REVIEW

MMSOS Satu Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Dan Mengurangkan Bebanan Rakyat

December 14, 2018
MMSOS Satu Aplikasi Mantap Dalam Melindungi Dan Mengurangkan Bebanan Rakyat | Korang perasan tak Gee ada kongsikan juga info MMSOS ini di Instagram, Facebook dan juga Twitter. Bila sendiri merasa dan menggunakan aplikasi ni terus rasa wowww!! Mesti war war kan segera supaya korang boleh buat perkara yang sama iaitu menjadikan aplikasi MMSOS ini sebagai persediaan awal di kala menghadapi sebarang kecemasan. Bukan diminta cuma, menyediakan langkah awal sahaja.

Tak Perasan si Aqil Tertekan PANIC BUTTON!

Beberapa hari lepas, sambil berehat dengan suami dan anak - anak, tiba - tiba telefon Gee berbunyi ada panggilan masuk. Masa tu telefon di tangan Aqil si bongsu yang berumur 2 tahun. Risau juga malam - malam nombor tak dikenali telefon. Bila angkat, dia perkenalkan diri sebagai Officer dari MMSOS bertanyakan kecemasan apa. Owh!! Terkejut kot! Gee bagitahu anak tertekan dan minta maaf di atas kesilapan sendiri. Kemudian, Gee diminta untuk cancel case di dalam aplikasi. Tak lama lepas tu ada pulak Officer MMSOS call tanyakan untuk kepastian tiada kecemasan. Mungkin dia risau Gee kena ugut untuk tidak beritahu ke apa ke kan?


Sangat cepat team MMSOS respond tau!! Memang terus Gee fikirkan applikasi ni wajib ada pada setiap orang terutamanya wanita dan pelajar. Bila kita ada hal kecemasan, boleh terus tekan PANIC BUTTON untuk team MMSOS kenalpasti lokasi kita dan hubungkan kita dengan pegawai terdekat. Kecemasan ni termasuklah kemalangan, kes ugut, samun, diekori orang yang tak dikenali, pecah masuk rumah, kerosakan kereta dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan aplikasi MMSOS? Baca entry ni sampai habis okey!


MMSOS “Panic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan. 

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.


MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini. 

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.


Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS : 

• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000). 
• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365). 
• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’. 
• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining). • ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta. 
• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta. 
• ‘Ambulance fees’. 
• Percuma ‘towing’.


Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.


Personally, Gee sangat recommed pada korang untuk download dan daftar aplikasi MMSOS ini. Hanya dengan satu butang sahaja, kita mampu bertindak dengan lebih bijak! 

You Might Also Like

11 komen

  1. Dekat sabah apps ni boleh guna tak ? Nampak berguna untuk diri sendiri huhu

    ReplyDelete
  2. Bagus kan app ni. kita tak tahu bila waktu kecemasan tu.

    ReplyDelete
  3. aps ni dh digunakan seluruh malaysia ye...

    ReplyDelete
  4. wahh.. makin senang skarang kalau ada kecemasan

    ReplyDelete
  5. nice sharing aplikasi yg bgs tuk pengguna

    ReplyDelete
  6. time tk kena ni memang la aplikasi ni rasa tak penting, tp bila kena baru lah rasa elok ad aplikasi ni.

    ReplyDelete
  7. Bagus ni sekarang dah la banyak jenayah

    ReplyDelete
  8. woww sangat bagus apps ni! membantu orang yang sedang dalam kesusahan dan kebuntuan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. betul wakkkkk.. kecemasan tak terduga kan.. bila ada bantuan macam ni lapang sket dada nak ke mana-mana dalam apa jua keadaan..

    ReplyDelete
  10. App yang bagus dan berguna waktu kecemasan ni memang harus kena ada dalam semua hp

    ReplyDelete