REVIEW

Susu Kambing Nufael Sesuai Untuk Seisi Keluarga

October 10, 2018
Assalamualaikum 💜

Bila dengar sahaja susu kambing ramai dah mengelengkan kepala. Termasuklah Gee sendiri. Fikiran Gee ni dah fikirkan daging kambing yang hamis, al maklumlah Sis Gee ni kurang gemar dengan masakan kambing ni. Itulah sampai ke susu mind set duk fikirkan tak sedap. TAPI Gee silap besar sebenarnya! Itulah suka judge sebelum mencuba!


Susu Kambing Nufael Memenuhi Citarasa dan Sangat Berkhasiat!


Korang pernah dengar tak Susu Kambing Nufael? Gee baru sahaja diperkenalkan dengan susu kambing Nufael ni. Gee teringin nak mencuba disebabkan semua orang mengviralkan khasiat susu kambing ni sangat bagus untuk orang dewasa serta kanak - kanak. Perkara pertama terlintas adalah supaya susu ini tidak hamis dan haruslah sedap memenuhi citarasaku yang agak memilih jenis susu. Hehe.


Ternyata, Nufael Susu Kambing ini sangat sedap dan Gee pun bagi pada anak - anak minum sama. Owh! Anak - anak Gee pun suka minum Nufael Susu Kambing ni! Untuk pengetahuan korang, Nufael Susu Kambing ini boleh diminum untuk seluruh ahli keluarga tanpa mengira peringkat umur. Sangat jimat dan bermanfaat kan?

Feedmilk Terkenal Dengan Fesyen Ibu Menyusu


Nufael Susu Kambing ini merupakan produk keluaran terbaru daripada Feedmilk. Sejak tahun 2014 lagi, Feedmilk ni sudah terkenal di kalangan ibu - ibu yang menyusu. Misi Feedmilk adalah menyediakan pakaian yang trendy untuk ibu menyusu dengan memudahkan ibu menyusukan bayi walaupun ketika di tempat awam. Dengan penggunaan #selamberselak ini menjadikan Feedmilk sebagai pilihan utama ibu - ibu menyusu seluruh negara.

Nufael Susu Kambing Sesuai Untuk Diamalkan Oleh Semua

Susu kambing merupakan susu kedua terbaik selepas susu ibu. Kalau korang nak tahu, susu kambing ni sangat bagus di amalkan untuk semua peringkat umur termasuklah bayi dan ibu yang mengandung. Susu kambing sangat bagus untuk melancarkan proses penghadaman di mana ia sangat bagus untuk anak - anak serta mereka yang inginkan berat badan yang ideal.


Bagusnya susu kambing Nufael ini, bahan - bahan yang digunakan adalah daripada sumber semulajadi sahaja. Susu Kambing Nufael digabungkan bahan - bahan yang tinggi khasiatnya seperti Delima, Kurma, Madu, Minyak Zaitun dan Manna serta Kismis dengan EKSTRAK SEBENAR bukan campuran perisa dan pewarna daripada bahan - bahan ini. Keaslian bahan - bahan sebenar menyerlahkan kesan yang bagus untuk kesihatan mereka yang mengamalkannya.

Kelebihan Mengamalkan Susu Kambing 



◉ Susu kambing mudah dihadam kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu.

◉ Zarah halus dan nyah asid serta bersifat alkali sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ulcer dan gastrik.

◉ Kandungan laktosa rendah dan halus memudahkan penghadaman bayi.

◉ Susu kambing bertindak meneutralkan acid dalam badan di mana ia dapat mengatasi masalah pening, berat badan berlebihan, sakit badan dan otot, keletihan serta darah tinggi.

◉ Tiada lendir seperti susu lembu di mana mereka yang alergik pada susu pun boleh mengamalkannya.

◉ Selenium dalam susu kambing membantu sel pertahanan tubuh dan bahan antioksida untuk melawan virus.

◉ Anti penuaan kerana ada bioorganic sodium yang dikenali dengan rawatan naturapathic yang boleh mengurangkan masalah sendi.

◉ Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta sodium yang rendah sangat penting untuk mengawal tekanan darah yang normal dan juga mengawal fungsi hati yang normal.

◉ Mengandungi Riboflavin yang berfungsi untuk merawat eczema, colic, insomnia, demam kuning serta asma.

◉ Kandungan Silicon dan fluorine yang tinggi dapat mencegah diabetes.

Susu Kambing Nufael Berbeza Dengan Susu Tepung Lain di Pasaran


Untuk pengetahuan korang, Susu Kambing Nufael  mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu yang mengakibatkan anak - anak sembelit, cirit birit serta kembung perut kerana ciri-ciri susu lembu yang tidak mudah dihadamkan. Selain itu, susu tepung dipasaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti susu skim, susu UHT, susu Low Fat, susu recombined, pasteur, sejat serta pelbagai lagi di mana kepelbagaian ini untuk memenuhi kehendak pelbagai pengguna yang melalui pelbagai proses sebelum ianya di bungkus dan diminum. Sedangkan susu kambing lengkap daripada semua jenis proses susu itu dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Korang boleh lihat video  << SINI >>  untuk ketahui lebih lanjut perbezaan Susu Kambing Nufael dengan susu tepung lain di pasaran.


Memperkenalkan DUTA Susu Kambing Nufael iaitu adik comel Fattah Anas dan papanya. Papa Fattah Anas sendiri sudah menukar susu tepung formula biasa kepada Susu Kambing Nufael apabila mengetahui keberkesanan Susu Kambing Nufael ini. Adik Fattah Anas kini mengamalkan Susu Kambing Nufael setiap hari dan semakin lama, semakin bijak adik Fattah Anas.

Cara Pengambilan Susu Kambing Nufael


1. Sediakan 170ml air suam.

2. Campurkan 3 skop Susu Kambing Nufael ke dalam air suam.

3. Kacau mengikut lawan arah jam sehingga larut untuk keberkesanan dari bahan sebenar.

4. Sedia untuk diminum!!

Korang klik PLAY video kat bawah ni untuk lihat cara Gee bancuh Susu Kambing Nufael untuk Ardini dan Aqil.


Ramai Yang Berpuas Hati Keberkesanan Susu Kambing Nufael








Sis Gee dan Anak - Anak Pun Dah Cuba!!


Tekstur susu tepung Susu Kambing Nufael sangat halus! Gee suka campur dengan air koko, rasa lemak lemak manis coklat gitu. Anak - anak Gee pun minum dan boleh habiskan satu gelas setiap kali Gee bancuhkan. Gee amalkan segelas setiap pagi dan juga segelas sebelum tidur. Amalkan setiap pagi supaya anak - anak Gee kekal cerdas dan sihat sepanjang hari. Untuk waktu malam pula, minum susu ni mampu membantu mereka untuk tidur lena tanpa rasa lapar bila terjaga di tengah malam. 

Peluang Jana Pendapatan Bersama Nufael Dibuka Sekarang!


Korang yang sedang mencari peluang perniagaan untuk tambah duit poket atau duit shopping atau duit travel boleh cuba untuk menyertai Team Nufael. Antara faedah atau manfaat bagi mereka yang menjadi Agent Susu Kambing Nufael ini adalah :

⇒ Semua urusan pengeposan di lakukan oleh HQ.
⇒ Korang tidak perlu menulis borang dan membungkus barang.
⇒ Korang tidak perlu mengeluarkan modal untuk dapatkan stok.
⇒ Korang boleh menikmati komisyen harian serta bonus bulanan. 
⇒ Leader dan juga founder akan bersama anda setiap masa.
⇒ Mempunyai group support daripada seluruh ahli team.
⇒ Founder sendiri akan menyediakan bahan - bahan promosi.
⇒ Korang akan diajar dari peringkat asas untuk berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Untuk yang berminat untuk menjadi pengedar boleh klik sini << Join Pengedar Nufael >>

Dapatkan Susu Kambing Nufael Sekarang!


Korang yang ingin mencuba untuk anak - anak, diri - sendiri atau keluarga, boleh dapatkan segera Susu Kambing Nufael ini. Kandungan Susu Kambing Nufael selamat untuk diamalkan bagi semua peringkat umur.

Harga : RM 48 sekotak ( 500 gram )

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :


NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli,
AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 016-840 4932



You Might Also Like

7 komen

  1. Bagusnyaaa..banyak manfaat ye..
    Sis ni tak berapa suka susu putih, tapi macam nak cubalah yg ni..

    ReplyDelete
  2. bilo nak g beli ni. jom november ni kita g butik feedmilk.

    ReplyDelete
  3. anak Liez berebut nak minum..mmg Liez bagi susu kambing dkt diaorg minum...

    ReplyDelete
  4. Tak cuba lagi.. nanti kita nak try jugak la

    ReplyDelete
  5. Suami cik ash bila bagi nufael dia boleh minum kalu tak kemain susah nak minum

    ReplyDelete