MOVIE

Preview Movie : Operasi X Terbitan Dream Pictures Production

November 04, 2018
Assalamualaikum 💚

Kaki wayang mesti dah alert awal November ni ada movie terbaru menunggu korang di pawagam seluruh Malaysia. Gee ni bukanlah kata kaki wayang sangat tapi sejak ada panggung wayang kat Kuala Terengganu ni, Gee gunakan peluang ni untuk quality times dengan anak - anak. So kali ni Gee nak share ada movie terbaru produk Malaysia iaitu Filem Operasi X yang menampilkan barisan pelakon - pelakon yang top di Malaysia.


Filem : Operasi X

Pengarah : Sandosh Kesavan

Terbitan : Dream Pictures Production

Genre : Action

Menariknya, Filem Operasi X ini dibarisi oleh barisan pelakon - pelakon yang pasti membuatkan sesuatu filem itu meletop. Antara barisan pelakonnya adalah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima dan Zaidi Omar.

Kalau lakonan Dato Aaron Aziz tu memang Gee suka tak kisahlah drama atau filem aksi, romantik atau komedi semua menjadi lakonannya. Jangan lupa Dato Awie tu yang boleh tahan juga kalau lakonan genre komedi dan romantik. Pasti pecah panggung!


Sedikit Sinopsis : Mengisahkan bagaimana Operasi X telah menumpaskan kes jenayah yang dilakukan oleh 'Geng Belut' yang semakn berleluasa. Ketua Geng Belut tu mestilah rockers Malaysia Dato Awie manakala Dato Aaron yang akan melakukan misi sebagai watak anggota polis yang akan menumpaskan Geng Belut ini.

Agak - agak macam mana taktik dan cara Dato Aaron nak tumpaskan Geng Belut tu ye? Dan bagaimana pula Dato Awie mengelak dan mempertahankan jenayah yang dilakukan? Eh tapi ada juga tau adegan romantis cinta cintun! Siapa pula yang main cinta? Banyak sungguh persoalan Gee ni kan? Haha!

Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?

Korang agak - agak macam mana hasil gabungan Aaron Aziz dan Awie dalam Filem Operasi X ini ye? Bagi Gee perwatakan keduanya adalah berbeza dan gaya lakonan pun cukup berbeza. Operasi X ni pula merupakan filem ber 'genre' aksi, so apa kata kita gi terjah panggung wayang hari ini jugak untuk tengok macam mana gabungan Awie dan Aaron dalam Filem Operasi X ini.
 

Bermula 1 November 2018, Filem Operasi X sudah menggegarkan seluruh pawagam tanah air. Korang dah terjah? Jom booked tiket wayang Operasi X dan menonton bersama keluarga!!Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link yang dinyatakan kat bawah ini.

You Might Also Like

4 komen

  1. Owh aaron aziz berlakon memang dia berlakon best.. Kalau awie bab komedi n cinta tu terbaik bestnya kalau dapat pergi

    ReplyDelete
  2. Awieee.. The king of smugglers 😂

    ReplyDelete