DRAMA

Drama Bahagia Bukan Bidaan TV3

September 27, 2018
Tajuk Drama : Bahagia Bukan Bidaan
Jumlah Episod : 15
Masa Siaran : Setiap Isnin Hingga Rabu ( 10 malam )


Barisan Pelakon : Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Lisdawati, Fauzi Nawawi

Korang layan ke drama Bahagia Bukan Bidaan ni? Gee belum lagi terjebak cuma terpanggil untuk share di blog post sebab Gee suka pelakon yang ada dalam drama ni. Otai otai wei!!! Timing drama pulak timing kena tidurkan Geng 4A tu so live episod selalu terlepas. Maybe kena layan online sebab baca sinopsis macam best pulak kalau layan! Alaaa 15 episod je u olls, sekejap je habis! Haha. Meh nak share sinopsis ringkas drama Bahagia Bukan Bidaan ni.



SINOPSIS BAHAGIA BUKAN BIDAAN

Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.


Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?


So korang yang sedang follow drama ni rasa best tak drama ni? Atau so so je?

You Might Also Like

2 komen

  1. Best sangat geee, rindu lamo x tengok nora danish berlakon haaaa.. x puas tengok nok tamat doh episod last minggu depan

    ReplyDelete
  2. x sempat nak tgok la. tp nmpak mcm sedap je.

    ReplyDelete