REVIEW

Fernleaf : Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin Dari New Zealand

October 13, 2018
Assalamualaikum 💛

Tahukah korang susu ni merupakan keperluan bagi semua peringkat umur tidak kira anak yang masih kecil, orang dewasa mahupun warga tua. Susu ini sangat penting untuk diamalkan sekurang - kurangnya 2 gelas sehari bagi memberikan sumber zat kalsium terhadap seluruh badan korang.



Siapa pernah rasa sengal - sengal gigi serta lenguh - lenguh badan? Kalau korang nak tahu, ni merupakan tanda isyarat yang memberitahu bahawa korang kekurangan kalsium. Sebenarnya ada banyak lagi tau tanda - tanda seseorang itu kekurangan kalsium. Antaranya adalah :

Mudah untuk merasa letih.
Kuku menjadi rapuh.
Kegatalan kulit yang teruk.
Psoriasis.
Kekejangan otot di belakang badan dan kaki.
Gigi mula rapuh dan cepat rosak.
Sukar untuk tidur.
Sakit sendi.

Jom Amalkan Fernleaf Untuk Hidup Yang Lebih Sihat

Ramai antara kita yang sedar akan mewujudan susu Fernleaf ini. Namun tidak ramai yang mengetahui dari mana datangnya susu Fernleaf. Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. Kenapa dari New Zealand?


Berbeza di Malaysia, Lembu di New Zealand diberikan kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur. Seperti kita juga, sekiranya kita makan makanan yang berkhasiat, maka badan kita juga dapat menikmati manfaat daripada makanan yang kita makan itu. Lembu - lembu di New Zealand menghasilkan susu yang berkualiti tinggi kerana sumber makanan yang dimakan adalah daripada sumber - sumber semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah serap oleh tubuh badan.

Ketahui Bagaimana Rumput Membantu Pengeluaran Susu Yang Berkualiti

New Zealand merupakan tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Ini kerana New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik serta cahaya matahari yang banyak. Lembu tenusu di New Zealand bebas untuk meragut rumput tanpa terkurung di dalam kandang. Walaupun meragut secara bebas, rumput di New Zealand berkualiti tinggi dan terbaik untuk menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. 


Untuk pengetahuan korang, lembu tenusu di New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah. Dengan ini, secara tidak langsung lembu tenusu ini dapat kandungan vitamin D yang sihat. Ini memberi kesan yang baik terhadap kualiti pengeluaran susu lembu tenusu ini berbanding lembu tenusu yang sering terkurung di dalam kandang.



Lembu tenusu di New Zealand menghasilkan susu yang berkualiti tinggi tanpa sebarang penggalak susu. Dengan persekitaran semulajadi seperti rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, ia sangat membantu lembu tenusu menghasilkan susu secara semulajadi.

Kepakaran Fernleaf Menjadikan New Zealand Sebagai Peneraju Dunia Dalam Industri Tenusu


Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi Fernleaf amat bangga dalam kerja mereka, memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. 

Bagaimana Susu Fernleaf Membantu Kita?


Dengan kualiti susu yang dihasilkan oleh lembu - lembu di New Zealand ini,  pasti korang dapat menikmati pelbagai manfaat yang baik daripada susu Fernleaf ni. Jom ketahui susu Fernleaf membantu kita dalam aktiviti seharian.

1. Menjaga Kesihatan Tulang


Kalsium yang terkandung di dalam susu Fernleaf boleh membantu meningkatkan pertumbuhan tulang. Dengan mengamalkan susu Fernleaf, korang bukan sahaja boleh menguatkan tulang pada masa kini malah dapat mengelakkan tulang rapuh di masa akan datang.

2. Menguatkan Gigi


Susu Fernleaf membantu pertumbuhan gigi dengan baik tanpa sebarang masalah - masalah gigi yang sentiasa berisiko untuk rosak seawal usia tumbuhnya gigi pertama. Anak - anak kecil terutamanya mesti mengamalkan susu Fernleaf agar pertumbuhan dan kesihatan gigi sentiasa terjaga.

3. Membantu Untuk Kurus


Susu menggemukkan? Itu bukan satu fakta tau! Kandungan lemak di dalam susu bukan boleh menggemukkan kepada mereka yang mengamalkannya malah sudah terbukti mereka yang mengamalkan susu setiap hari lebih langsing dan cergas daripada mereka yang takut untuk minum susu.

4. Memberi Tidur Yang Berkualiti


Minum susu Fernleaf sebelum tidur akan membantu anda dan keluarga untuk tidur yang lebih lena. Ini kerana susu mampu menenangkan saraf dan otot - otot yang tegang selepas seharian penat bekerja dan beraktiviti.

5. Memberi Kesihatan Yang Baik Pada Perut



Korang yang mengamalkan susu Fernleaf setiap hari mampu mencegah ulser perut dan juga kanser usus. Vitamin dan kalsium yang terkandung di dalam susu Fernleaf sangat bagus untuk kesihatan perut kita sekeluarga.

Sedapnya Susu UHT Fernleaf!!


Semestinya, Gee mahukan yang terbaik untuk anak - anak dan keluarga. Apa yang lebih penting bagi seorang ibu adalah kesihatan anak - anak mereka. Susu UHT Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ini sangat bagus diamalkan dan yang menggembirakan Gee adalah anak - anak semua sukakannya. Susu Fernleaf UHT ini boleh didapati dalam 3 pilihan perisa yang berbeza iaitu Full Cream, Low Fat dan juga Coklat. 



Jom amalkan susu UHT Fernleaf hari ini untuk gaya hidup yang lebih sihat! Korang boleh dapatkan di pasaran sekarang! Ingat Fernleaf, ingat #100Mmmmm !!!











You Might Also Like

3 komen

  1. Waaa lawo theme baru. Tapi yang penting fernleaf boleh continue bagi ke ank ank demi nutrisi mereka

    ReplyDelete
  2. Wahh baru perasan template baru lah blog kak gee. anak2 kak pun suka minum fernleaf

    ReplyDelete