5 CARA UNTUK LEBIH BERJAYA DI TAHUN 2019

by - October 31, 2018

Assalamualaikum 💙

Pejam celik, pejam celik tahun 2018 dah hampir ke penghujungnya. Amacam dengan tahun 2018 korang? Untuk yang dah berjaya mencapai azam tahun 2018 ni Gee ucapkan tahniah dan bagi mereka yang masih belum capai apa yang diidamkan masih ada lagi baki beberapa minggu untuk tahun 2018. Tak perlu nak stress atau rungsing sebabnya tahun depan korang boleh usaha lagi untuk capai azam yang tidak tercapai itu. Ada yang berazam nak kurus, azam melancong ke luar negara, azam untuk berjaya dalam peperiksaan, dan pelbagai lagilah azam atau matlamat yang ingin dicapai.

Tahun 2019 dah tak lama dah ni! Agak - agak dah ada ke azam tahun baru? Gee dah ada satu misi untuk tahun 2019. Demi pembaca blog yang setia, Gee kongsikan pada korang apa misi Gee itu. Tahun depan Gee teringin nak buat 'Public Transport Trip' dengan incik suami dan anak - anak. Untuk tahun 2018, mision tercapai iaitu nak buat road trip. Hehe. So tahun depan kita buat misi baru pulak. Tapi, kalau nak jayakan misi ni mestilah kena tahu cara-cara untuk capai apa yang diidamkan tu kan? 

Ketahui 5 Cara Untuk Lebih Berjaya di Tahun 2019

1. Inspirasi atau Mentor


Sekiranya kita nak capai misi untuk kurus, maka kita haruslah mencari mentor yang lebih arif tentang tips untuk kurus bukan? Atau boleh jadikan mereka yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi supaya kita juga mampu berjaya seperti mereka. Tanpa inspirasi atau mentor, kita tidak akan tahu cara yang betul untuk capai impian kita. Pastikan korang memilih mentor yang sudah berjaya ye!

2. Motivasi Setiap Hari


Pada Gee, motivasi diri ini sangat bagus untuk perkembangan diri kita agar menjadi lebih baik. Motivasi ini boleh berbentuk galakan daripada orang terdekat, positif minda, sokongan daripada mereka yang tersayang serta semangat yang korang dapat daripada pengalaman orang lain. Dengan berfikiran positif setiap hari, korang boleh membawa aura yang baik juga pada mereka yang berada di sekeliling korang. Abaikan kata negatif malah teruskan memberi semangat kepada diri sendiri untuk berjaya.

3. Sentiasa Berkongsi Rezeki


Konsep berkongsi ini bukan merujuk pada harta benda atau wang ringgit. Korang boleh berkongsi ilmu, maklumat atau pengalaman dengan orang lain. Lagi banyak korang berkongsi, lagi banyak yang korang dapat. Untuk menjadi seorang yang lebih berjaya, korang harus menjadi seorang yang lebih terbuka dan sentiasa berkongsi sesama rakan - rakan atau keluarga. Lagi banyak anda memberi, lagi banyak yang korang akan dapat nanti.

4. Tentukan Impian Yang Ingin Dicapai


May Our Dreams Comes True! Kalau nak berjaya, mestilah nak kena senaraikan apa yang ingin dicapai itu. Bila kita tahu apa yang kita inginkan, maka kita akan jadi lebih mudah untuk mencapainya. Impian bukan sekadar di dalam minda sahaja malah perlu di ilustrasikan supaya kita lebih nampak dengan jelas apa yang ingin dicapai. 

5. Catatkan Impian dan Azam Tahun 2019 Pada Planner By Aqisbi


Siapa sini suka menulis rutin, jadual atau agenda penting di dalam buku nota? Jom Gee kongsikan sebuah buku nota yang ada segala - galanya. Memperkenalkan Planner By Aqisbi yang berkonsepkan planner islamik dan moden. Planner by Aqisbi ni bukanlah tebal dan berat sangat pun, tapi dalam planner ni ada pelbagai info dan keperluan yang korang idamkan di dalam sebuat diari. Gee memang in love sangat dengan planner ni! Ni merupakan tahun ke dua Gee gunakan planner viral cantik ni. Planner tahun 2018 Gee pilih design bunga, tapi untuk tahun 2019 Gee inginkan kelainan so Gee pilih design abstrak pula. 



Personally, Gee suka Planner by Aqisbi ni sebabnya segala info ada di dalam planner ni. Semua mukasurat warna warni tau! Kalau nak cari public holiday 2019 pun ada untuk di setiap negeri di Malaysia. Tapi bukan itu sahaja, public holiday untuk Negara Singapura, Indonesia dan Brunei pun ada. So kalau yang suka travel ke negara jiran tu memang sangat sesuai dengan Planner by Aqisbi ni.



Jom kita lihat apa yang menarik yang ada di dalam Planner by Aqisbi ni :

✿ Yearly Planning Chart
✿ Weekly Plan
✿ Monthly Budget
✿ Weekly schedule 
✿ Yearly Review
✿ 30 Days Saving Challenge Every Months
✿ 2019 & 2020 Calendar
✿ Islamic Calendar 
✿ Public Holiday for Malaysia, Brunei, Singapore & Indonesia
✿ Monthly Plan
✿ Quran Tracker & Khatam Quran
✿ My Fitness Goals
✿ Travel Plan List
✿ Blank page every Month
✿ Yearly Goals
✿ Books to Read
✿Ramadhan Mission
✿ Sadaqah Checklist



Amacam? Macam - macam ada kan? Mision nak kurus? Mision khatam Quran? Mision puasa sunat? Mision travel? Korang cakap je semua ada di dalam Planner by Aqisbi ni. Yang bestnya, Planner by Aqisbi ini akan memudahkan kita capai apa yang kita nak target. Sangat membantu!


Planner by Aqisbi ni sangat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja korang pergi. Kalau Gee, Gee suka bawa planner setiap kali Gee balik kampung atau travel. Sebabnya dalam planner ada banyak info juga yang boleh membantu ketika Gee travel antaranya senarai semak cash flow ketika travel, peringatan untuk urgent event, jadual aktiviti dan sebagainya. 


Antara ciri - ciri yang ada pada Planner by Aqisbi ini adalah :

✽ Setiap muka surat Full colour
✽ Size 21.5cmx15cm ( Size A5 )
✽ Planner di wrap dgn baik
✽ Tebal kertas 80gsm (insyallah warna tidak tembus)
✽ Soft cover , Art card 260 finishing matt dan spot uv
✽ Design yang sangat catchy
✽ 264 muka surat
✽ Ketebalan planner 1.5cm
✽ Sesuai dijadikan hadiah buat insan tersayang
✽ Content semua dalam English



Dapatkan 2 FREE GIFT Dengan Setiap Pembelian 1 Planner by Aqisbi



Baik korang cepat grab Planner by Aqisbi ni sebabnya korang akan dapat 2 FREE GIFT iaitu sebuah buku nota dan juga buku to do list yang sememangnya keperluan juga untuk kita ingatkan apa yang nak dibuat setiap hari. 



Dapatkan Planner by Aqisbi Dengan Hanya RM 25 Sahaja!



Ada 12 design kesemuanya! Namun korang kena cepat tau sebab banyak design dah nak sold out. Dengan hanya RM 25 korang bukan sahaja dapat satu planner malah akan dapat 2 extra FREE GIFT. Semua design adalah limited dan cantik - cantik semuanya. Untuk maklumat lanjut atau urusan pembelian, korang boleh hubungi info kat bawah ni.


PLANNER BY AQISBI :



Instagram : @planner_by_aqisbi

















You May Also Like

14 komen

  1. cantiknya planner tu..rabia dah ada buku nota..so tak beli lagi lah planner ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli planner ni RM 25 je Rabia. Hehe

      Delete
  2. haaa. gane nk join mu punya azam tu eyh. hahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  3. Dulu2 beli planner tp x guna pun. Sbb skrg mudah save dlm hp je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! Lain orang, lain caranya kan abe kie?hehe

      Delete
  4. pakai planner ni gak tahun 2019... tak tahan.. lawa sangat!

    ReplyDelete
  5. Cantiknya planner tu.. Sha pun tengah survey survey nak beli 1 nie.. mencari yang kena dengan jiwa..

    ReplyDelete
  6. Planner bagi aritu cik ash jarang guna hahaha.. Alahai

    ReplyDelete