FOOD REVIEW

Dinner Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron

October 20, 2018
Assalamualaikum 💛

Restoran Taman Apple Cameron bukan nama restoran biasa - biasa dan ternyata, ramai yang datang berkunjung ke Cameron Highlands pasti akan mencuba steamboat & grill di sini. Sebelum ni Gee ada kongsikan kisah Gee menikmati makan tengah hari di Restoran Taman Apple ini jugak. Korang boleh baca kat sini :



Gee dan Mek Yunie serta keluarga kami sekali lagi datang ke Restoran Taman Apple Cameron ini untuk menikmati makan malam pula. Sebelum ni Gee ceritakan menu kami lunch, kali ni Gee nak share apa bestnya makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni. 

Datang Seawal Jam 5 Petang Untuk Elakkan Menunggu Lama


Untuk Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, waktu bermula dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam. Korang nak datang, dinasihatkan tiba di sini seawal jam 5 petang ketika cuti umum, weekends atau cuti sekolah sebabnya nanti siap kena ambil nombor giliran disebabkan meja penuh. 

Nak kata meja yang sedikit, memang tak lah!! Ada banyak kerusi meja disediakan tapi memang kalau musim cuti, memang kena ambil turn.


Menu - menu untuk steamboat & grill dikeluarkan seawal jam 4 petang lagi. Mereka dah persiapkan meja buffet dan wrapping semua makanan yang dah dikeluarkan. Jangan risau, pandangan Gee, kebersihan kedai ni memang terjaga. Meja pula, takde nya mereka tinggalkan dengan pinggan kotor yang tidak terkutip, malah sekejap je terus datang pekerja untuk bersihkan meja untuk kegunaan pelanggan yang lain pula.


Apa Yang Best Steamboat & Grill di Restoran Taman Apple Cameron? Orang pun selalu ramai datang untuk dinner kat sini. Jom Gee share dengan korang, kot nanti kalau korang nak datang Cameron, boleh cuba makan malam kat Restoran Taman Apple Cameron ni.

Hidangan Ala Buffet Yang Pelbagai Pilihan


Kalau datang makan steamboat & grill kat sini make sure perut korang kosong ye, sebab nanti korang boleh ambil apa - apa yang berkenan asalkan JANGAN MEMBAZIR okey! Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron mempunyai pelbagai pilihan menu sayur-sayuran, seafood, daging, buah, dan kesemuanya dihidangkan secara buffet layan diri. Nama je layan diri, tapi ramai pekerja siap sedia untuk membantu sekiranya korang memerlukan apa - apa bantuan. 

Pilihan Menu Yang Segar

Kalau dah nama pun Cameron, ada pelbagai jenis salad dan sayur - sayuran segar untuk korang ambil. Gee ni hantu sayur, makanya banyak juga Gee ambil tomato ceri, cendawan, dan semua lah sayur kegemaran Gee. 


Pilihan seafood pun segar - segar semuanya! Menu - menu bakar dan steam ni kalau segar baru sedap kan? Ada sotong, udang, ikan dori, daging kambing, ayam, lala dan juga pelbagai jenis sosej dan bebola. Daging kambing dan ayam siap sedia dah diperap, so bila grill lagi sedap di makan! Cuma Gee bukan penggemar daging kambing, so tengok je Mek Yunie non stop duk grill daging kambing. Sedap sangat kata dia!

Ada 2 Pilihan Sup Yang Sesuai Dengan Anak Kecil

Untuk yang tak sukakan pedas boleh pilih sup ayam. Sup ayam tu korang boleh adjust rasa dengan masukkan segala bebola, seafood, ikan dori dan menjadikan rasa dia wowww bukan sekadar sup! Mulanya ingatkan sup tu untuk anak - anak kami, alih - alih bapak bapak yang duk mengadap! Entah apa resipi kedua incik suami tu sampai tak cedok dah kuah kami. Haha.


Kami mengadap kuah tom yam. Rasa kuahnya tak pedas sangat pun sebab anak - anak Gee boleh je menghirup macam sup biasa. Tom yam tu jadi tom yam seafood bila kami buh segala lala, sotong, udang kat dalam tu. Hehe.

Ada Juga Pilihan Menu Makanan Berat



Biasanya, bila makan steamboat & grill makanya semua duk meratah lauk pauk lah kan. Tapi untuk perut yang tak biasa makan lauk pauk saja tu, jangan risau. Ada pilihan bihun dan juga maggi untuk korang rebus sekali dalam sup atau tom yam. Selain itu, ada juga disediakan nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak. Siapa kata makan steamboat & grill tak mengenyangkan?


Pelbagai Jenis Lagi Menu Makanan & Minuman Yang Sedap!



Selain menu steamboat & grill di Restoran Taman Apple Cameron ini, ada lagi tau pilihan makanan yang ada. Korang boleh cuba pelbagai jenis kek yang sedap - sedap belaka, kemudian ada juga ABC, buah - buahan segar serta pelbagai jenis minuman yang sejuk dan panas. Untuk dinner malam tu, Gee merasa Red Velvet Cake. Rasa dia light je, tak muak walaupun perut dah kenyang sendat tapi ku mampu habiskan kek itu!

Anak - Anak Enjoying Cooking!!!



Bila kami pilih tempat duduk bersila, lebih selamat untuk anak - anak mencuba untuk memasak sama. Tapi kena jaga - jaga untuk anak seusia Aqil yang baru usia 2 tahun. Untuk Ardini yang dah usia 4 tahun okey je nak bagi sedikit keseronokan sambil makan malam steamboat & grill. Malah, banyak juga dia masak lala, sotong, udang dan semuanya dia makan. Sendiri masak, sendiri makan! Ardini, Amani dan Arsyad memang seronok rebus dan bakar apa yang diaorang nak makan malam tu. Tapi still kena monitor. Hehe.

Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron Terbaik Untuk Family Dinner



Berejam juga kami melepak, makan - makan sampai kenyang, sembang - sembang dengan Mek Yunie. Kalau datang dengan family, memang terbaik port dinner kat Restoran Taman Apple Cameron ni. Korang dapat privasi dan boleh makan dan boleh stay seberapa lama korang nak stay. Dari breakfast, sehingga lunch sampailah dinner lewat malam Restoran Taman Apple ni dibuka. Cuma menu makanan akan berubah mengikut waktu breakfast, lunch dan dinner.


Harga Steamboat & Grill Restoran Taman Apple Cameron :

➤ Dewasa RM 39

➤ Kanak - kanak ( 5 hingga 12 tahun ) RM 29

➤ Warga Emas ( 50 tahun ke atas ) RM 33

➤ Kanak - kanak 5 tahun ke bawah percuma


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Restoran Taman Apple Cameron

Facebook : Taman Apple Cameron

Instagram : @tamanapplecameron

Telefon : 016 2250315



You Might Also Like

7 komen

  1. opps wrong timing. Ray tgk time tgh lapaaaa. tidakkkk! i love the view, nampk x crowded even ramai org. well, maybe it's not when lg ramai yg dtg kan. haha

    ReplyDelete
  2. aduihhh... sedap2 blako.... kenyang sampai esk pg tu

    ReplyDelete
  3. alohhhhh sedap wes diorang g makan steamboat grillll merencik la gini hahhahaha

    ReplyDelete
  4. sedap sngt tu sis gee.... klu kita makn sampai sehari leh kenyang tu

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak gee makan steamboat.rabia seumur hidup ni tak pernah makan steamboat

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Bahan steambot dia meriah betul.. Puas hati bayar dan makan nie..

    ReplyDelete
  7. Saya ni kerap2 ke Cameron sebab kampung dekat Simpang Pulai and Sri Iskandar so bila nak balik KL je mesti merayap ke Cameron dulu tapi, tak pernah pun makan sedap2. Asyik makan biasa2 je. First time tau pasal tempat ni. Next time ada rezeki kesana lagi, saya nak bawak family makan dekat sini. Ayah saya mesti suka. Bahan dia banyak and loving the dessert selections. Dah macam ala2 Seoul Garden minus the Malaysian cuisine. Harga pun murah.

    Cuma kami satu family tak makan kambing, tapi other than that, semua bedal! haha

    ReplyDelete