MOVIE

Movie Date With Family : Johnny English Strikes Again

October 16, 2018
Assalamualaikum 💜

JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN | Untuk mereka yang mengikuti movie JOHNNY ENGLISH REBORN pasti teruja nak tengok aksi Mr Bean dalam movie Johnny English Strikes Again ni pulak. 

Sebenarnya, unplanned pun nak layan movie ni. Last week, Gee ajak husband tengok wayang. And of cos dengan anak - anak sekali. Sebenarnya ada juga usha tiket online tapi rasa macam nak walk in je beli tiket. Lagipun kami pergi hari Rabu, kalau hujung minggu wajib kena beli online sebab malas nak beratur. Kebetulan Khamis anak - anak cuti, so boleh lah outing lama sikit. Korang dah layan movie ni? 


Movie : Johnny English Strikes Again

Genre : Aksi, Komedi, Pengembaraan

Sinopsis :

Filem ni mengisahkan tentang serangan siber yang semakin mengganas dan semestinya Johnny English merupakan secret agent yang terbaik untuk jalankan misi untuk menyiasat siapakah dalang disebaliknya. Banyak aksi dan adegan lucu Johnny English yang merupakan seorang yang ketinggalan dalam penggunaan teknologi serta gajet. 


Gee tak suka cerita banyak nanti tak feel korang nak layan movie ni. Hehe. 

Sis Gee Review Johnny English Strikes Again : Kalau korang tak follow movie sebelum ni iaitu Johnny English Reborn pun syok je layan Johnny English Strikes Again. Takde kaitan pun dengan sequel sebelum ni. Pembantu dia pun orang yang lain dan wataknya semestinya tambahan lawak pada watak Mr Bean sebagai Johnny English dalam movie ni. 



Anak - anak pun ketawa bila aksi lucu dan adegan lawak si Johnny English ni. Movie ni clean dan boleh je nak bawa the kiddos layan sama. Hehe. Overall Gee bagi rating 4.5 / 5 stars.


Kalau korang nak tahu, Gee ni suka bawak anak - anak tengok movie bila dah hujung - hujung ditayangkan di pawagam atau boleh dikatakan bila kerusi dah banyak warna hijau. Hahaha! Nampak macam tak up to date tapi kami rasa more privacy! Al maklumlah hakak anak 4, so faham - faham saja lah. Selepas 30minit Johnny English tu mula, si Ardini dah mintak popcorn. Bila dah sunyi sepi, cakap biasa pun dah macam pakai microfon. Nak beli sebelum masuk panggung, baru je lepas lunch. So moral of the story, pasni wajib beli sebelum masuk panggung wayang. Anak Oh Anak!

Korang dah layan movie ni? Berapa rating korang bagi? So next ada suggestion tak, movie apa pulak best?

You Might Also Like

12 komen

  1. lama x tengok wayang last tengok transfomer

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti abe free bule lah ajok movie date..hehe

      Delete
  2. singgah singgah tertarik dgn header sis gee. cantik la. ray suke sbb simple je. smpi lupe nak baca entry pasal johnny english XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaha!im in love tooo dengan header sendiri..hahahaa

      Delete
  3. Wow, wajah baru.. Tahniah Sis Gee... Dah lama Mr. Bean tak berlakon, mesti best filem nie..

    ReplyDelete
  4. Uihh lawa baju baru blog sis gee ni..
    Kemain si kecik ardini tu minta popcorn tengah wayang ditayangkan? hihi tabah jelah ibu dia.. Cerita ni memang best berdekah je sampai akhir

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi. Rasa nk g tgok weekend ni kalau sempat.

    .
    Baju blog kita sama laa. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy baju sama!!!haha! cepat gi tengok kang habis!haha

      Delete
  6. bestnya dpt tgk johnny english.. liez ni tak tahu bila nak bawak anak-anak g tgk movie

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi filem ini.. Ramai yang cakap lawak..

    ReplyDelete