HOTEL REVIEW

Menginap di Sandy Beach Resort Langkawi

November 29, 2018
Pengalaman Menginap di Sandy Beach Resort Langkawi | Musim cuti sekolah ni pasti ada yang merancang nak pergi bercuti di Pulau Langkawi yang cukup di terkenal di kalangan kaki jalan Malaysia mahupun dari luar negara. Kisah percutian ni dah beberapa bulan yang lepas namun terasa nak kongsikan pada pembaca blog Sis Gee. Mana tahu mungkin ada antara pembaca yang sedang survey hotel atau resort murah dah terbaik di Pulau Langkawi. 



Datang ke Pulau Langkawi, adalah menjadi kewajipan untuk datang lihat sendiri betapa cantik dan tenangnya pemandangan Pantai Cenang. Pantai Cenang antara kawasan tumpuan pelancong untuk melakukan pelbagai aktiviti pantai serta menikmati keriuhan suasana malam di sepanjang jalan Pantai Cenang. 


7 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Pantai Cenang

1. Parasailing


Parasailing ni Gee sendiri gerun nak mencuba. Di Pantai Cenang korang boleh buat aktiviti parasailing ni sambil menikmati pemandangan cantik dari atas. Kalau Gee naik, pemandangan ke mana, mulut je bising jerit. Haha! Untuk yang berminat, korang boleh buat parasailing bersama teman, seorang diri atau bersama guide yang ada. Dont worry, korang akan diajar sebelum boleh terbang! Safety first! Hehe.

2. Banana Boat


Kami tak berkesempatan nak naik Banana Boat dan teringin juga nak naik. Banana Boat antara aktiviti yang boleh dibuat bersama ahli keluarga atau kawan - kawan. Minimum korang kena ada 4 orang untuk naik Banana Boat ni. Tapi kalau datang berdua berbulan madu, for sure ada lagi pasangan lain yang boleh join dengan korang nanti sebabnya Pulau Langkawi antara destinasi bulan madu popular di Malaysia. Hehe.

3. Jetski


Siapa pernah main jetski? Gerun juga sebab takot jetski tu terbalik! Haha! Ni antara wishlist untuk cuba main, tapi belum ada rezeki untuk tercapai lagi. Tapi kalau naik, mampu duk belakang je kot. Korang datang ke Pantai Cenang jangan lupa ambil pakej main jetski ni tau!

4. Underwater World Langkawi


Underwater World Langkawi ni dekat je tau dengan Pantai Cenang iaitu hanya berjarak 700 ke 800 meter sahaja. So kalau kita takde transport boleh je hello Grab Car untuk hantarkan ke Underwater World ni. Bonus kalau pandu sendiri kereta sewa boleh jimatkan kos petrol sebab lokasinya dekat dengan Pantai Cenang.

5. Muzium Laman Padi


Kalau sukakan suasana kampung dengan pemandangan sawah padi boleh lah masuk ke Muzium Laman Padi ni. Menariknya korang siap boleh tanam padi sendiri lagi tau! Memang boleh pengalaman yang luar biasa. Trip kami tak sempat nak pergi Muzium Laman Padi ni. Maybe ada rezeki next trip boleh bawa anak - anak datang sini.

Menginap di Sandy Beach Resort Langkawi

Ada banyak pilihan hotel dan resort di sekitar Pantai Cenang Langkawi ni. Tapi Gee dan keluarga sempat merasa pengalaman menginap di Sandy Beach Resort ni untuk 2 hari 1 malam. Menariknya, ada pelbagai jenis chalet dan bilik hotel yang korang boleh pilih kat sini. Yang datang rombongan, datang bersama keluarga, bersama kawan - kawan atau datang honeymoon boleh pilih yang bersesuaian dengan korang. 



Kami menginap di Family Room di mana ada 2 katil Queen yang boleh memuatkan kami berenam. Hehe. Lokasinya agak privasi kerana dibuat seperti rumah yang berasingan. Kalau anak - anak nak main depan bilik pun tak kisah kalau mengganggu ketenteraman penghuni lain. Hehe. 


Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, televisyen, kettle, coffee & tea, towel dan toilettaries. Jom lihat pilihan bilik yang ada di Sandy Beach Resort Langkawi ni.

Pilihan bilik :

● Superior Room Beachside atau Garden View ( Single / Double )
● Standard Room Garden View ( 2 Single Bed )
● Family Room Garden View ( 2 Queen Bed )



Yes korang boleh pilih nak Garden View atau Beach View. Kami stay di Family Room memang ada Garden View saja. Tak kisah sangat sebabnya nak ke pantai cuma seberang jalan je dah nampak pantai. Kiranya, Sandy Beach Resort ni ada di kedua belah iaitu sebelah Pantai Cenang dan juga seberang Pantai Cenang. 


Gee kalau travel atau check in hotel mesti nak ada iron untuk iron baju atau tudung. Untuk yang menetap di Family Room, korang boleh guna iron yang disediakan di unit Superior Room Garden View. Bukan setakat iron je tau ada, korang juga boleh refill air masak dari mesin air tapis yang disediakan. So kalau tak masak air pun takpe sebab boleh ambil dari air tapis tu je. Siap ada air sejuk dan panas lagi. Sangat memudahkan penginap kat sini!


Meriahnya Suasana Malam di Pantai Cenang

Malam kami menginap, selepas perut dah kenyang, kami berjalan - jalan di Jalan Pantai Cenang. Suasana tu sangat meriah mengingatkan Gee akan suasana di Phuket. Hehe. Ramai pelancong asing dan tempatan berjalan - jalan dan juga singgah di gerai jualan sepanjang jalan. Ada banyak jugak servis spa dan urut cuma Gee tak berkesempatan nak mencuba disebabkan Arsyad tak berapa sihat ketika itu. Jualan baju dan kraft pun banyak! Gee cuma belikan t shirt Langkawi untuk Geng 4A tu dan juga sehelai seluar pendek untuk si bongsu Aqil. 



Baca tempat menarik Sis gee pergi di Langkawi :






So korang, kalau datang ke Langkawi boleh cuba menginap di Sandy Beach Resort ni. Gee suka tempah hotel online sebab lagi jimat daripada kita walk in. Dah ada date holiday? Terus booked hotel! Nanti melepas! Hehe. Untuk tempahan bilik atau info lanjut Sandy Beach Resort ini korang boleh semak kat www.traveloka.com , www.expedia.com.my , atau mana - mana online web yang lain. Happy hunting and happy holiday u olls!











You Might Also Like

7 komen

  1. doakan Cik Ash boleh langkawi deh hahahah nak g berdua jah...

    ReplyDelete
  2. Seronok ya di langkawi tu..macam2 ada kat sana kan

    ReplyDelete
  3. Last time I went to Langkawi was in 2005.

    ReplyDelete
  4. Waaaa jeles ni. .zaza teringin nak jalan langkawi.. Kena buat saving ni.. Mana tau 2019 nanti boleh bcuti ke sana

    ReplyDelete
  5. Rabia sempat jugakk pergi langkawi dulu.hehehe.

    ReplyDelete
  6. macam best jugok ajok deme deme ni g skali pulok

    ReplyDelete
  7. Langkawi ni sesuai untuk semua golongan. Best tak best kena rasai sendiri. Husniey suka pantai cenang tu meriah dan pantainya landai

    ReplyDelete