EVENT

Selesai Majlis Penyerahan Zakat McDonald's di Terengganu

December 12, 2018
Majlis Penyerahan Zakat McDonald's Bagi Tahun 2017 di Terengganu | Satu majlis formal dan tertutup telah dijalankan di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersempena penyerahan zakat McDonald's untuk diagihkan kepada golongan Asnaf di Terengganu. Bertarikh 11 Disember 2018 (Selasa), Syarikat Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM100,000.00.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Haji Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.


Wakil Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Puan Rosedalina Ibrahim (Pengurus Kanan Hal Ehwal Halal McDonald’s), Encik Md Fazli Razali (Operation Consultant Terengganu), Encik Mohd Ariff Hadi (Operation Consultant Kuantan), dan juga Puan Maimunah Binti Abdullah (Restoran General Manager McD Gong Badak).

Jom Gee kongsikan untuk pembaca blog Gee yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Program Komuniti McDonald's.

Apakah Program Komuniti McDonald’s? 

Untuk pengetahuan korang, Program Komuniti McDonald’s merupakan inisiatif McDonald’s untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s di seluruh negara. 


Penganjuran Program Komuniti McDonald’s di Terengganu melibatkan: 

● Penyerahan Zakat perniagaan McDonald’s bagi tahun 2018 untuk diagihkan kepada golongan Asnaf.

●Pentauliahan kepada pelatih program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s yang terdiri daripada anak-anak golongan Asnaf. 

● Penyampaian pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan. 

Secara keseluruhan, Zakat dan sumbangan bagi negeri Terengganu menerusi Program Komuniti McDonald’s adalah sebanyak RM490,600.

Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s 

McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Dengan pengambil alihan ini, McDonald’s Malaysia kini dimiliki 100% oleh umat Islam. Sejak dari itu, adalah menjadi komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk menunaikan Zakat pada setiap tahun.

McDonald’s telah menyerahkan Zakat perniagaan bagi tahun 2017 berjumlah RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat negeri-negeri untuk diagihkan kepada golongan Asnaf. 

Program Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s 

Program perantisan SLDN McDonald’s merupakan program berorientasikan latihan industri selama 18 bulan yang menggabungkan situasi pembelajaran di restoran McDonald’s dan juga kelas teori di institut latihan. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Setiap bulan, anak-anak muda yang menyertai program ini akan mendapat elaun sara hidup sebanyak RM1,200, manfaat perubatan, perlindungan insurans, tempat tinggal dan juga makanan percuma. 


Objektif program : Memberi peluang pendidikan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia di Malaysia. 

Program Pek ‘Kembali ke Sekolah’ 

Tahun ini McDonald’s dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) menyampaikan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, melibatkan jumlah sumbangan lebih RM 1.7 juta. Di Terengganu sahaja, seramai 901 kanak-kanak menerima pek ini. Setiap kanak-kanak menerima 1 set uniform sekolah, sepasang kasut sekolah, dan beg sekolah. 

Sumber Gambar : SINI
Objektif Program : 

➝  Meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak bagi persiapan sesi persekolahan 2019. 

➝ Memberi motivasi dan semangat kepada kanak-kanak untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

Bulan Komuniti McDonald’s 

Bulan Komuniti McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Komuniti McDonald’s yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun. Sepanjang Bulan Komuniti McDonald’s, semua restoran McDonald’s di seluruh negara digalakkan untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan di sekitar lokasi restoran yang memfokuskan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik. Bulan Komuniti McDonald’s juga dianjurkan sempena sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan yang jatuh pada setiap hari Sabtu terakhir bulan Oktober. 

Sumber Gambar : SINI
Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Komuniti McDonald’s 2018 termasuklah : 

➤ Lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak.

➤ Lawatan ke hospital untuk menceriakan kanak-kanak di wad pediatrik. 

➤ Membantu mengemas rumah-rumah kebajikan kanak-kanak sebagai persediaan untuk sambutan Deepavali. 

➤ Sambutan Hari Kanak-Kanak di restoran-restoran McDonald’s.

Rumah Ronald McDonald (RMH) di HUSM, Kelantan 

Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan merupakan Rumah Ronald McDonald ke-2 di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019. Rumah ini menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM atau hospital lain di sekitar Kota Bharu. Ia merupakan kediaman berkelengkapan penuh dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. 


Kewujudan rumah ini akan meringankan beban kewangan melibatkan kos penginapan untuk keluarga pesakit kanak-kanak disamping membolehkan mereka memberi sokongan emosi antara satu keluarga dengan keluarga yang lain dengan berkongsi perkembangan anak masing-masing. 


Rumah Ronald McDonald pertama telahpun didirikan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah pada tahun 1999, di mana ia merupakan rumah pertama didirikan di rantau ASEAN.

Terima Kasih McDonald's Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mcdonalds.com.my .

You Might Also Like

3 komen

  1. bgaus program macam ni, rupanya bulan komuniti pd oktober... nice sharing

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mcd atas usaha membantu memberi zakat kepada golongan yang memerlukan ni semoga dipermudahkan untuk.tahun-tahun akan datang

    ReplyDelete