Imaan Suci Wipes | Mudah Tanggalkan Make Up

by - September 02, 2018

Mudahnya untuk menanggalkan kotoran muka dan make up dengan IMAAN SUCI WIPES! Orang perempuan bila keluar rumah, paling basic pun mesti memakai cream dan bedak asas atau pun hanya memakai bedak asas sahaja. Ada juga yang suka make up siap dengan foundation, mascara, eye liner, pemerah pipi, lipstick dan sebagainya. 



Bagi Gee, cara make up atau penampilan wajah adalah bergantung kepada seseorang individu itu untuk lebih berasa selesa dan confident. Apa yang lebih penting adalah penjagaan wajah yang teratur supaya kulit wajah sentiasa bersih daripada segala kotoran. 

Sikap sambil lewa untuk menjaga kebersihan wajah akan mengundang masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kering, kulit berminyak serta tona yang tidak sekata. Walaupun korang membersih muka setiap hari tetapi sekiranya kotoran di wajah masih ada, ini juga akan memberi kesan buruk kepada kulit wajah.

TISU MUKA IMAAN SUCI PRODUK PALING LAKU!!

Memperkenalkan Imaan Suci Wipes yang menjadi salah satu produk hot paling laris daripada Imaan Suci World ( ISW ). Paling membanggakan adalah koleksi tisu lembab Imaan Suci tanpa alkohol berstatus HALAL ini merupakan produk pertama keluaran Bumiputera di Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, produk keluaran Imaan Suci World ini dikeluarkan di kilang yang bertaraf GMP serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Disebabkan itu Gee berpendapat ramai wanita yakin untuk menggunakan rangkaian produk mereka tanpa was - was.

KENALI IMAAN SUCI WIPES

Imaan Suci Wipes juga dikenali sebagai pencuci muka express ini semakin menjadi keperluan wanita. Pencuci muka tanpa bilas ini sememangnya sangat memudahkan aktiviti seharian kita. Size poket yang comel memudahkan kita membawanya ke mana sahaja kita pergi. Lagi pula, sebagai seorang muslimah, nak solat mestilah nak muka sebersih - bersihnya tanpa solekan supaya solat kita sah.


Imaan suci wipes ini berfungsi untuk menanggalkan kotoran dan make up di wajah kita tau!! Sangat mudah kerana hanya perlu sapu dan tekapkan helaian tisu ke seluruh wajah. So kalau nak solat memang tak perlu nak hangkut pencuci muka korang sebab tisu basah Imaan Suci ni semestinya dapat membersihkan keseluruhan wajah korang.

KENAPA IMAAN SUCI WIPES SANGAT BAGUS?



Sebelum mencuba sesuatu produk kecantikan korang mestilah ambil tahu apa kelebihan produk tersebut. Ini dapat mengelakkan kita tersalah guna produk yang boleh merosakkan kulit muka kita di kemudian hari. Jom Gee share antara kelebihan menggunakan tisu lembab Imaan Suci ini.

1. Berfungsi Sebagai Pembersih Wajah


Imaan Suci Wipes sangat memudahkan korang apabila korang tak perlu nak bawak pencuci muka yang botol besar tu ke mana sahaja korang pergi. Korang hanya perlukan sehelai tisu lembab dari Imaan Suci ini untuk membersih wajah dari segala kotoran dan make up korang.

2. Formula Aloe Vera dan Vitamin E


Kandungan tisu lembab Imaan Suci ini sememangnya halal dan tidak mengandungi alkohol. Korang bukan sahaja dapat menanggalkan kotoran dan make up malah dalam masa yang sama dapat membantu korang dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

3. Mempunyai Pelbagai Fungsi Untuk Kulit


Dengan menggunakan tisu lembab Imaan Suci, ia bukan sahaja berfungsi sebagai pencuci muka malah bertindak sebagai pelembab dan penyegar muka. Walaupun korang tertinggal set penjagaan wajah ketika travel, anda masih dapat menjaga kulit wajah dengan adanya Imaan Suci Wipes.

4. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


Korang tidak perlu risau sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak. Ini kerana Imaan Suci Wipes sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering, kulit berminyak serta kulit sensitif.

JOM LIHAT TESTIMONIAL

Imaan Suci Wipes ini bukan sahaja menjadi keperluan para wanita malah kaum lelaki juga menggunakan Imaan Suci Wipes bagi menanggalkan kotoran pada kulit wajah. Jom lihat apa kata mereka yang dah mencuba Imaan Suci Wipes ini.










SIS GEE SUKA IMAAN SUCI WIPES!!


Bagi Gee, semua wanita wajib ada tisu lembab Imaan Suci ni. Gee suka travel dan keluar bersama keluarga. Bila dah solat di mana - mana ni, tisu lembab Imaan Suci ni sangat membantu! Bila nak bersihkan make up dan kotoran muka sebelum solat, guna je Imaan Suci Wipes. Halal dan nak solat pun takde was - was make up dah bersih - sebersihnya. Gee suka sizenya yang mudah selit dalam handbag. Mudah dibawa dan sangat berkesan untuk tanggalkan make up!!


VIDEO TUTORIAL IMAAN SUCI WIPES



JADIKAN IMAN SUCI WIPES TEMAN KARIB!!

Gee dah jadikan Imaan Suci Wipes keperluan wajib ada dalam handbag. Korang pun boleh dapatkan Imaan Suci Wipes ini di pasaran sekarang. Untuk ketahui maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.



IMAAN SUCI WIPES

You May Also Like

4 komen

  1. Laku sungguh imaan tissue ni kak gee.rabia tak beli lagi imaan tissue ni.kat butik ada je jual.tp lupa nak beli.

    ReplyDelete
  2. Bagus wipes ini.. kegunaan yang pelbagai..

    ReplyDelete
  3. Zaza pun guna imaan tisu ni.. Memang best utk cuci makeup

    ReplyDelete