HOMESTAY REVIEW

Qas Homestay di Kondominium Pelangi, Kota Bharu

September 04, 2018
Sesekali lepak homestay bersama keluarga pun syok juga! Tambah syok bila ada keluarga lain juga turut serta. Korang pernah tak rancang percutian bersama rakan - rakan, tetapi aktiviti cuma melepak je dalam homestay? Gee dah merasai pengalaman itu bersama geng blogger Sis Hawa dan Mek Yunie! Serius korang kena cuba bercuti cara begini juga sesekali.


Kami sememangnya ingin merancang percutian yang damai dan tenang dengan keluarga. So kami decided untuk mencari sebuah homestay yang boleh muatkan keluarga kami. Aktiviti kami nak memerap je kat homestay sebab malas nak berasak kat luar. Namapun percutian yang damai kan? So guna aje servis delivery yang ada. Nak tahu lanjut homestay pilihan kami? Korang mesti baca sampai habis okey!

QAS HOMESTAY DI PELANGI CONDOMINIUM, KOTA BHARU

QAS HOMESTAY merupakan salah satu unit condominium di Pelangi Condominium Kota Bharu. Kedudukan kondominium nie sememangnya strategik sebab terletak di tengah bandaraya Kota Bharu. Kalau strangers macam Gee ni memang mudah nak ke tempat - tempat menarik sekitar bandar Kota Bharu seperti Pasar Siti Khadijah, Muzium Kelantan, Shopping Mall dan sebagainya. 



QAS HOMESTAY terletak di tingkat 11 di mana korang akan dapat lihat pemandangan cantik bandaraya Kota Bharu. Ada lagi satu pemandangan yang bakal membuatkan anak - anak korang excited sepertimana anak - anak Gee iaitu pemandang kolam renang!! Tak duduk diam diaorang bila nampak pool ada kat bawah tu je. Jom kita lihat apa yang best pasal QAS HOMESTAY ini.

KELEBIHAN MENGINAP DI QAS HOMESTAY

1. Mempunyai Ruang Yang Besar


Seluruh homestay sangat luas termasuklah ruang dapur. Anak - anak nak main pun tak menghalang kami geng papa mama yang nak membawang. Hehe. Ada banyak ruang untuk hampar toto kalau bilik tidak mencukupi.

2. Mempunyai 3 Bilik Yang Berhawa Dingin



Kesemua bilik mempunyai aircond. Bilik pertama dilengkapi 1 katil queen, bilik ke dua dilengkapi 1 katil queen dan 1 katil single manakala bilik ke tiga dilengkapi 1 katil single. Setiap bilik mempunyai almari pakaian masing - masing.

3. Mempunyai 2 Tandas



Setiap tandas dilengkapi dengan air mandi pancuran dan sinki beserta cermin. Tandas pertama di dalam bilik tidur utama manakala tandas ke dua terletak berhampiran dengan 2 bilik tidur yang lain.

4. Mempunyai Kaunter Bar 


Gee sangat suka design dapur yang ada kaunter bar untuk ngopi. Haha! Sememangnya kaunter bar di Qas Homestay sangat mencuri hati kami. Nak sembang, nak update blog pun rasa best dan selesa! Hehe. 

5. Mempunyai Kelengkapan Memasak, Dapur, Peti Sejuk, Cerek dan Sebagainya



Korang dibenarkan untuk memasak di Qas Homestay. Pasar Siti Khadijah pun dekat, so boleh lah korang plan nak masak dan jamu seluruh keluarga. Atau nak mudah order je delivery seperti kami! Hehe.

6. Mempunyai Kemudahan Seterika, Sejadah, Baby Cot 


Kemudahan seterika sememangnya menjadi keperluan bagi setiap wanita. Seperti keperluan sejadah juga sangat memudahkan untuk kita solat walaupun tidak membawa sejadah dari rumah. Apa yang menariknya baby cot ada juga disediakan. Jarang kan homestay sediakan tapi Qas Homestay ada semuanya untuk menjadikan percutian korang lebih mengujakan.

7. Kolam Renang Yang Luas



Daya tarikan utama Condominium Pelangi ini adalah kolam renangnya yang besar. Bukan itu sahaja size kolam untuk kanak - kanak pun luas. Sememangnya menginap di Qas Homestay akan menjadikan pengalaman percutian terbaik anda di Kota Bharu, Kelantan.

8. Sistem Keselamatan Pintu Masuk Kondominium



Kondomium ini mempunyai sistem sekuriti yang terkawal. Hanya mereka yang mempunyai kad akses rumah sahaja yang boleh masuk ke bangunan Kondominium Pelangi ini. Setiap pintu masuk pula akan ada pengawal keselamatan yang sedia mengawal keselamatan di pintu masuk. Qas Homestay juga menitikberatkan keselamatan mereka yang menginap di sini dengan memasang grill di pintu serta tingkap kondo.

HOMESTAY TERBAIK UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA

Semestinya perancangan kami adalah terbaik untuk anak - anak. Mereka sangat gembira apabila dapat luangkan masa untuk bermain Saidina bersama rakan - rakan, boleh mandi kolam sepuasnya serta tak perlu bersesak di kedai makan. Ternyata percutian walaupun bermalasan di dalam homestay sahaja buatkan mereka rasa lebih tenang dan gembira.


Baca sini kami dinner DOMINO'S

Baca sini servis delivery POPIA VIETNAM ROLLS



BERDEKATAN DENGAN PASAR BESAR SITI KHADIJAH



Pasar Siti Khadijah merupakan syurga membeli - belah bagi warga tempatan serta pengunjung dari luar Kelantan. Di sini korang dapat mencari 1001 barang, pakaian serta makanan yang korang nak. Ada pelbagai jenis pakaian batik, sutera, makanan tradisi Kelantan, pelbagai jenis bahan - bahan masakan, deretan kedai makan yang mempunyai pelbagai menu menarik dan sebagainya.

TEMPAH QAS HOMESTAY SEKARANG!

Gee sangat suka ke Negeri Kelantan sebab makanannya yang pelbagai dan murah, lambakan kedai yang pelbagai serta banyak tempat menarik yang boleh dkunjungi. Korang kalau nak rancang percutian ke Kelantan boleh cuba menempah QAS HOMESTAY ini. Size homestay sangat besar dan juga selesa. 


Untuk info lanjut :

FACEBOOK : Nurul Hakimah

CALL / WHATSAPP : 014 5067552

You Might Also Like

6 komen

  1. Ohsem betul homestay dia.. ada sekuriti dan juga swimming pool.. memang menarik..

    ReplyDelete
  2. masih belum berpeluang nak jejak kan kaki ke negeri kelantan. in sha Allah, soon, nak pegi boleh la menginap di homestay ni. menarik betul

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. bestnya buat escape gini ^^

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  4. menarik jugak.
    aida kalau ke kb, suka stay holiday villa.
    sebab suka ke wakaf che yeh. swimming pool indoor.
    next time bleh cuba sini la.

    ReplyDelete