FESYEN

Handsock Selesa dan Murah Dari Satu Makna 4U Collection

October 16, 2018
Assalamualaikum 💛

Handsock Selesa dan Murah Dari Satu Makna 4U Collection. Handsock ni dikira keperluan jugak untuk seorang muslimah. Tapi nak cari handsock yang colourful, trendy serta murah memang susah nak jumpa. Gee sangat perlukan handsock bila nak pakai t shirt lengan pendek atau bila pakai blouse yang singkat daripada pergelangan tangan. 



Tapi sekarang Gee dah jumpa handsock yang menarik dan trendy tau! Design handsocknya memang lain dari yang lain, seolah - olah kita pakai baju atau blouse sekali pakej dengan handsock tu. Jom Gee share dengan korang handsock menarik ni. 

Handsock Trendy dan Menarik Daripada Butik Satu Makna 4U


Berita baik untuk korang semua yang masih mencari handsock cantik menawan!! Satu Makna 4U baru je keluarkan handsock terbaru mereka iaitu Ainisha Ruffle 3.0 yang terdiri daripada 3 design terbaru yang sangat eksklusif dan semestinya sangat murah untuk dimiliki. Gee dah lihat semua koleksi Ainisha Ruffle 3.0 ni dan kesemua warna dan design sangat menepati citarasa Gee.

5 Ciri Terbaik Handsock Keluaran Terbaru Ainisha Ruffle 3.0


Ramai followers Satu Makna 4U tertunggu - tunggu keluaran baru handsock mereka. Ini kerana, design yang dikeluarkan sangat unik dan sukar untuk didapati di pasaran. So korang nak tahu tak apa yang bestnya keluaran terbaru Ainisha Ruffle 3.0 ini? 

1. Material Moss Crepe
Moss Crepe merupakan material yang sangat hot pada masa kini yang menjadi pilihan kebanyakkan tukang jahit pakaian. Material moss crepe sangat sejuk, selesa dan tidak jarang di mana ianya sangat sesuai untuk dijadikan handsock muslimah. 

2. Terdapat 3 Pilihan Yang Berbeza
Keluaran terbaru handsock daripada Ainisha Ruffle 3.0 terdapat 3 pilihan yang menarik iaitu Ainisha Ruffle Basic, Ainisha Ruffle Dwiely dan Ainisha Ruffle Triely. Ketiga - tiga jenis handsock ini mempunyai design yang tersendiri serta mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik.

3. Handsock Ruffle Eksklusif
Semua keluaran Ainisha Ruffle 3.0 mempunyai jahitan ruffle satu curly, 2 curly atau 3 curly. Jahitan ruffle sangat kemas dan nampak eksklusif tanpa perasan yang kita memakai handsock kerana nampak seperti satu set dengan baju yang dipakai.

4. Free Size
Korang jangan risau kalau size lengan yang terlalu kecil atau terlalu besar kerana materialnya akan mengembang mengikut kesesuaian size lengan antara S hingga L. Yang paling best, korang akan rasa selesa dengan handsock Ainisha Ruffle 3.0 ini.

5. Hujung Siku Tanpa Getah
Design handsock Ainisha Ruffle 3.0 ini sangat mementingkan keselesaan kita yang nak memakainya setiap hari walaupun ketika cuaca panas mahupun cuaca sejuk. Bahagian hujung siku tidak diletakkan getah seperti kebanyakkan jenama yang bergetah di siku sehinggakan menimbulkan kesan setelah memakainya selama beberapa jam.  

Ainisha Ruffle 3.0 Basic



Ainisha Ruffle 3.0 Basic ni nampak sangat simple dan manis dipakai. Terdapat 1 curly dihujung pergelangan tangan tak nampak seperti memakai handsock. Harga Ainisha Ruffle 3.0 Basic ini hanya RM 10 dan terdapat banyak pilihan warna yang menarik antaranya Black, Blue Black, Maroon dan Dark Purple. 

Details size :

Panjang 36cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm

Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely



Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely ini mempunyai 2 curly di hujung pergelangan tangan handsock. 2 curly nampak sangat eksklusif dan kemas buat si pemakai. Harga Ainisha Ruffle 3.0 Dwiely 2 curly ini hanya RM 12 sahaja untuk sepasang. Murah dan berpatutan untuk sepasang handsock yang design trendy seperti Ainisha Ruffle 3.0 ini. Antara pilihan warna yang ada adalah Black, Choc Cair, Maroon dan Blue Black.

Details size :

Panjang 36cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm
Ainisha Ruffle 3.0 Triely


Ainisha Ruffle 3.0 Triely nampak sangat eksklusif bila memakainya. Hujung tangan nampak lagi cantik bila dipakai dengan blouse. Ainisha Ruffle 3.0 Triely ini mempunyai 3 curly di mana jahitannya sangat kemas dan 3 curly ini memberikan kesan yang sangat unik pada handsock ini. Harganya sangat murah iaitu hanya RM 15 sahaja. Terdapat banyak warna pilihan antaranya ialah Blue Black, Dusty Pink, Sky Blue, Black dan Maroon.

Details size :

Panjang 38cm
Lilit atas 20cm
Lilit bawah 13 cm

Peluang Tambah Duit Poket Bersama Satu Makna 4U


Wah! Berita gembira lagi ni untuk korang yang nak cuba cari peluang perniagaan tanpa modal. Yes tanpa modal, percuma je! Korang boleh join team Satu Makna 4U untuk menjadi dropship mereka. Antara manfaat yang menarik adalah korang akan dapat reward sekiranya sale bulanan mencapai hanya RM 150 sebulan! Amacam? Best kan?

Lagi Produk Daripada Satu Makna 4U

Bila Gee scroll Instagram dan Facebook Satu Makna 4U, rupa - rupanya bukan handsock comel - comel je tau ada. Ada banyak pilihan corak dan warna stokin untuk muslimah. Harga pun murah - murah je u olls! 

Florish Socks RM 10


Soka Sock RM 7

Mysraa Basic Handsock RM 10 



Addra Exclusive Handsock RM 15

Addra Premium Handsock RM 25


Cepat Borong Handsock Lawa Daripada Satu Makna 4U



Cepat - cepat grab Handsock Ainisha Ruffle 3.0 daripada Satu Makna 4U ini. Sekarang pakai handsock pun boleh berfesyen. Berfesyen tak salah cuma jangan melebihi batas-batas agama yang sepatutnya. Gee pun nak pilih warna baru ni nak order lagi! Korang nak order atau inginkan maklumat lanjut boleh hubungi info di bawah.





Instagram : @satumakna4u.hq

Hubungi : 016 7710754







You Might Also Like

5 komen

  1. Lama LZ tak singgah sini, Sis Gee apa khabar?
    Cantik semua koleksi handsocks keluaran satumakna4u, beralun nampak elegant.

    ReplyDelete
  2. ak trliur la plk nk paka handsock. dh nk smpai seru gamoknya

    ReplyDelete
  3. tq kak gee for review..sebab my mum cari handsock macam ni lah.

    ReplyDelete
  4. cantiknya..warna pun cantik2..liez pun tgh cari sbb mak liez nak jugak

    ReplyDelete