TIPS

Amalkan Tips dan Ciri Untuk Menjadi Seorang Hipokrit

December 08, 2018
Hipokrit | Adakah sama dengan konkrit? Kah! Ramai juga suka sebut ' Kau jangan nak hipokrit sangat! '. Tahu ke maksud hipokrit tu. Kalau kefahaman aku, hipokrit ni adalah ciri - ciri mereka yang suka tunjuk bagus depan orang, perasan semua betul. Macam teruk jugak spesis hipokrit ni tapi ramai je tak perasan diri sendiri seorang yang hipokrit. Aku sendiri entah hipokrit jugak pun tak tahu! Kuikuikui!


Ada ke yang nak jadi seorang yang hipokrit? Siapa nak mengaku kan? Haha! Entry ni lain macam sikit. Aku nak bagitahu tips dan ciri untuk menjadi seorang yang hipokrit terbaik di alam ini. Wakaka! Siapa nak jadi hipokrit, sila amalkan tips ini okey!

5 TIPS DAN CIRI SEORANG HIPOKRIT

1. Sentiasa Menjadi Seorang Yang Sempura

Kalau kita nak cuba menjadi seorang yang sempurna tu lain tau! So kita akan sentiasa berubah dan ambil positif di atas semua kesilapan serta perbetulkan untuk menjadi yang lebih baik. Tapi nak jadi hipokrit korang MESTI JADI SEORANG YANG SEMPURNA! MESTI tu maksudnya, kat depan keluarga dan rakan-rakan korang kena tunjuk segala kemampuan dan pengetahuan korang walaupun hakikatnya semua itu diluar kemampuan dan pengetahuan korang. Orang kata buat buat pandai! Hahahaha!

2. Pandai Mencari Alasan

Alasan ni sepatutnya sesuatu yang betul dan benar - benar berlaku. Tapi nak jadi hipokrit korang kena master bab - bab bagi alasan ni. Sehinggakan bila dah jadi kebiasaan, alasan tu akan datang sendiri tanpa perlu nak fikir pun. Alasan pulak mestilah berbakul - bakul nak kena standby supaya korang akan dapat jadi hipokrit yang berjaya! Wakakaka!

3. Buat Pelbagai Jenis Rutin Pada Satu Masa

Multitasking ni luas maksudnya. Tapi seorang yang hipokrit mesti kena tunjuk pada orang yang korang mampu buat sebeban kerja yang banyak. Dalam suatu masa, semua kerja korang buat. Kaut semua okey! Korang kena jadi ustaz, pastu jadi petani, pastu jadi ahli politik, pastu jadi pakar kanak - kanak, pastu jadi penceramah bebas. Hahaha!

4. Jaga Hati Semua Orang Untuk Kepentingan Sendiri

Yesza nak dapat sesuatu benda mesti kena berbuat baik dulu. So kena jadi hipokrit okeh! Jadi kambing hitam ke kambing hijau ke kambing pink pun takpe, asalkan dapat benefits untuk korang. Bab kata orang, kipas - kipas lah sikit kalau nak dapat projek tu. Haaa gituuu!! Buat tau! Beli kipas kenduri yang besar tu lagi bagus!

5. Kawal Semua Benda Di Sekeliling 

Best tu jadi hipokrit sebabnya korang akan kawal semua benda yang ada di sekeliling korang. Bawah katil, bucu katil, celah tingkap, atas atap, dalam tanah semua korang kawal okeh!! Dan pastikan korang kena tunjuk yang itu semua di bawah kekuasaan korang! Hahahahaa!


Done 5 tips nak jadi hipokrit.  Amacam best ke jadi hipokrit tuh? Aku pun nak fikir jap nih! Wakakaka! So yang teruskan menjadi seorang hipokrit, teruskan kebahagian korang ye. Bolehlah guna tips aku bagi tu untuk mantapkan lagi skills hipokrit yang ada. Kikikiki! 




You Might Also Like

14 komen

  1. Alamakk...macam yang cikma sedang perhatikan sekarang je... padahal tak perlu hipokrit pun.. bukan semua orang peduli kehidupan hang kaya raya ke tak..

    ReplyDelete
  2. X suka jd hipokrit tetapi kdg kala terpaksa berpura2 bagi menjaga hati org lain.

    ReplyDelete
  3. Hipokrit ni macam mana eh, apa pun perbuatan kita kalau itu Allah redha dan suka, boleh teruskan biar apa orang nak kata.. Yelah tak semua kita buat orang suka.. Ikut orang semua benda takkan okay.

    Ada situasi kena hipokrit, yang penting kena letak adab sekali

    ReplyDelete
  4. Susah jgk ni nak jadi hipokrit.. Tp kalau blh kurang2 lah bersikap macam tu

    ReplyDelete
  5. Penat woo jadi hipokrit. Baik jadi diri sendiri je. ikut kemampuan masing2 lg senang.

    ReplyDelete
  6. lain macam entry sis gee ni. hahahah. btw, selagi hidup atas muka dunia ni memang kena hadap orang macam ni. harap sempatlah berubah daripada menjadi terus hipokrit.

    ReplyDelete
  7. lebih baik jadi diri sndiri.. apa org lain nk nilai kita tak kisah sbbnya bukan boleh nak puaskan hati semua org utk setuju segalanya dengan kita dan ada masa mmg perlu juga sikap hipokrit ni terutama ketika berdepan dengan org yg lebih tua :D

    ReplyDelete
  8. Betui gee..suka tajuk ni..susah kalau dengan orang hipokrit ni..kkdg² terpaksa hipokrit utk jaga hati org lain..kkdg² orang hipojrit ni bila berkawan dengan kita, depan kita macam lain tapi di blakang kita macam lain..dah macam lalang pulak..

    Tapi lagi menakutkan bila hipokrit ni jadi kat diri kita sendiri..antara kita sedar atau pun tak..

    Lagi..lagi..lagi menakutkan bila orang hipokrit ni, dosa dia sangat besar. Dia akan di seksa di dalam api neraka yang paling bawah sekali. Sebabnya, orang hipokrit ni, bukan setakat menyusah dan merosakkan diri dia sendiri. Tapi dia akan rosakkan orang disekeliling kita..

    Kak lega dapat kenai semua kawan² blogger yang baik hati blaka..moga kita terus sentiasa muhasabah diri kita untuk terus buat kebaikkan..

    😊

    ReplyDelete
  9. pelikkkkan bila gee taip entri ber aku hahaha... nak kena chek semula dalam diri ada ke 5 tips di atas dekat cik ash

    ReplyDelete
  10. saya rasa hipokrit adalaha sesuatu yang negatif, untuk ambil menjadi positif kita tukar kepada "bertindak mengikut keadaan" bukan bermuka-muka. tidak begitu? kah3

    ReplyDelete
  11. entri ini memang lain macam. haha!
    tapi tips di atas memang betul..orang hipokrit memang apply semua tips tu..kak zura pernah berdepan dgn orang macam ni dan memang nampak sangat betapa 'penat'nya mereka.

    ReplyDelete
  12. Amboi, tips dia..ahaha. Tapi dulu time kerja, ayat yang memang saya tak boleh lupa sampai sekarang member cakap 'kalau kita boleh buat orang gembira/senyum, jadi kenapa kita tak buat?'. Bila dah jadi surirumah ni, saya rasa betul jugak cakap dia. Bukan nak hipokrit atau kipas tapi gembirakan orang salah satu benda baik. Jadi, buat je la..haha

    ReplyDelete
  13. Kadang2 memang perlu hipokrit.. Tp biar kena pada tempatnya la.. Hehe

    ReplyDelete
  14. perghhh gitchuwww. nak jadi hipokrit pun ada guide kan hahaha. hipokrit ni dalam sesetengah kes dan situasi bagus. tapi ada masa kena 'be real' and 'be yourself'. takut nanti makan hati dan tak mustahil boleh 'makan' diri sendiri jugaa hehehe.

    ReplyDelete