Homestay The Woodz X Loft di Brinchang, Cameron Highlands | Selesa, Strategik & Berpatutan

by - October 10, 2018

Assalamualaikum 💚

Its weekend getaway!! Alhamdulillah murah rezeki tahun ni dapat repeat Cameron Highlands untuk kali ke dua. First time jejak kaki ke Cameron masa honeymoon dulu - dulu masa tahun 2009! Kali kedua datang Cameron masa usia Arsyad setahun lebih dan Amani berusia 5 bulan. Ada juga beberapa kali singgah Cameron bila kebetulan ke Ipoh. Tapi sekarang Cameron dah berubah banyak! Especially pembangunan projek yang giat dibangunkan serta lokasi tapak Pasar Malam yang tersohor pun dah berpindah. 


Gee dan juga blogger << mek yunie >> dan keluarga ke Cameron pada Jumaat yang lepas. Kami stay 1 malam saja dah nama pun weekend getaway kan. Ikutkan hajat nak stay 3 hari tapi disebabkan bukan cuti sekolah maka pasrah je lah dapat pergi 2 hari 1 malam. Bila dah masa singkat, maka kenalah plan betul - betul untuk maximizekan masa yang ada. Perkara yang paling penting adalah lokasi penginapan. Bagi Gee lokasi penginapan ni kalau pandai pilih, dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga tau!!


Nak tahu Gee menginap kat mana? Rata - rata followers Instagram dan Facebook Gee dah tahu kan sedikit sebanyak. Cuma Gee belum story details. Tu pun ramai dah tanya Gee personally harga homestay yang Gee pergi tu. Jom Gee share dengan korang HOMESTAY CAMERON yang paling best setakat ini Gee dan keluarga menginap.


Uniknya Homestay The Woodz X Loft di Cameron Highlands


Seunik namanya, Homestay The Woodz X Loft pasti memberikan kelainan pada percutian korang di Cameron Highlands nanti. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam homestay, terus in love dengan design perabot serta hiasan dalaman homestay. Sesuai dengan perkataan WOOD pada nama homestay, terus terbayangkan kayu, ia merupakan idea dari pemilik homestay sendiri untuk menghias homestay bertemakan kayu.

Kenapa Korang Mesti Booking Homestay The Woodz X Loft 


Semua sedia maklum, tempat peranginan yang bercuaca sejuk di Cameron Highlands menawarkan pelbagai jenis penginapan termasuklah hotel - hotel mewah, hotel budget, apartment, serta pelbagai jenis rumah yang dijadikan homestay. Sebelum korang membuat tempahan, korang mestilah study dulu penginapan yang bakal korang spend time ketika bercuti nanti.


Homestay The Woodz X Loft merupakan sebuah rumah apartment di Barrington Square yang terletak di Golden Hills, Brinchang, Cameron Highlands. Kalau korang nak tahu, Golden Hills ni bersebelahan je dengan tapak pasar malam Brinchang yang dahulunya terletak di hadapan Balai Polis Brinchang. Dengan kemudahan Seven Eleven, deretan restoran serta kedai menjadikan lokasi Homestay The Woodz X Loft adalah homestay yang terbaik untuk percutian bersama keluarga dan rakan - rakan.


Jom Gee share lebih details kenapa korang mesti merasa sendiri pengalaman menginap di Homestay The Woodz X Loft ini.

1. Bersebelahan Dengan Tapak Pasar Malam Brinchang


Semua yang dah pergi ke Pasar Malam Brinchang sedia maklum dengan masalah parking terutamanya pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Ditambah pula sekiranya cuaca hujan, pasti tergendala rancangan korang nak shopping atau berjalan - jalan di Pasar Malam Brinchang. Tapak Pasar Malam hanya beberapa langkah sahaja daripada Apartment Homestay The Woodz X Loft. Sangat best sebabnya boleh jalan kaki je nak ke Pasar Malam Brinchang.

2. Parking Percuma Untuk Mereka Yang Ada Akses Kad Sahaja


Sekiranya korang menginap di Homestay The Woodz X Loft ini, korang boleh parking kenderaan di parking yang menggunakan kad akses sekuriti sahaja. Ini bermaksud, orang awam yang tidak menginap di situ tidak dapat masuk ke tempat parking tersebut. Tempat parking yang terletak di basement sangat memudahkan korang nak angkat segala beg ke homestay.

3. WIFI Percuma


Yes Free WIFI!! Kalau nak tahu, banyak kawasan di Cameron Highlands line telefon dan internet bermasalah. Untuk Gee yang bekerja memerlukan line internet, free wifi ni sangatlah menjadi keperluan apabila menginap di mana - mana hotel atau homestay. 

4. Mempunyai Kelengkapan Seperti Peti Sejuk, Kettle, Rice Cooker, Toaster, Dapur Elektrik dan Sebagainya


Kalau bab kelengkapan dapur, boleh dikatakan cukup complete lah!! Nak masak boleh guna dapur elektrik, rice cooker pun ada, nak bakar roti pun boleh dengan toaster yang disediakan, kettle, pinggan, cawan, sudu, garfu dan semua kelengkapan dapur ada. 

5. Extra Bantal dan Tilam


Korang nak datang ramai -ramai jangan risau ye sebabnya Homestay The Woodz X Loft ada menyediakan extra tilam, bantal serta selimut. Kami gunakan extra tilam untuk lepak lepak depan televisyen. Sejuk sampai ke tulang bila berjalan dan duduk di atas lantai. Haha!

6. Mempunyai 2 Bilik Serta 2 Bilik Air


Homestay The Woodz X Loft mempunyai 1 bilik utama yang mempunyai 2 tilam size Queen di mana pemilik membuat design seperti fantasi keriangan untuk si kecil iaitu 1 tilam queen di tingkat bawah, dan 1 tilam queen di tingkat atas. Bilik kedua mempunyai 1 tilam queen dan 1 tilam single. Setiap tilam dilapik di atas kayu pallet seperti katil.

7. Mempunyai Mini Bar di Ruangan Dapur

Gee sangat sukakan design kayu untuk mini bar yang memisahkan ruang makan dengan ruang dapur. Mini bar ini siap dengan 2 kerusi tau! Memang terbaik buat port lepak sambil makan strawberry Cameron. Hehe.

8. Mempunyai Beranda 


Walaupun cuaca sejuk, tapi best sangat dapat melepak kat beranda luar homestay. Kerusi siap sedia sekali dah tau! Boleh nampak pemandangan luar yang cantik dan damai.

9. Ruangan BBQ di Roof Top


Korang boleh juga nak merancang BBQ bersama keluarga atau rakan - rakan di Homestay The Woodz X Loft ini. Ruangan BBQ terletak di Roof Top di mana korang boleh BBQ seperti di dalam taman rahsia gitu. Hehe.


10. Air Panas di Kedua Bilik Air Serta Sinki Dapur


Paling penting kalau meginap di Cameron adalah water heater! Air mandi dah macam ais, sejuk yang amat! Kedua - dua bilik air mempunyai water heater. Kalau korang nak tahu, sinki dapur pun ada air panas. So nak basuh tangan takde lah sampai kejung kesejukan nanti. Hehe.

Katil 2 Tingkat Kayu Yang Rare Menjadi Keseronokan Anak - Anak



Anak - anak Gee paling excited bila nampak reka bentuk katil di bilik utama. Ruang bawah ada 1 katil queen beralaskan kayu pallet. Kemudian, untuk ke tingkat atas, tangga kayu palllet disediakan di hujung katil. Tingkat atas ada 1 tilam queen jugak. Semestinya, keunikan katil di Homestay The Woodz X Loft ini akan menjadi tumpuan bagi mereka yang sedang mencari homestay.



Tempah Sekarang dan Rasai Sendiri Pengalaman Menginap di Homestay The Woodz X Loft


Untuk yang merancang nak bercuti ke Cameron Highlands, Gee sangat recommendkan Homestay The Woodz X Loft ni. Sangat berbaloi dengan penginapan yang selesa, bersebelahan pasar malam, parking yang safety dan istimewa hanya untuk yang ada akses kad sahaja, boleh ber BBQ, boleh jalan kaki menikmati pemandangan cantik Cameron dan sebagainya. 


Overall Gee boleh bagi rating 4.7 / 5 bintang!! Hehe! Tak percaya korang boleh datang sendiri kat sini. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :


Telefon : 012 204 8486

Alamat Homestay :

The Woodz Homestay,
 Jalan Golden Hills 11, Taman Cameron Golden Hills,
Cameron Highlands, Pahang, Malaysia












You May Also Like

11 komen

  1. Bestnya homestay tu..cantikla..katil kayu dua tingkat tummg menarik perhatian.. masagi CAM tak jem ke? Liez nak je pergi tapi husband tak nak sbb jem katanya kalau g weekend or public holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi weekend tak jem sangat liez..kalau public holiday jenuh makan jem!haha

      Delete
  2. wah tema kayu tu, memang unik dan tersendiri. nampak lain daripada homestay biasa sebelum ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!!unik dan lain dari yang lain!

      Delete
  3. Rindu nak pergi cameron highland.dulu rabia pergi ikut lawatan sekolah ayah. sejukkkk sangat kat cameron.

    ReplyDelete
  4. cikma tengok gambar pun dah jatuh hati..kalau nak g Cameron lg bleh laa cuba sini plak

    ReplyDelete
  5. menarik.
    aida baru jer gi ari tu.
    akan dtg lagi... suka naik CH.
    akan stay kat area golden hills plak lepas ni.
    senang merayap pasar malam :)

    ReplyDelete
  6. Kalau ke sana boleh cuba homestay ni. Nice juga

    ReplyDelete
  7. Homestay dia lawa la.. Nanti boleh cuba g sana ni

    ReplyDelete