REVIEW

Hadiah Craft Murah dan Comel dari Cik Renex

September 04, 2018
Assalamualaikum ❤

Kalau nak bagi hadiah, souvenir atau tanda kenang - kenangan, mestilah nak cari sesuatu yang cantik, sempurna dan memenuhi citarasa. Kadang - kadang buntu juga apabila fikirkan gift apa yang best dan akan membuatkan orang akan simpan sampai bila - bila. 



Sebut je hadiah, mesti korang fikirkan mug, frame gambar, minyak wangi dan mungkin juga perhiasan rumah seperti pasu. Semua dah menjadi kebiasaan bukan? Apa kata sesekali berikan hadiah yang berbentuk hand craft. Mesti mempunyai nilai sentimental yang tinggi. 

HandCraft Comel Daripada CIK RENEX


Mungkin sudah ramai mengenali Cik Renex ni kan? Gee mengenali Cik Renex hampir setahun kot melalui blogging dan Cik Renex juga salah seorang ahli Team Blogger Pantai Timur. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi kami pernah juga chat kat whatsapp dan support komen di media sosial. Mata ni tak tahan sungguh melihat hasil tangan beliau membuat sendiri craft yang pelbagai jenis. Sangat kreatif Cik Renex ni tau!!! 

Produk by CIK RENEX



Bila tengok, korang pasti rambang mata dibuatnya. Haha! Trust me! Antara produk yang Cik Renex buat adalah keychain, fridge magnet, bantal, bubble talk dan pelbagai lagi hasil tangan yang Cik Renex buat sendiri. Kalau korang tempah, korang boleh request design dan warna tau!! Sebab tu Gee kata sangat menarik kalau nak bagi hadiah pada yang tersayang. Bila berikan hadiah yang tertulis nama mereka, pasti hadiah tersebut mempunyai sentimentalnya tersendiri.

Sedia Menerima Tempahan Yang Banyak


Cik Renex juga buka order untuk tempahan yang banyak seperti doorgift untuk perkahwinan, majlis pertunangan, sambutan harijadi dan sebagainya. Pasti tambah menarik doorgift tu nanti kan? Cuma untuk tempahan yang banyak korang mesti inform awal supaya semua kraft dapat dibuat dengan baik. 

Produk Cik Renex Untuk #teamBPT


Gee sendiri dah tengok produk Cik Renex ni. Walaupun kami tempah dalam tempoh yang singkat dengan kuantiti yang banyak, namun Cik Renex dapat memenuhi permintaan kami dengan memberikan hasil kraf fridge magnet yang sangat berkualiti. Terima kasih Cik Renex sudi sponsor team kita ketika Team Blogger Pantai Timur jelajah Bukit Gambang Resort City baru - baru ini. 

Tempah Handmade Craft Murah Cik Renex Sekarang!


Craft daripada Cik Renex ni bukan sahaja murah malah sesuai diberikan untuk sesiapa sahaja. Korang boleh design nama, logo dan gambar korang pada produk dari Cik Renex ini. Pening nak hadiahkan sempena Hari Guru, birthday, anniversary atau doorgift? Hubungi makumat di bawah untuk sebarang tempahan dan info lanjut.




WHATSAPP : 017 794 4891

You Might Also Like

7 komen