FOOD REVIEW

Mr Celup Tepung Station : Tempat Makan, Lepak dan Bersantai Untuk Keluarga

September 11, 2018
Assalamualaikum💗

Kalau datang ke Terengganu, mesti tak lengkap holiday korang kalau tak pekena makanan - makanan sedap yang ada di Terengganu. Gee sendiri walaupun menetap di Terengganu masih belum puas untuk makan semua yang ada di Terengganu. Antara makanan tersohor di sini ialah keropok lekor, air kelapa segar, sotong celup tepung, ikan celup tepung, sate ikan, pelbagai kuih tradisi dan sebagainya.


Enrty kali ini Gee nak share satu tempat makan best di Terengganu. Kalau korang nak tahu, ni kali pertama Gee jejak kaki dan merasa sendiri makanan di restoran ni. Sebelum ni hanya lalu je dan singgah ke restoran yang lain. Tapi kali ni Gee nak share dan nak reccomendkan untuk korang datang sendiri di restoran ini. 

Mr Celup Tepung Station, Kg Penarik, Setiu


Kalau nak makan celup tepung mestilah nak yang berdekatan dengan pantai, selesa dan juga mestilah ada pelbagai pilihan menu menarik. Mr Celup Tepung Station terletak di tepi pantai Penarik yang sememangnya menjadi laluan utama jalan pantai dari Kelantan ke Terengganu. Jom Gee share 7 sebab kenapa korang mesti datang ke Mr Celup Station ni. 


7 Sebab Kenapa Mesti Datang Ke Mr Celup Tepung Station



1. LOKASI DI TEPI PANTAI YANG MENDAMAIKAN



Pantai Penarik ni terkenal dengan pantainya yang cantik, pasir yang bersih dan selamat. Gee sendiri setiap kali lalu di Pantai Penarik pasti mata akan tertumpu pada pantai di sepanjang jalan. Bila dapat menikmati makanan di tepi pantai memang kepuasan berganda - ganda! Anak - anak pun seronok dapat main tepi pantai bila datang ke Mr Celup Tepung Station ni.  

2. BANYAK TEMPAT DUDUK DISEDIAKAN



Korang tak perlu nak berebut - rebut tempat duduk di Mr Celup Tepung Station. Kerusi dan meja sangat banyak. Korang boleh pilih nak makan di dalam restoran bawah bumbung, boleh juga makan di luar sambil menikmati angin pantai, atau boleh juga nak duduk je atas pasir tepi pantai. Hehe. So kalau datang dengan jumlah yang besar seperti keluarga yang besar atau rombongan sememangnya tiada masalah. 

3. BANYAK PORT UNTUK BERGAMBAR / SELFIE



Kalau nak photoshoot outdoor wedding pun cantik kat Mr Celup Tepung Station ni! Ada banyak port dan dekorasi yang menarik untuk korang abadikan kenangan. Yang bestnya, setiap penjuru dan sudut restoran ada dekorasinya yang tersendiri. Ada backdrop payung, mini jeti, ada buaian viral seperti di Lombok, dan banyak lagi port lawa - lawa! Korang mesti datang tengok sendiri! Hehe.

4. TEMPAT ANAK - ANAK BERMAIN DAN BEBAS BERGERAK





Bila punya anak kecil, kita mak bapak ni nak menikmati makanan pun tak berapa nak menikmati dah. TAPI kalau korang datang ke Mr Celup Tepung Station ni, serius korang boleh makan dengan tenang dengan melihat anak - anak bermain depan mata je. Mereka bebas bergerak tanpa mengganggu pelanggan lain sebab sememangnya kawasan sangat luas dan selesa untuk si kecik berlari - lari. Haha! 

5. MENU CELUP TEPUNG YANG PELBAGAI







Mr Celup Tepung Station menyediakan pelbagai menu celup tepung untuk pelanggan yang datang. Korang boleh cuba udang, sotong, ikan, dan juga ketam celup tepung. Semuanya fresh dan crunchy u ols!! Tak cukup makan di restoran, boleh juga tapau makan dalam kereta. Hehe.

6. MESTI CUBA SOTONG CHEEZY


Yesza!! Ni menu sangat rare okey!! First time Gee cuba Sotong Celup Tepung Cheezy! Wallawei rasa dia sangat kebaboomm! Sotong celup tepung kita akan rasa kerangupan tepung tu kan, ini pula kita akan dapat rasa kesedapan berganda dengan kerangupan tepung serta rasa cheezy yang korang dah tahu sedap dia macam mana kan... Terbaik lah!

7. ADA PELBAGAI MENU MAGGI YANG RARE





Kalau korang rasa tak cukup kenyang dengan menu celup - celup tepung, korang boleh cuba pelbagai jenis maggi yang ada di Mr Celup Tepung Station ni. Ada maggi sotong, maggi udang. maggi telur sotong, maggi udang galah, dan juga maggi ketam. Dah nama pun ada pelbagai seafood, korang request je nak makan maggi apa. Hehe. 

8. PELBAGAI JENIS MINUMAN





Apa kata korang cuba minuman yang sedikit berbeza dari kebiasaan. Di Mr Celup Tepung korang boleh cuba menu minuman istimewa mereka. Antaranya air kelapa buah segar, coconut shake special, manggo smooties, ABC special, air sagu berkasih, cendol dan pelbagai lagi minuman istimewa yang ada.

Tempat Lepak Santai Terbaik di Penarik


Kebetulan Gee pergi dengan blogger MEK YUNIE dan family di Mr Celup Tepung Station ni. Memang kami sangat selesa bersembang, melepak sambil menikmati hidangan dari Mr Celup Tepung Station ini ditambah dengan suasana damai di tepi pantai, memang terbaik!! Anak - anak langsung takde meragam malah makin seronok bila dapat main buaian dan melihat pemandangan laut luas terbentang. Sememangnya akan repeat lagi datang ke Mr Celup Tepung Station ni!

Jom Singgah di Mr Celup Tepung Station!



Untuk merasa sendiri pengalaman di Mr Celup Tepung Station ni, korang boleh waze or google je lokasinya. Sangat senang nak jumpa, u ols dont worry! Ingat kalau #VisitTerengganu , korang mesti cuba restoran Mr Celup Tepung Station ni wokeh!! Kalau korang nak tahu lebih details, korang boleh hubungi info kat bawah ni.


MR CELUP TEPUNG STATION, PANTAI PENARIK


Instagram : @mrceluptepungstation

Telefon : 019 988 7958

Lokasi : Kg Penarik, Setiu, Terengganu

























You Might Also Like

8 komen

  1. Rinduuu.. kalau g lagi boleh sembang kat sini pulok.

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat ke sini, sha dah la suka laut

    ReplyDelete
  3. Alahai semua pun nampak menarik .. dari menunya hinggalah tempatnya

    ReplyDelete
  4. hari pegi kat Pantai Penarik jugak tapi tak ingat kedai mana.. sepanjang jalan tu ada banyak kedai kan kami terjah je. puas hati makan.. tapi yang sotong cheeeeese tu menggodanya =D

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Ada buai :-)
    Ada juga baca di blog Mek tadi.
    Aida biasa singgah tapi yg ni, baru ekk? Lokasi tepi pantai. Cantik.

    ReplyDelete
  6. rabia pernah lalu je sini.tak pernah makan lagi mr celup tepung station ni

    ReplyDelete
  7. Bestnya lepak2 tepi pantai sambil mkn sotong celup tepung...suasananya yg sgt happening 😍

    ReplyDelete