Menikmati Makan Tengahari Sotong Bakar & Kambing Bakar di Restoran Taman Apple Cameron Highlands

by - October 12, 2018

Assalamualaikum 💙

Cameron Highlands terkenal dengan tempat percutian yang sejuk, tenang dan nyaman di Malaysia. Kalau sesekali nak merasa udara sejuk yang murah dan terdekat, di sinilah tempatnya korang akan bawa baju sejuk, stokin, extra selimut, topi, baju tebal dan semua jenis pakaian serta keperluan yang sesuai dengan cuaca sejuk di Cameron Highlands. 

Sumber Gambar : Facebook Restoran Taman Apple Cameron
Bila nama pun tempat percutian terkenal, maka terdapat 1001 deretan restoran, warung, cafe dan kedai makan yang tersedia untuk korang pilih. Tapi kalini, Gee nak recommendkan satu Restoran ini kat readers blog Gee. Trip Cameron Gee kali ni, Gee dah tak perlu risau dan pening dah nak cari restoran kat mana untuk breakfast, lunch dan dinner. Bila pergi bercuti, mesti nak makan makanan yang sedap dan murah. Al maklumlah kalau banyak boleh jimat, maka banyaklah wang shoppingnya nanti. Haha!


Kalini Gee dan keluarga menikmati breakfast, lunch dan dinner di satu restoran yang sama!Mudah kerja! Tapi korang jangan ingat, menu yang sama je tau kami makan. Menu mestilah berbeza-beza mengikut waktu breakfast, lunch atau dinner. 

Entry ni Gee nak share menu Gee lunch dulu. Kenapa lunch dulu? Sebabnya, hari Gee dan keluarga sampai Cameron dah waktu lunch. So perut dah bernyanyi lagu cumi cumi dah mintak diisi. Hehe. 

Lunch Kambing Bakar, Ayam Bakar, Sotong Bakar di Restoran Taman Apple

Sumber Gambar : Facebook Restoran Taman Apple Cameron
Siapa penggemar daging kambing boleh geng dengan blogger Mek Yunie . Dan juga incik suami Gee sendiri memang hantu kambing! Eh ada ke hantu kambing? Haha. Bila datang ke Restoran Taman Apple ni memang kena sangat dengan selera mereka yang suka kambing bakar. 

Menu Nasi Kambing Bakar sememangnya menu terbaik dan recommended di Restoran Taman Apple Cameron ini. Dihidangkan dengan semangkuk sup dan juga sos istimewa, memang makan hingga menjilat jari incik suami i olls. Sama je perangai dengan Mek Yunie tu. Sambil makan, sambil pancing undi aku yang sememangnya bukan kambing's lover. Haha. So, untuk korang yang geng sekapal dengan Mek dan incik suami Gee, korang wajib singgah Restoran Taman Apple Cameron untuk merasa sendiri betapa juicy nya kambing bakar ni.



I've got mine too babe! Yesza! Korang bukan penggemar kambing, meh kawan dengan Gee. Gee dah cuba menu Nasi Sotong Bakar di Restoran Taman Apple Cameron ni. Owh! Terkejut hakak bila tengok size sotong yang besar itu. Nasi sotong bakar dihidangkan bersama sup dan juga sos kicap yang istimewa. Gee makan nasi dengan sotong dengan sos kicap tu je. Memang sedap dan terasa sotong bakar yang segar! Ni menu favourite Arsyad dan Amani sebabnya licin diaorang makan nasi dengan lauk sotong bakar ni. 



Korang tak boleh makan seafood dan tak suka daging kambing? Jangan risau, korang boleh cuba menu Nasi Ayam Bakar di Restoran Taman Apple Cameron ini. Nasi ayam bakar ni dihidangkan bersama sup serta air asam. Serius korang kena rasa air asam dia yang sememangnya buatkan kita nak lagi dan lagi dan lagi. Rasa air asam masam masam pedas memang terbaik! 



Menu Bakar - Bakar Yang Fresh From The Oven


Fresh from the oven? Bukan masak dalam oven lah korang! Kalau korang nak tahu, kambing bakar, sotong bakar dan ayam bakar akan disediakan serta di panggang apabila ada pelanggan membuat order. Tempat grill pun kita boleh tengok sendiri sebabnya tempat grill di letakkan di penjuru ruang makan di dalam restoran. Kalau nak request medium rare, medium, medium well atau well done pun boleh!

Minuman Istimewa Untuk Makan Tengahari


Ni 3 minuman yang Gee recommendkan untuk korang cuba nanti kalau nak lunch di Restoran Taman Apple Cameron. Walaupun cuaca sejuk, takde hal lah nak minum minuman sejuk dan siap ada aiskrim lagi! Haha! Yang paling kanan tu Strawberry Lemonade, korang boleh dapat percuma kalau order hidangan yang set. Rasa dia sangat fresh!! Seterusnya, korang mesti cuba Strawberry Milkshakes yang manis masam berlemak ini. Yang ni akan membuatkan anak korang tersenyum simpul dan ketawa girang bila dapat minum. Haha! Kalau rasa nak panaskan badan dengan cuaca sejuk, korang boleh cuba Teh O Lemon yang cukup menyegarkan ini. 

Korang Mesti Cuba Kek di Restoran Taman Apple Cameron

Siapa dessert's lover? Meh dekat - dekat tengok apa yang Gee nak share dengan korang ni. Haha! Untuk desserts, di Restoran Taman Apple Cameron ada pelbagai jenis kek yang pelbagai perisa untuk korang cuba. Dah macam masuk kedai kek! So kalau nak celebrate birthday or anniversary memang terbaik kat sini. Tak perlu pening cari kedai kek dah! Jemput tengok kek apa yang kami order untuk dessert makan tengahari di Restoran Taman Apple Cameron.

Strawberry Cheese Cake

Brownies With Ice Cream
Restoran Terbaik Untuk Keluarga!


Bagi Gee yang punya anak kecil ni, sesebuah restoran tu dikira terbaik apabila restorannya bersih, makanan yang sedap, dihidangkan segar, dan yang paling penting anak - anak suka makan. Takde lah si anak terkebil - kebil tengok menu bukan citarasa mereka. Ada banyak menu untuk anak - anak di Restoran Taman Apple Cameron ni. So tak perlu bawa bekal asing untuk anak kecil sekiranya risau tiada menu untuk mereka. 

In Love Dengan Dekorasi Restoran di Dalam Taman


Persekitaran restoran sangat tenang dan damai tau!! Pokok menjalar menjadi dinding restoran. Kerusi meja memang disediakan banyak dan sangat sesuai kalau rombongan yang besar nak datang makan di Restoran Taman Apple Cameron ni. Nak selfie, nak wefie? Setiap genap penjuru di dalam dan di luar Restoran Taman Apple Cameron boleh korang jadikan backdrop. Haha!


Amacam? Menggoda tergoda tak dengan menu lunch kami? Bukan niat nak menggoda, cuma nak share tempat makan tengah hari best di Cameron Highlands buat korang yang merancang untuk bercuti di sini. 


Korang nak tahu apa yang Gee dan keluarga jamu untuk makan malam di Restoran Taman Apple Cameron ni? Tunggu next entry wokeh!


Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

Restoran Taman Apple Cameron



Telefon : 016 2250315






You May Also Like

8 komen

  1. Sedap makkk kambing dia.. kang g pulok minggu depan,.

    ReplyDelete
  2. Wow..sdpnya...lps ni klau p cameron wajib p mkn kat sini...😍😍

    ReplyDelete
  3. sedap belaka makanan kat situ. terasa terkilan sbb x leh gi.

    ReplyDelete
  4. Wahhh menu dia memang terangkat la.. sedap betul nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. Kak gee tukar template ye.Baju baru ye. Sedapnya sotong bakar cicah sos cili.fuh confirm repeat order.

    ReplyDelete
  6. pastinya tujuan nak ceriakan asi anak comel kan..sedapnya hehehe

    ReplyDelete
  7. Best nya dia g makan sotinf bakar

    ReplyDelete