bayu Melawi Chalet. Setibanya kami di Bayu Melawi Chalet, anak - anak dah menjerit teruja bila melihat ada kolam renang dan juga pantai. Dalam perjalanan si Ayah sempat lagi shopping mainan pasir untuk Geng 4A ni. Bertambah teruja lah anak - anak!


Check in seperti biasa bermula jam 2 petang tapi kami sampai lebih kurang jam 4.30 petang. Bila dah dapat kunci bilik, teruja pulak Gee sebab bilik kami bersebelahan je dengan pool. Konsep bilik adalah chalet berkembar. So kalau datang keluarga yang besar dan ramai, boleh ambil 2 chalet terus! Jom Gee share apa yang best menginap di Bayu Melawi Chalet ni.

Apa Yang Best Menginap di Bayu Melawi Chalet?

Selain daya tarikan utama lokasi chalet berdekatan dengan pantai serta mempunyai 2 kolam renang, ada lagi banyak sebab kenapa Gee rasa nak repeat lagi stay kat sini. Kalau buat family day atau reunion dengan kawan - kawan pun syok dan happening! Nak tahu kenapa? 

1. Mempunyai 20 Chalet Standard Room Family


Bayu Melawi Chalet mempunyai 20 buat chalet di mana ia dibuat chalet berkembar. Setiap bilik mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single. 10 chalet dibuat berhadapan dengan 10 buah chalet yang lain. 

2. Boleh Muatkan Seberapa Ramai Yang Boleh



Owner chalet tidak menyekat berapa bilangan yang nak menginap di chalet mereka. Korang boleh minta extra tilam dan bantal atau bawa toto sendiri untuk lapik tidur. So kalau yang punya budget sedikit, boleh kongsi sikit sorang untuk stay di 1 chalet. Mungkin privasi kurang sedikit, tapi Gee rasa keseronokan dan bonding tu lagi syok kot!

3. Ruang Parking Yang Luas


Tak perlu risau nak parking kereta kat mana. Di depan chalet boleh memuatkan 2 ke 3 buah kereta. So kalau datang beramai - ramai memang tak perlu risaukan parking kereta. 

4. Diberi Kebebasan Untuk BBQ 


Rata - rata yang datang pasti bawa makanan untuk dibuat BBQ. Tempat BBQ ada banyak disediakan cuma arang sahaja kena bawa atau beli di kedai runcit berhampiran. Tempat BBQ pula tidak terhad malah korang boleh buat BBQ di mana sahaja samada di sebelah chalet, di hadapan chalet atau boleh juga di atas beranda chalet. Ya! Korang boleh BBQ di atas beranda chalet!!!

5. Mempunyai 2 Kolam Renang Yang Berbeza Kedalaman


Keterujaan anak - anak bila dapat mandi kolam renang. Menariknya, ada 2 jenis kolam yang mempunyai kedalaman yang berbeza. Kolam pertama sesuai untuk umur baby hingga ke umur 4 atau 5 tahun. Untuk yang berumur 7 atau 8 tahun ke atas boleh mandi di kolam ke 2 yang kedalamannya lebih kurang 4 kaki. 

6. Semua Bilik Luas dan Berpenghawa Dingin


Bilik sangat luas sebabnya di hadapan televisyen Gee boleh hampar toto untuk anak - anak melepak bermain dalam bilik. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin dan juga kipas. So kalau datang 2 family boleh je menginap di satu chalet untuk jimat kos. Hehe.

7. Sarapan Pagi Disediakan 



Mudahnya bercuti di Bayu Melawi Chalet bila sarapan pagi sudah termasuk dalam bayaran penginapan. Kami dihidangkan nasi putih beserta lauk ayam gulai, nasi kerabu dan seteko teh o panas. Sarapan pagi dihidangkan di atas meja di setiap beranda bilik. Menarikkan?

Ruang Beranda Chalet Memberikan Keselesaan Maksima



Di beranda chalet, korang bukan sahaja boleh ber BBQ malah anak - anak pun boleh melakukan aktiviti mereka di beranda yang luas. Kerusi dan meja ada disediakan untuk diletakkan di beranda chalet. Kami siap buat makan - makan hasil BBQ incik suami dan ber 'oden' tomyam dari air tangan Mek Yunie. Wah! Siap bersteamboat walaupun masak sendiri di chalet! Thank you Mek masak tomyam dan sudi hangkut Noxxa dari rumah! Hehe! Menu dinner kami steambot tomyam, pelbagai jenis sosej limited edition dari Rantau Panjang, sosej bakar, kambing bakar, keropok lekor dan tak lupa maggi tomyam!



Nikmati Ais Krim Di Tepi Pantai!



Ramai pula penjual - penjual dari luar masuk untuk menjual namun semua tu tiada arahan sekatan bagi pemilik chalet. Ketika kami menginap ada penjual ais krim bermotor dan juga penjual kek. Anak - anak bila ada orang datang jual aiskrim dengan bunyi loceng tuh terus lah nak. Kami pun ngap sama! Hehe! Selamat habis beranda chalet mereka buat party aiskrim! Nasib paip air ada kat tangga di setiap chalet, so memang mudah nak cuci kaki berpasir atau kotoran di beranda. 



Sedia Terima Tempahan Untuk Majlis Kahwin


Wah! Nasib baik Sis Gee dah kahwin tau!! Kahkahkah! Bayu Melawi Chalet juga mempunyai 1 dewan serbaguna yang korang boleh juga gunakan untuk majlis akad nikah atau kenduri kahwin. Ruang tengah antara chalet pula sangat luas dan sesuai untuk dirikan khemah untuk para tetamu nanti. Perkahwinan berkonsepkan pantai atau taman sangat sesuai di adakan di Bayu Melawi Chalet ni. Korang pun boleh check in untuk family sekali kat sini dan semestinya ia memberikan pengalaman yang bermakna untuk pengantin dan juga keluarga. Tetamu pula pasti seronok boleh menghadiri kenduri dalam suasana percutian sebabnya kolam renang boleh digunakan untuk semua tetamu yang datang nanti.


Menikmati Pemandangan Matahari Terbit di Bayu Melawi Chalet


Kami datang musim hujan, amek gambar sunrise macam sunset. Hehe. Tapi kepuasan juga boleh lepak tepi pantai di waktu pagi. Petang hari pertama habiskan masa di kolam renang. So hari kedua kami decide nak bawak anak - anak main pasir kat tepi pantai pula. Disebabkan musim tengkujuh, so tidak digalakkan untuk mandi laut dikhuatiri lemas atau ombak yang besar. Anak - anak main air di hujung - hujung je dan di bawah pemerhatian sepenuhnya bapaknya. Hehe. Sambil main pasir sambil main air pantai. Memang terbaik! Dah selesai main air masin, terjun kolam kat chalet pula untuk bilas. Haha! 



Nikmati Harga Yang Lebih Murah Untuk Tempahan Lebih Bilik!


Keistimewaan Bayu Melawi Chalet adalah mereka mempunyai budi bicara untuk korang yang nak menempah bilik untuk bilangan yang ramai. Harga 1 chalet untuk 1 malam adalah RM140. Sekiranya korang berminat untuk tempah lebih banyak bilik, korang akan dapat lebih diskaun dari pemilik chalet. Amacam? Menarikkan?



Highly Recommended Untuk Family Day, Reunion dan Family Trip



Gee suka chalet ni bila mereka mementingkan kebersihan di dalam bilik serta di kawasan sekitar chalet. Nak jumpa 1 sampah pun susah. Keadaan bilik dan tandas sangat bersih! Walaupun pengunjung boleh BBQ di atas beranda atau di sebelah chalet, namun saki baki arang serta kawasan BBQ dibersihkan dengan baik sekali. Maybe lepas ni Gee nak ajak adik beradik Gee bercuti kat sini pulak nanti. Joms u olls!  


Weekend getaway Gee di Bayu Melawi Chalet, Bachok dah jadi kenangan terindah untuk Gee dan keluarga. So korang masih survey chalet tepi pantai best plus ada pool for kids, boleh cuba datang menginap di Bayu Melawi Chalet ni wokeh!!

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi info kat bawah.


Hubungi : En Rezal 019 9686884 / Kak Sue 012 9147766








You May Also Like

8 komen

  1. gee..cik nor g jgk melawi tp g masa hari keputeraan sultan kelantan tu. cik nor sewa chalet mur murah jah sbb guna 4 bilik..family day..hihi

    ReplyDelete
  2. Wahhh seronoknya gee.. nnti nak try usha la juga

    ReplyDelete
  3. Tempat ni dekat jer dengan kampung Murni..tp xpernah try lagi

    ReplyDelete
  4. Teruja tgk hotdog kelate & aiskrim tu..huhu

    ReplyDelete
  5. Nampak best psai ada kolam n pantai..kolam pun nampak safety..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya, dapat dua2..pasir dengan pantai..best tu..

    ReplyDelete