Permulaan Yang Baik | Rumah Ronald McDonald di HUSM

by - October 02, 2018

Assalamualaikum 💗

Alhamdulillah semakin nampak perkembangan terbaru pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM di Kubang Kerian, Kelantan. Sebelum ni aku pernah share permulaannya di sini:



Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Doa Selamat Sempena Permulaan Kerja - Kerja Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM


Pada Isnin 1 October 2018, Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Doa Selamat telah diadakan di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan - Timbalan Pengarah serta Ketua - Ketua Jabatan Hospital USM.  Selain itu, majlis turut disertai oleh Presiden RMHC ( Pengarah Urusan McDonald's Malaysia ), Encik Azmir Jaafar, kakitangan McDonald's Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RMHC Malaysia.

Objektif Majlis


→ Bagi melancarkan Bulan Komuniti McDonald's yang diadakan setiap bulan October bagi menyokong masyarakat setempat dan mendekati golongan kanak - kanak.

→ Majlis doa selamat yang diadakan ini adalah bersempena kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald  ( RMH ) di Hospital USM yang akan bermula pada 2 Oktober 2018.

Jom Ketahui Latarbelakang Rumah Ronald McDonald


1. Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur


➤ Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ( PPUKM ) di Kuala Lumpur.

➤ Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999.

➤ Rumah Ronald McDonald juga merupakan Rumah Ronald McDonald pertama di Asia.

➤ Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira - kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak - kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM 5.5 juta untuk tujuan ini.


2. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan


➤ Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald Kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.

➤ Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, ruang dobi, bilik permainan serta pelbagai lagi kemudahan untuk bakal penghuni di sini.

➤ Rumah Ronald McDonald di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak - kanak yang sedang dirawat di Hospital USM.

➤ Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak - kanak dan keluarga dengan meringankan kos dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di HUSM.

➤ Kerja - kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018.

➤ Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta.

➤ Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat - syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu, dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter - kaunter Restoran McDonald's di seluruh Malaysia.

➤ RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 untuk menyempurnakan pembinaan rumah ini.

➤ Orang ramai dialu - alukan untuk membuat sumbangan menerusi tabung - tabung derma di kaunter - kaunter Restoran McDonald's di seluruh Malaysia atau menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia : 5125 - 3014 - 1938 .


Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh dapatkan maklumat di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/








You May Also Like

3 komen

  1. ALHAMDulillah teruskan dengan usaha murni Mcdonald Malaysia .. tak lama dah nak siap

    ReplyDelete
  2. Terbaik! Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dengan projek besar begini. Semoga dipermudahkan segala urusan gerak kerja Ronald McDonald’s Malaysia dan HUSM

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah pihak yg terlibat. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja2 pembinaan.

    ReplyDelete