Sepetang di Pantai Teluk Ketapang Bersama Blogger Lea Azleeya

by - October 01, 2018

Assalamualaikum 💛

Siapa pernah datang ke Pantai Teluk Ketapang? Kalau untuk penggemar pantai dan juga aktiviti riadah bersama keluarga, korang mesti datang ke Pantai Teluk Ketapang ni. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat sini tau!! Korang boleh makan - makan, berkelah, ada playground, boleh main dengan rabbit, boleh tunggang kuda dan sebagainya lagi.



Sabtu yang lepas, Blogger LEA ada datang singgah ke Kuala Terengganu. Gee pun ajak Lea lepak di Pantai Teluk Ketapang. Dia pun ada 2 hero yang sebaya anak - anak Gee. So boleh lah anak - anak Lea having fun kat sini sebelum bertolak balik ke Kuantan.

TAPI! Bukan anak tetamu je having fun tau!! Anak tuan rumah terlebih fun pulak! Hahaha!!! 



Salah satu tarikan Pantai Teluk Ketapang adalah makanan sotong celup tepung!! Gee pun bawak Lea and family ke kedai makan favourite kami. Sorry i ols lupa nama kedai tu. Tapi lokasi kedai dekat dengan pagar airport dan berhampiran dengan kuda - kuda berhias. Takpe kalau korang datang Ganu, roger Gee wokeh! Gee boleh bawak gi situ. hehe.



Kami order sotong celup tepung, udang celup tepung, ABC, ABJ, air kelapa dan coconut shake. Semua masih kenyang lagi sebab Lea memang dari kenduri di Besut dan Gee pun dari kenduri kawan incik suami. Gambar menu tarak sebabnya the kiddos memerlukan perhatian ketika itu. Hahahaha! ( buat - buat faham je lah ye! kahkah )


Dah kenyang, anak - anak dah excited, layankan je lah diaorang nak menunggang kuda pulak. Untuk berkuda ni, ada kuda size kecil dan size besar. 

Kuda Kecil : 
RM 5 / jalan dekat 3 round
RM 15 / jalan jauh 

Kuda Besar :
RM RM 8 / jalan dekat

So Gee ambil 2 ekor kuda kecil untuk Geng 4A tu. Seekor dia kira RM 8 sebab 2 orang yang tunggang. Jimat! Haha! Berkuda ni bagus tau untuk anak - anak kecil. Especially anak - anak istimewa. Kalau tak caya sila google! Hehe.


Dah berkuda, diaorang nak naik kereta kuda pulak! Yang ni ibu pun excited nak naik. Last dulu naik kat Pantai Batu Buruk dan harga dia pun dah lupa! Kahkah!. So Lea & family pun on. Gee cari kereta kuda yang besar sikit since kami ramai. Kalau boleh nak muatkan satu kereta kuda je.


Dapat kereta kuda shanteq dah macam Cinderella!!! Nasib baik hakak tak pakai gown kembang! Harga RM 5 seorang , kids below 2 years old FREE. Syok juga berkereta kuda, tambah - tambah the kiddos! Hehe.

Incik suami sempat bersembang adik yang bawak kereta kuda tu. Pesan adik tu, kalau nak naik kereta kuda cari yang ada insurans. Maksudnya kalau apa - apa berlaku contoh terlanggar kenderaan lain atau anak terjatuh, kita boleh claim. So korang ingat tau! Tanya dulu sebelum pilih mana - mana kereta kuda wokeh! Sebabnya kebanyakannya adalah hak milik persendirian.


Turun kereta kuda terlompat pulak anak - anak tengok playgorund. Sempat layan diaorang sekejap di playground sebab nak kejar waktu Asar pulak. 


Thank you Lea for visiting us!!! Next time datang Ganu lagi ye dan jangan serik dengan karenah anak - anak daku itu. Kahakahkah! Korang ada plan nak datang Ganu? Jangan lupa singgah beraktiviti di sini, di Pantai Teluk Ketapang.



You May Also Like

6 komen

  1. huwaa..tu kampung cik nor utk tahn 2009-2012..haha

    ReplyDelete
  2. kereta kuda tu cantiklah. nanti nak datang ganu jugak! hihi

    ReplyDelete
  3. Pernah amek homestay kat sini masa jenjalang Teganu dulu.

    ReplyDelete
  4. Seronok kan dpt berkumpul, apa tah lagi kenangan itu diabadikan di blog.Terbaik lah ada blog

    ReplyDelete
  5. lea...
    menarik nyer berjumpa sesama blogger :)
    dari maya ke alam nyata gitu...

    ReplyDelete