Rasai Sendiri 14 Daya Tarikan Yang Ada di Bangi Wonderland Waterpark

by - November 14, 2018

Assalamualaikum 💙

14 Daya Tarikan Ada di Bangi Wonderland Waterpark yang terletak di Bangi Avenue, Kajang. Baru - baru ni Gee dan suami surprisekan Geng 4A dengan membawa mereka ke Bangi Waterpark. Mereka sangkakan kami dah nak balik ke Kuala Terengganu setelah semalaman di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Bangi Waterpark ni seperti nak ke Cameron Highlands seperti yang diteka oleh anak - anak Gee. Mungkin disebabkan mereka nampak kehijauan pokok dan kawasan berbukit sebab itu mereka teka kami akan ke Cameron Highlands.
 

Anak - anak semakin teruja bila daripada jalan besar dah nampak pelbagai jenis slides di Bangi Wonderland ni. Dah masuk pintu utama baru mereka betul - betul menjerit kesukaan dan surprise kami menjadi! Kecoh dan bisinglah dalam kereta dengan pertanyaan baju mandi, pelampung, nak main gelongsor, bla bla bla. 4 orang semuanya bersuara dengan teruja! Pastinya pengalaman ini Gee kongsi bersama blogger Mek Yunie dan keluarganya sekali. Dah sampai semua teruja dan Gee dan Mek terus ke kaunter tiket yang terletak di lobi Bangi Wonderland Waterpark untuk urusan pembelian tiket.


Dapatkan Tiket Untuk Yang Ketinggian 90cm Ke Atas. Di Bangi Wonderland Waterpark, tiket masuk dicajkan berdasarkan ketinggian korang. Yang mana ketinggian bawah 90cm tiada bayaran masuk dikenakan. Dah selesai urusan pembelian tiket, bolehlah mula explore Bangi Wonderland Waterpark. Jom Gee share apa yang best kat Bangi Wonderland Waterpark ni.

14 Rides / Games Bangi Wonderland Themepark



1. Kids Adventure


Tempat pertama kami tuju semestinya Kids Adventure. Pertama kali tengok, terus rasa wowwwnya Kids Adventure ni. Siap ada slides yang pelbagai jenis dan ada banyak! Kiranya, mak ayah nak join main dengan anak sekali pun memang best dan boleh tahan juga mencabar slides yang di tingkat yang tinggi. Untuk babies, ada juga gelongsor yang turut dikawal rapi oleh Life Guard Bangi Wonderland. 

2. Pirate's Bay

Kalau nak merasa dilambung ombak, korang kena lepak - lepak di Pirate's Bay ni. Kebetulan kami semua duk sembang - sembang sambil anak - anak main air tiba - tiba terasa badan seperti ditolak. Sebelum tu ada siren dibunyikan tapi kami blur! Kedalaman Pirate's Bay ni semakin ke tengah semakin dalam. Rupa - rupanya siren tu sebagai tanda nak bagitahu diaorang nak mulakan ombak kat Pirate's Bay. Semakin lama semakin kuat dan Aqil dah berpeluk atas riba dah. Badan ni semakin ke depan dengan ombak yang semakin kuat. Serius terumbang ambing mereka yang berlampung tuh. Memang terbaiklah Pirate's Bay!

3. Meander River


Yang ni korang boleh merasai pengalaman seperti menyusuri sungai yang kecil gitu. Air pun cetek dan selamat untuk anak - anak kecil. Ada yang berjalan, ada juga yang menggunakan pelampung. Gee tak berkesempatan nak cuba yang ni. Korang boleh baca review mek sebabnya Mek dan family naik pelampung di Meander River ni. 

4. Spiralax


Kami beranikan diri demi merasai sendiri pengalaman menaiki Spiralax ni. Masing - masing dah baca doa macam - macam dah disebabkan takot punya pasal. Haha! Agak panjang juga Spiralax ni dan ternyata sangat best dan boleh release stress jugak tau! Menjerit tak hingat dah kami dua! Memang terasa kepuasan selepas naiki Spiralax ni. 

5. Body Slide


Body Slide ni Gee tak berani tapi incik suami dan si Amani selamba je slides. Kalau Spiralax kena slides dengan pelampung tapi yang Body Slide ni kita je kena turun. Ui Gerun kot! Life Guard dah siap - siap dah kat depan tu untuk tolong sekiranya perlu terutamanya Amani yang kategori kanak - kanak. Proud of you lah Kakak Amani!

6. Insane Racer


Insane Racer sememangnya buat jiwaku insane hokey!! Gee memang tak pernah ada keberanian nak naik slides jenis meniarap ni. Tapi masa tu mungkin tengok Amani dan Arsyad pun nak buat sekali so acah - acah berani ikot incik suami dan 2 ketul tu naik atas. Bila dah diajar cara meniarap, life guard siap kira sebab nama pun Insane Racer kan! 3 beranak tu helok je gelongsor meniarap turun. Aku? Hahahahahaha. Aku masih disitu wei!! Jiwa tak kuat dan tak reti nak meniarap gelongsor dengan alas dia tuh. Walaupun dah diajar namun masih tak kuat untuk turun. So dengan selamba Gee turun balik dengan tangga. Adoyai! Tapi anak - anak memang seronoklah siap bagitahu ibu rugi sebab tak main Insane Racer tu. Next time pun ibu akan fikir 100kali. Haha!

7. Anaconda Trail


Anaconda Trail best walaupun nampak lurus je berbanding dengan Spiralex. Gee naik tube dengan Mek juga yang ni dan jeritan kami tetap bergegar sampai bawah dengar suara kami. Hahahaha! Tak sempat nak repeat dua kali yang ni! Walaupun hakikatnya hakak dua orang ni nervous bagai nak rak! Haha!

8. The Fall



Bila tengok slides purple tu terus terasa luruh dah jantung Sis. Tu belum naik lagi dan memang Gee tak naik pun The Fall ni. Dalam gambar tu incik suami yang main. Gee mampu tengok saja. Haha!

9. Wonder Loop


Kalau berani sangat korang mesti cuba Wonder Loop ni. Permainan dimulakan dengan korang akan dilepaskan untuk slides ke bawah secara menegak. Ni lagi dasyat daripada The Fall sebabnya platform Wonder Loop lebih tinggi dan dan turun secara menegak dengan sangat laju!

10. Magic Funnel


Magic Funnel yang berbelang biru dan merah ini mesti dinaiki oleh 4 orang untuk 1 tube. Kami tak dapat nak main sebab tak cukup korum bila Arsyad dan Amani tak lepas had ketinggian untuk Magic Funnel. So korang nanti mesti merasa Magic Funnel ni wokeh!

11. Boomeriang



Games yang Arsyad sangat teringin nak main tapi kami dah kesuntukan masa untuk main. Kalau tengok slide Boomeriang ni agak mencabar juga sebabnya kita akan slides turun dengan pelampung dengan kelajuan yang maksima kemudian jantung mesti kecut bila slides hingga ke hujung dan slides  ke bawah dengan laju. Next time repeat mesti cuba yang ni pulak!

12. Green Pearl



Satu kerugian buat Gee sebabnya tak sempat nak merasai Green Pearl ni. Gee dapat rasakan kejutan berganda apabila kita slides dalam gelap kemudian jatuh dalam lingkungan bulatan Green Pearl. Korang mesti cuba yang ni tau!

13. Water Cannon



Mesti cuba keunikan dan kelainan Water Cannon. Games ni memang menguji denyutan jantung korang! Cara gamesnya korang kena duduk di atas lorong air yang sedikit condong.


Kemudian korang akan ditembak dengan pancutan air yang kuat sehingga jatuh melompat ke dalam kolam yang kedalamannya 2.8meter. Kolam memang dalam sebabnya untuk mereka yang mempunyai berat badan yang lebih berat, kesannya akan tenggelam lagi dalam ke dalam air.



Life Guard dah siap sedia untuk memberi bantuan. Setiap pemain diwajibkan memakai life jaket untuk langkah berjaga - jaga. Macam best tapi Gee takde kekuatan nak main! Haha!

14. Pirate's Spa


Pirates spa ni lebih tenang sebabnya kolamnya seperti kolam renang dan hanya boleh berendam dan berenang kat sini. Bila korang dah main semua games, mesti terasa penat dan nak cool down balik, so kat Pirate's Spa ni lah tempatnya untuk korang berenang dengan tenang sebelum tukar ke baju kering.

5 Keistimewaan Bangi Wonderland Waterpark Yang Patut Dipuji



◉ Life Guard Yang Cekap dan Fokus Untuk Menjaga Keselamatan Pengunjung

Setiap rides dan slides akan ada life guard yang akan membantu untuk memulakan sesuatu games dan menunggu apabila kita dah selesai. Kalau area Kids Adventure lagi ramai Life Guard yang ditugaskan di setiap rides kat atas. Life Guard bukan duduk saja memerhati je tau, tapi memang nampak mereka fokus pada pengunjung yang bermain setiap games yang ada.


Kebersihan Tandas dan Bilik Persalinan

Bila memperkatakan isu kebersihan pasti kita semua mahu menikmati kemudahan yang bersih sebabnya kebersihan ni akan menjadikan satu kepuasan yang maksima apabila kita berkunjung ke taman tema air seperti Bangi Wonderland Waterpark ini. Tandas dan bilik persalinan sangat bersih dan cukup selesa untuk bilangan pengunjung yang ramai.

Kebersihan dan Keselesaan di Surau

Kemudahan surau juga disediakan kerana korang mesti habiskan masa semaksima yang boleh di Bangi Wonderland Waterpark ini. Telekung sembahyang serta sejadah banyak disediakan di surau yang berkeluasan agak besar dan luas di Bangi Wonderland Waterpark.

Cabana Yang Selesa


Untuk mereka yang berkeluarga terutamanya mempunyai anak - anak yang kecil serta warga emas, korang boleh menyewa Cabana yang cukup selesa dan mempunyai privasi. Cabana juga dilengkapkan dengan kipas serta langsir bagi memberi keselesaan maksima untuk penyewa.



Harga Yang Berbaloi Untuk Percutian Bersama Keluarga



Setiap masa Bangi Wonderland Waterpark akan membuat promosi penurunan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal seperti gambar di atas. Untuk maklumat promosi harga korang boleh lihat di sini : Promosi Harga Tiket Bangi Wonderland Waterpark


Pengalaman Hujung Tahun Yang Indah dan Recommended!



Kalau ada peluang dan rezeki, teringin nak repeat lagi berkunjung di Bangi Wonderland Waterpark ni. Boleh habiskan rides dan slides yang belum pulun lagi tu. Haha! Gee sangat recommendkan Bangi Wonderland Waterpark untuk korang luangkan masa bersama keluarga. Kemudahan bagi keselesaan korang memang lengkap tersedia di Bangi Wonderland Waterpark. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi info di bawah ni.


BANGI WONDERLAND THEMEPARK & RESORT




Email : sales@bangiwonderland.com.my

Telefon : +603 8912 8333













You May Also Like

12 komen

  1. repeat di mana pula kita. hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat main air.. Bilo la nak sampai sini gak eh

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya dapat main air.. kak ayunie pun ada..bestnya dapat jumpa blogger bpt.

    ReplyDelete
  4. kalau kak zura mesti macam gie jugok..takut nak main insane racer tu..

    ReplyDelete
  5. Wah menarik sekali tempat ni..seronok rasanya dapat ke sana

    ReplyDelete
  6. Wahh seronoknya..kalau anak2 dah besar lagi seronok sebab boleh main semua game yang ada

    ReplyDelete
  7. Tak sampai lagi Bangi Wonderland ini.. Nanti kalau ada peluang nak bawa anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
  8. syok jugok bangi waterpark niii boleh masuk list

    ReplyDelete