Play Tourist di Ada Hotel & Apartment | Murah, Selesa & Bersih

by - October 04, 2018

Assalamualaikum 💜

Best juga main Play Tourist ni!! Ala.. Takde budget untuk ke luar Terengganu, cuti hujung minggu kita main check in check out dekat - dekat pun okey. Anak - anak bila dapat tahu nak check in hotel, terus excited dan sediakan bekal! Nak tahu bekal apa? Games Saidina tu ha! Tapi bagus juga sebab nanti boleh diaorang beraktiviti di dalam bilik.



Kali ni Gee bawak family menginap di Ada Hotel & Apartment yang terletak hanya 15 ke 20 minit sahaja dari rumah. Lokasi Ada Hotel & Apartment ni terletak di Dataran Austin, Kuala Nerus, Terengganu. 

Kali ni bukan Gee bercuti dengan family Gee je tau!! Ni merupakan kali pertama Gee jumpa dengan blogger Ada, pemilik blog < www.shahadafauzi.com > . Haa kebetulan pulak nama Ada sama nama dengan hotel ni. Hehehe. Kami spend 2 hari 1 malam di Ada Hotel & Apartment bersama keluarga masing - masing. Owh! Ada juga merupakan ahli #teamBPT iaitu Team Blogger Pantai Timur di mana kami semua terdiri daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. 



Nak tahu best ke tak kami menginap di Ada Hotel & Apartment? Meh nak share dengan korang.

Pertama Kali Ke Ada Hotel & Apartment



Ada Hotel & Apartment merupakan hotel milik orang melayu kita iaitu Cik Ada. Sampai je Gee dan family ke Ada Hotel & Apartment terus di sambut dengan mesra oleh staff hotel. Sebenarnya Gee dah stalk Instagram diaorang, dan Gee suka tengok staff diaorang buat video Tik Tok. Haha! Dari luar, nampak macam biasa - biasa je hotel Ada ni, mungkin disebabkan lokasi dideretan bangunan kedai. Bila melangkah masuk ke lobi, rasa macam masuk hotel yang besar! Kagum juga tengok dekorasi lobi yang nampak exclusive.


Lokasi Bersebelahan Butik Telekung Siti Khadijah


Di sebelah lobi Ada Hotel & Apartment ada satu pintu yang menghubungkan hotel dengan Butik Siti Khadijah. Telekung Siti Khadijah sangat terkenal disebabkan material telekung yang selesa dan berkualiti. Kalau korang nak tahu, pemilik Ada Hotel & Apartment dan Butik Siti Khadijah ini merupakan orang yang sama. So no wonder lah ada pintu tengah untuk mudahkan pelanggan hotel untuk walk in ke butik.

Inspirasi Hotel Islamik Yang Bersih dan Selesa

Ada Hotel & Apartment sangat menitikberatkan isu kebersihan kerana pengalaman menginap di kebanyakkan hotel, pemilik hotel terganggu dengan bilik yang kotor untuk solat. Cerita lucu pemilik, pernah beliau sembahyang di atas katil kerana bilik hotel tidak mempunyai ruang untuk solat. Oleh yang demikian, pengalaman yang Cik Ada sendiri lalui dijadikan inspirasi untuk jadikan hotel beliau hotel yang bercirikan islamik serta kebersihan adalah satu keutamaan pada setiap bilik Ada Hotel & Apartment. 

Menginap di Bilik Deluxe Suite



Pertama kali masuk ke bilik Deluxe Suite, Gee sangat tertarik dengan keluasan bilik dan juga kebersihan bilik. Deluxe Suite Room ni ada 1 katil king dan 1 katil queen. Bukan itu sahaja, ada ruang family berserta sofa untuk menonton televisyen. Ruang nak solat pun ada jugak tau! Bilik pula boleh nampak view depan hotel yang meriah dengan deretan kedai. 


Malam tu incik suami keluar sebab ada games badminton. While the wifey 'me time' blogging lah!! Terasa sangat selesa dan damai bila sesekali dapat menikmati suasana yang berbeza. 

Kemudahan di Ada Hotel & Apartment

◉ Free Wifi
◉ Bilik Berhawa Dingin
◉ Flat Screen TV
◉ Electric Kettle
◉ Mini Bar
◉ Shower
◉ Kemudahan Iron
◉ Towels
◉ Toilet Paper
◉ Coffee
◉ Peti Sejuk
◉ Sejadah
◉ Toilettaries

Pilihan Bilik Hotel dan Apartment Yang Ada

Menariknya di Ada Hotel & Apartment, korang boleh pilih bilik dari untuk seorang sehinggalah untuk bilangan yang ramai. Kalau datang seorang boleh pilih yang sesuai dengan seorang. Kalau datang bersama keluarga yang besar, boleh pilih apartment yang cukup selesa. 

Standard Single


Standard Twin


Standard Queen


Superior Family


Deluxe Suite


Suite Apartment


Ada Hotel & Apartment Sangat Strategik Untuk Bercuti

1. Berdekatan Dengan Deretan Butik Online 

Di sekeliling Ada Hotel & Apartment ada banyak online butik dan butik - butik lain yang mengancam jiwa! Haha! Kawasan dia style Bangi Sentral tu. Kat situ ada JannahNoe, Muslimah Clothing, Imaan Boutique, Rinasalleh, Zawara, Ariani, Jakel, Haqqi, Qaira Hijab, Jubah Souq, Fana Couture, Rayyan Haya, Bokitta Hijab, dan banyak lagi butik fesyen kegemaran ramai di sini.

2. Banyak Restoran Pilihan

Kalau menginap di Ada Hotel & Apartment, tempat makan korang dah tak perlu pening - pening fikir. Sebabnya pilihan yang ada terlalu banyak. Ada banyak deretan restoran tempatan, Pizza Hut, KFC, A & W, Restoran Nasi Kandar, Chicken Rice Shop, Marrybrown, Lollipop Cafe, dan banyak lagi pilihan. 

3. Pelbagai Kemudahan Yang Berhampiran

Kalau perlukan ubat, ada farmasi yang berhampiran dengan Ada Hotel & Apartment. Selain itu, kemudahan bank, ATM, stesen minyak, playground, serta masjid ada berdekatan dengan Ada Hotel & Apartment.

4. Berhampiran dengan Mydin Mall dan Giant Hypermarket

Siapa tak kenal Mydin dan Giant bukan? Kat situ dah ada pelbagai kemudahan dan keperluan yang tersedia untuk korang. Mydin Mall boleh jalan kaki je dengan Ada Hotel & Apartment sebabnya selang beberapa buah kedai je. Kalau Giant, naik kereta dalam 3 minit kot sampai. Haha!! Sangat dekat okey!

5. Hanya 10 minit ke Airport

Kalau korang datang ke Terengganu dengan belon, Ada Hotel & Apartment ni dekat je tau dengan Airport. So kalau naik teksi atau grab car takdelah caj mahal sebab dekat je kan. Takde nanti nak balik, kalut - kalut kena check out. Hehe.

6. Hanya 15 minit ke Pantai Teluk Ketapang

Antara daya tarikan Kuala Terengganu adalah aktiviti yang ada di Pantai Teluk Ketapang. Kalau datang Terengganu mesti wajib lah kan singgah pantai. Pantai Teluk Ketapang ni ada banyak kedai makan sotong celup tepung, boleh tunggang kuda, boleh naik kereta kuda berhias, ada playground dan pelbagai lagi tarikan Pantai Teluk Ketapang.

Ada Hotel & Apartment Mempunyai Apartment Yang Sangat Luas 

Gee sempat juga masuk ke Suite Apartment Ada Hotel & Apartment ini. Kata staff mereka, pernah tau 10 keluarga menginap di apartment sini. Bila jejak kaki masuk apartment, terasa nak repeat check in apartment pulak lepas nie. Apartment ada 2 bilik yang mempunyai private bathroom. Macam bilik hotel sebab siap tandas dalam bilik kan? Ada ruang dapur, ruang makan yang selesa, serta ruang tamu yang luas. Yang paling Gee suka adalah kebersihan menjadi keutamaan Ada Hotel & Apartment. 








Harga Bilik Termasuk Untuk Pakej Breakfast


Korang yang menginap di Ada Hotel & Apartment akan dapat FREE breakfast. Menariknya, kalau korang nak tambah person untuk breakfast, korang hanya perlu bayar tambahan RM 6 sahaja per person! Wow! Terlajak murah kan? 


Breakfast Gee & family di Ada Hotel & Apartment : Nasi Lemak, Roti Bakar + Cofee. 


Breakfast yang simple dan mengenyangkan. Gee suka packaging nasi lemak sebab mudah kalau kita nak tapau masuk bilik. Hehe. 


Mempunyai Bilik Seminar Beserta Tandas dan Surau

Bagi mereka yang memerlukan bilik seminar, korang boleh juga menyewa bilik seminar di Ada Hotel & Apartment ni. Biliknya sangat luas, mempunyai tandas beserta surau untuk memudahkan mereka yang melakukan kelas - kelas seminar di sini. 




Semestinya Sangat Recommeded Untuk Menginap di Ada Hotel & Apartment

Bersih, selesa dan murah! Korang boleh masukkan Ada Hotel & Apartment ini sebagai senarai hotel korang wajib singgah!! Bermula dari layanan staff, condition bilik, breakfast dan semuanya Gee dan suami sangat berpuas hati. Nak tahu lebih details korang boleh hubungi info di bawah.



Facebook : AdaHotel Terengganu

Instagram : @adahotelapartment

Telefon : 09-667 1111 / 013-986 6276





















You May Also Like

2 komen

  1. wahhh lepas ni rabia boleh try pergi ke sini pulak.

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnya...walaupun dlm terengganu gak boleh la klau anak tukar2 selera tidur hotelkan.. selesa nampak

    ReplyDelete