Suka Dengan Peplum Rossa Kurung dan Bloom Skirt Dari Abyadh Couture

by - December 29, 2018

Ladies semua! Kita ada barang best nak dikongsi kat sini. Kalau bukan ladies, yang mana gentleman pun boleh baca dan take note untuk si isteri atau ibu atau girlfriend korang okey. Orang kata, barang baik tak elok disimpan dipendam. Nak kena kongsi sama untuk orang lain. Orang kata lagi, kalau nak beli baju, skirt atau pakaian mesti beli yang kita suka dan selesa untuk dipakai. Bukan dibeli hanya sekadar untuk tujuan #ootd sahaja. Membebel pulak Sis Gee nih!

Baru - baru ni Gee berjalan - jalan di Instagram. Hajat dihati untuk memenuhi waktu terluang untuk scroll baju - baju cantik yang mur mur. Senang cerita nak survey baju raya hajatnya. Eh awalnya nak raya! Haha! Nama pun survey tu kan! Kemudian terjumpalah dengan apa yang Gee jumpa ni. 

Terjumpa dan terjatuh cinta dengan koleksi Abyadh Couture!!



Bila jumpa Instagram Abyadh, Gee terus naik syok. Semakin galak tangan ini duk scroll dan scroll dan scroll. Hahahahaha! Dan tiba - tiba..tersampai parcel Abyadh kat rumah. Ceewahhh magic tak? (padahal dipendekkan cerita) haha!

Suka sangat dengan Ironless Bloom Skirt!! Ini skirt baru tau!!! Yang paling best adalah Bloom Skirt ini ironless. Maksudnya tak perlu gosok pun takpe. So, skirt ini akan jadi teman di kala travel nanti. Lipat masuk dalam beg, dan boleh terus pakai!



Jom Gee kongsikan antara keistimewaan Bloom Skirt daripada Abyadh Couture ini :

Skirt tak perlu digosok.
Material prada jacquard yang sangat sejuk dan selesa dipakai.
Free size fit until my size iaitu L. Rasanya boleh pergi ke XL.
Ada banyak warna pilihan untuk dipilih dan dipadankan dengan blouse, kemeja atau t shirt.
Jahitan sangat kemas dan design yang cantik.


I feel so comel dengan Rossa Peplum Kurung! Maafkan saya sebab saya terperasan sekejap bila pakai Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ni. Outfit kedua dari Abyadh Couture yang super duper selesa ini nama dia Rossa Peplum Kurung. Peliknya, peplum ini cutting dia bukan seperti peplum di pasaran yang agak seksi (for me) dan tak berapa sesuai untuk saya. Hehe.


Material Rossa Peplum Kurung adalah cromo crepe dan juga lycra. Cutting tak seksi, tak jarang, dan sangat selesa walaupun Gee pakai ke playground untuk family times bersama anak - anak. Baju Rossa Peplum Kurung ini mesra wuduk kerana dibuat bukaan zip yang terselindung di sebalik jahitan lengan. Gee suka bahagian hujung lengan yang just nice yang tidak terlalu besar. So kalau kita angkat tangan, memang hujung lengan terletak je kat situ tidak jatuh ke siku.


Design baju Rossa Peplum Kurung ni kembang tau!! So kalau preggy pun boleh pakai. Tapi bila pakai kita tak nampak macam pregnant pun. Sebab kain dia akan jatuh cantik je ikut badan korang. Tapi jangan salah faham tau sebab baju ni tak ketat tapi longgar je. Rossa Peplum Kurung ni boleh dikatakan peplum muslimah yang sesuai dipakai untuk ke mana - mana tempat seperti majlis kahwin, riadah di taman, travel, majlis keraian dan sebagainya.


Suka dengan design unik ropol - ropol pada baju dan kain. Nampak lain dari yang lain design Rossa Peplum Kurung ni. Jahitan pun sangat kemas.


Boleh tengok betapa best dan selesanya material Bloom Skirt dan Rossa Peplum Kurung dari Abyadh Couture ini!


Jom Lihat Lagi Design dan Koleksi Dari Abyadh Couture

Kalau nak tahu, ada banyak lagi tau koleksi dari Abyadh Couture ni. Yang pasti semua design sangat menarik dan rare!! Tapi cantik! Malas cakap banyak, jom Gee kongsikan gambar untuk tatapan korang.

Azura Kurung
Qaira Kurung

Suri Kurung

Princess Skirt
Bubble Blair Skirt
Khadijah Blouse
Sila Rambang Mata!!

Amacam? Menarik tertarik tak koleksi Abyadh Couture tu? Tu baru sikit tau Gee up gambar. Next nak shopping lagi tapi tunggu cik gaji dululah. Hehe. So korang kalau sign up kat website Abyadh Couture, korang akan dapat diskaun RM5 tau!! Sekarang diaorang duk buat sale kaw kaw tu. Baik gi terjah cepat sebab nanti warna dan design yang korang nak kehabisan stock. 



Untuk maklumat laman web dan info lanjut, korang boleh klik je pautan kat bawah ini!

ABYADH COUTURE 









You May Also Like

5 komen

  1. Cantik baju.. My mum pun tgh survey nak cari baju raya ni. Awal betul raya tu.

    ReplyDelete
  2. ore komen nyo deletete dia..hhaha.. sbagai ganti rugi sila belanja baru2 cantik kat atas tu..haha

    ReplyDelete
  3. Comel nampok muda gee pakai gitu.. Baru la tok laki kejut hihihi

    ReplyDelete
  4. skirt tu cantik..nampak lembut je alunan ropol2 tu..

    ReplyDelete
  5. Cantikkkk gilaaa arr design Peplum baju kurung tu

    ReplyDelete