Tempah Kuih Tradisional Murah dan Sedap Di Salak Tinggi

by - November 27, 2018

Korang penggemar kuih tradisional tak? Kalau suka, korang suka kuih apa ye? Gee ni bukan penggemar kuih sangat sebab kebanyakkan kuih tradisional sangat manis ting ting ting gitu. Haaa gitu. TAPI kalau ada kuih yang dibuat manis dia seiring dengan rasa lemak memang Gee suka sangat!! Nak tahu kuih apa yang Gee selalu beli dan incik suami pun dah sedia maklum kalau nak belikan kuih untuk isteri dia yang satu ni. Eh satu ke? Oittttt! Hahahaha!


Senarai kuih favourite Sis Gee :

● Onde Onde / Gula Melaka
● Kuih Talam
● Nona Manis
● Kuih Gulung / Ketayap
● Seri Muka
● Kuih Koci
● Tepung Pelita
● Dan banyak lagi!

Kuih - kuih tu semua Gee suka dengan bersyarat tak terlalu manis. Kalau bulan puasa, itu antara kuih yang Gee selalu beli. Nak buat sendiri tu teringin jugak, tapi kerajinan tu belum datang menjengah. Hahaha! Agak - agaknya kena seru banyak sikit, kot tahun depan tak perlu beli kuih dah untuk berbuka. Wish me luck! haha!

Detik Perkenalan Dengan Kak Ina, Owner Eyzaina Bakery

Kisahnya, masa gi Bangi Wonderland tu, Gee dan Mek dapat jemputan dari Kak Ina ni untuk datang makan tengah hari kat rumah beliau. Siapa Kak Ina? Detik perkenalan dengan Kak Ina ni ketika Gee dan ahli dari Team Blogger Pantai Timur ke Bukit Gambang Resort pada Julai 2018 yang lepas. Masa tu Encik Nasir selaku Head Sales Manger di Bukit Gambang Resort City turut membawa isteri dan anak bongsu beliau datang bercuti bersama kami. Dari situlah moment perkenalan kami sehinggakan Kak Ina jemput kami makan dirumah beliau. So mesti korang boleh teka personaliti Kak Ina ni macam mana kan? Yes! Beliau sangat friendly okay! Boleh buat geng sembang! Haha!



Sepatutnya kami datang lunch, tapi apakan daya bila dah datang Kuala Lumpur untuk berjalan - jalan, masa tu rasa cepat je berlalu. Kami datang rumah Kak Ina untuk dinner selepas Train Trip Ke KLCC . Kedatangan kami memang ditunggu - tunggu oleh Kak Ina dan family. Segan pulak rasanya. Tapi lain pulak yang jadinya. Kami dapat rasakan aura mereka layan kami as a family. Langsung tak kekok nak bersembang termasuk anak - anak Kak Ina yang sporting! Kami di jamu diner lauk pauk penuh meja! Ada ikan bawal masak steam, ayam masak nona ( rasanya itu nama dia dan asben siap suruh mintak resipi!), ayam goreng, sayur sampur dan kuih muih yang menjadi hero dan topik utama kami bersembang. 

Kuih Tradisional Sedap Dari Air Tangan Kak Ina Sendiri

Baru Gee tahu yang Kak Ina ni berniaga kuih dan sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis kuih tradisional. Semua jenis kuih Gee sebut malam tu, Kak Ina tunjukkan gambar yang beliau buatkan untuk tempahan pelanggan! Tak terkira jenisnya. Malam tu Gee dapat merasa 2 jenis kuih yang kebetulannya kedua-dua kuih ni adalah favourite Gee. Macam tau tau je kan! Hehe! 


Kami dapat merasa Kuih Ketayap dan Kuih Seri Muka. Gee memang duk makan banyak jugak sebab rasa dia tak manis. Kata Kak Ina, kalau orang nak resipi, dia takdenya nak kedekut ilmu ke apa. Cuma jangan ubah resipi walaupun hanya setitik air sebab semua tu akan mempengaruhi rasa kuih itu sendiri. Biasa penjual dia tak nak share resipi, tapi berbeza pula dengan pendirian Kak Ina ni kan? 

Ada banyak lagi kuih muih yang Kak Ina sedia menerima tempahan. Antaranya adalah :

Kuih Koci

Kek Pisang
Tepung Gomak

Sri Muka Durian
Kuih Cara Berlauk

Puding Milo Oreo

Kuih Lapis
Sri Muka
Kuih Ketayap
Istimewa untuk korang yang berada di Salak Tinggi atau berhampiran, korang boleh menempah pelbagai jenis juadah kuih muih dari Kak Ina. Jangan risau, harga memang murah dari pasaran sebabnya Kak Ina akan pastikan kita dapat menikmati kuih dengan rasa yang asli TAPI pada harga yang berpatutan. Kepuasan Kak Ina adalah rasa kuih yang asli bukan pada harga yang tinggi melambung. Serius sangat recommended kalau nak tempah untuk majlis keraian, kenduri kahwin, hantaran perkahwinan dan sebagainya. 

Baca story Mek Ayuni < SINI >


Thank you so much Kak Ina & family sudi luangkan masa dan terima kehadiran kami. In syaa Allah ada jodoh, boleh jumpa lagi. Amin.

Untuk hubungi Kak Ina personally, korang boleh berhubung dengan beliau pada info kat bawah ni.

Facebook : Hazrina Hassan

Instagram : hazrina_hasan

Hubungi : 018 363 3016



You May Also Like

5 komen

  1. bila nk menjengah kak ina lagi. hehheheheh. suka sembang dengan angah and along. anak anak suka dengan uzair. hahah. complete !

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak kuih muij tradisional

    ReplyDelete
  3. aduhhhhh sedapnya kuih muih dia gee.. terliur la kak ni boleh post ko hahahha mengidam ni

    ReplyDelete