MY LIFE

Pertama Kali ke Sushi King Sempena #ArsyadTurns8

September 18, 2018
HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ARSYAD!!


Alhamdulillah, anak sulung dah berusia 8 tahun. Maka dengan itu sudah 8 tahun bergelar seorang ibu.. Happy Mothers Day to me! Hehe..


Dah Lama Request Makan di Sushi King



Arsyad dan Amani suka sangat makan sushi. Biasanya beli kat pasaraya je. Sekali haritu dia ternampak Sushi King ni, so memang mengidam lah dua beradik tu nak makan sushi kat Sushi King. 

Sebenarnya, Gee bukanlah penggemar sushi. Tekak boleh je terima, tapi rasanya Gee prefer burger lagi kot! Haha! Incik suami pun biasa biasa je dengan sushi ni. Tapi Arsyad & Amani ni kalau nampak memang disuruh beli!

Alhamdulillah Birthday ke 8 Arsyad, boleh bawa dia makan di tempat yang paling dia teruja sangat,terasa kepuasan ibu ayah. Haha! Anak dah besar, dah ada kehendak sendiri. Tapi tak semua kehendak dia nak kena kita penuhi. Biar berpada - pada dengan ekonomi jugak. Hehe.

First Time Makan di Sushi King



Memandangkan itu kali pertama kami ke Sushi King makanya kami order ikut sedap mata memandang aje. Anak - anak excited dah memilih sushi yang duk lalu lalang kat tepi. Kemain hangpa makan sushi bersusun pinggan!


Harga sushi berdasarkan warna pinggan. Tapi kanak - kanak ni main amek aje tapi nasib baik amek dan makan! Kalau amek saja baik tak payah bawak, rugi oii! Haha! Kalau nak budget, korang boleh tengok harga dibuku menu terlebih dahulu sebelum memilih dan mengambil sushi.



Layan je lah gambar - gambar selfie kami! Owh kebetulan adik Gee ada balik bercuti dengan anaknya so Gee hangkut sekali ke Sushi King. Bagi meriah sikit celebration birthday boy. Haha.






Simple Celebration Kat Rumah

Mungkin disebabkan sebelum ni Gee buat sambutan harijadi di rumah, so kali ni Arsyad pun request nak buat kat rumah. Gee ingat nak potong kek kat Sushi King je, tapi dia nak makan kek kat rumah. Katanya nak ajak kawan jiran sebelah rumah sekali. Layan kan je lah permintaan birthday boy.


Kat rumah Gee buat simple je. Just tempah kek dan ajak jiran sebelah rumah serta keluarga yang terdekat. Kalau nak tahu rumah Gee dekat je dengan rumah mak dan rumah mak saudara. Boleh lah jemput diaorang datang rumah makan kek. Hehe.

Kek birthday Arsyad Gee order daripada ZU DESSERT ( Siti Nazurah ). Ni kali ke 4 or ke 5 Gee tempah kek dari Zu Dessert ni. Kek dia sangat menepati selera Gee dan rata - rata family members Gee yang makan kek dia pun sama. Siap tanya order kat mana. Kalini Gee order kek coklat. Kek coklat dia sangat moist, toping coklat yang sedap gila, rasa kek yang tidak terlalu manis dan memang berbaloi - baloi nak tempah lagi!! Thank you Zu!!!


Done episod birthday my number one. Next bulan November pulak, episod birthday puteri puteri. Entah apa pulak request si Kakak Amani pulak nanti. Jimat sikit double celebration dengan Ardini sebab date selang beberapa hari je. Ke ada nak sponsor birthday mereka nanti? Wah!!! Jadi triple celebration! Haha! 

Apa apa pun, sentiasa buat yang terbaik untuk hari ini dan esok. Kalau ada yang membenci, buatlah dengan niat yang baik, mudah - mudahan diberkati olehNya. 






You Might Also Like

8 komen

  1. Happy birthday Arsyad..semoga menjadi anak soleh dan menjadi kebanggaan mak dgn ayah..amboii acik Shikin pun x penah lagi makan kat Sushi King.. kemain lagi tapi kalu anak2 suka makan xpelah.. hihi selera masing2...

    ReplyDelete
  2. Waaa suka ! Auntie mek pun tk pernoh masuk sushi king. Amani dn amzar tk pndai mitok lagi. Kekgi mitok tak tahu la auntie mek dengan uncle gane nk telan sushi. Kahkah ! November tkdp birthday. Klu december ade

    ReplyDelete
  3. waaah pandai si kecik2 ni makan sushi eeh. ritu penah bawak anak buah skali pegi hahaha ended up kena tapau burger king kat dia. happy belated birthday Arsyad. semoga jadi anak soleh sihat sentiasa aset ibu ayah ke syurga aamin =D

    ReplyDelete
  4. huwaaa lapar sushiking lah lama tak masuk situ. happy belated birthday arsyad~

    ReplyDelete
  5. Sedapnya sushi..acik pun suka sushi sangat2 tau Arsyad, hepi birthday!
    Salam kenal sisgee, Kak Adaa here..

    https://adaainspiration.com/harmonize-with-nature/

    ReplyDelete
  6. Meriahh sambut birthday boy tu..
    Betul dah tu kena ikut keadaan ekonomi jugak, mujur ibu Arsyad nak layan kehendak Arsyad. Sesekali bolehla kan.. Seminggu sekali rabak poket kalau makan di Sushi king 😂

    ReplyDelete
  7. Wah. Di sushi king. Aida br skali masuk sushi king ni. Dgn kawan2. Asben not so dgn sushi. Dia x nak masuk :-) hu hu

    ReplyDelete
  8. wahhh suka makan sushi ye.rabia dan family tak pernah makan sushi

    ReplyDelete