Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018

by - October 14, 2018

Assalamualaikum 💙

JOHNSON’S® BABY OF THE YEAR CONTEST 2018 KEMBALI LAGI!! Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi Contest Baby Of The Year Johnson’s® Baby nak berakhir. Jenama Johnson’s® ni sememangnya terkenal dan Gee sendiri menjadi pengguna setia sejak zaman remaja sehinggalah kini sudah pun punya 2 putera dan 2 puteri. Bersempena ulangtahun ke 125 Johnson’s®, mereka datangkan kembali peraduan bayi tahunan yang terbesar ini. Jom Gee kongsikan apa yang menarik tentang Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018 ini.


Tampilkan 'pesona diraja' si manja anda untuk memenangi hadiah - hadiah bernilai sehingga RM 80,000

Si manja merupakan buah hati setiap ibu bapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s® mahukan si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah - hadiah yang menarik bernilai sehingga Rm 80,000.


Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu seberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang bermakna iaitu " The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Yours Princes & Princesses ". 

Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini. 


Hadiah - hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema 'diraja'. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur iaitu 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


Jom kita lihat Cara - Cara Untuk Menyertai Peraduan Bertemakan DiRaja Ini. Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hanya perlu :

1. Membeli mana - mana produk bayi Johnson’s® bermula 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

2. Ambil gambar si manja yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang korang suka untuk menghias foto si putera dan si puteri korang, kemudian muat naik gambar.

4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan korang.

Itu sahaja!! Si manja korang kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s®!


Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang korang mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk putera dan puteri korang nanti.

Dalam proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan ( 12 penyertaan daripada setiap kategori ) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial Johnson’s® untuk menyemak sama ada si manja korang disenarai pendek.



Jom sertai sekarang! Gunakan masa yang indah bersama si manja korang dengan menyertai Johnson’s® Baby Of The Year Contest 2018!! Hantarkan penyertaan korang di www.johnsonsbaby.com.my/boty2018 selewat - lewatnya 31 Oktober 2018.










You May Also Like

6 komen

  1. Kemain lagi princess sis gee pose hee. Goodluck sis :)

    ReplyDelete
  2. so pretty. Bergaya nya posing tu. goodluck kak gee

    ReplyDelete
  3. selamat berperaduan. heheheh. nnt auntie mek vote ardini kat FB

    ReplyDelete
  4. Alahai comel sungguh si puteri..
    All the best to you Sis Gee.. ;)

    ReplyDelete
  5. comelnya dia..pandai posing gitu..goodluck sayang

    ReplyDelete