REVIEW

Design Sendiri Hadiah Istimewa Hanya Di Printcious

September 13, 2018
Assalamualaikum 💜

Yeayyy Kakak Amani suka sangat dengan hadiah yang ibu design sendiri di Printcious!! Mudah sungguh dengan Printcious, semuanya di hujung jari je. Jimat masa sebabnya tak payah nak pergi cari kedai, nak tempah lagi, nak pergi ambil pulak dan macam - macam lagilah. 



Sebelum ni Gee ada share < mudahnya mencari birthday gift > di entry sebelum ni. Nak tahu apa yang Gee order daripada printcious.com ni? 

Bantal Comel Untuk Amani


Gee designkan bantal comel ini di website Printcious sahaja. Sangat mudah! Nampak tu Gee letak gambar Amani, boleh edit nama, boleh letak clip art yang lain, boleh pilih colours, bentuk tulisan dan pelbagai lagi design yang mengikut citarasa sendiri. 

Coaster For Me!!



Seterusnya Gee designkan pelapik cawan ni. Sebenarnya bukan nak guna pun tapi lebih kepada nak simpan gambar dalam pelbagai bentuk item. Al maklumlah sekarang gambar banyak dalam handphone so bila ada laman web seperti Printcious ini, boleh juga abadikan kenangan gambar untuk tatapan setiap hari. 

Fridge Magnet For My Family!


Siapa pengumpul fridge magnet?? Boleh abadikan gambar sendiri or family or incik tunang or babies or apa - apa gambar yang korang suka dengan Printcious. Since Gee belum lagi cetak gambar raya 2018, so apalagi Gee pilih gambar terbaik dan abadikan di fridge magnet ni. Mudah sangat!

Nak Buat Tapi Tak Tahu Caranya?

Korang pun boleh buat macam Gee buat di laman web Printcious ni. Jom Gee share macam mana caranya.

1. Buka laman web www.printcious.com


2. Login As Member


Korang akan perolehi pelbagai diskaun dan offer istimewa sekiranya korang daftar masuk sebagai ahli di laman web Printcious. Boleh Create Account untuk pertama kali daftar atau terus login bagi yang dah mempunyai akaun dengan Printcious.

3. Boleh Mula Pilih Products

Dah selesai login, korang boleh mula explore apa yang berkenan di hati. Ada banyak pilihan produk untuk korang pilih dan designkan sendiri. Antaranya fridge magnet, bantal, t-shirt, beg, apron, photo canvas, mouse pad dan pelbagai lagi.

Gee ambil contoh Gee order bantal / cushions dan Gee tunjukkan caranya pada korang.

4. Pilih Cushion atau Item Yang Korang Nak
Setiap produk atau item di Printcious, ditawarkan pelbagai variasi dan pilihan. Sebagai contoh cushions ini, ada 4 bentuk cushions yang korang boleh pilih. So, Gee pilih Cushions ( square ) untuk Amani.

5. Pilih Design Cushions

Korang boleh pilih nak full design sendiri atau guna design yang telah disediakan oleh Printcious. Korang boleh edit juga sekiranya menggunakan design sedia ada. Printcious memudahkan untuk korang cari idea sama ada nak bagi hadiah sempena birthday, hadiah anniversary, wedding dan sebagainya. So Gee pilih untuk design sendiri semuanya dan click pada Create Your Own .

6. Boleh Design Cushions

Gee boleh pilih warna bantal mengikut citarasa sendiri dan bila tanyakan pada Amani, dia nak yellow. Lepas pilih warna cushions boleh teruskan editing details yang lain pula. Gee click pada Start Designing untuk teruskan edit details.


7. Add To Cart


Korang dah siap edit, dah puas hati boleh tekan Add To Cart. Setelah item di letak dalam cart, korang masih lagi boleh edit design kalau korang masih tak puas hati. Nanti akan dipaparkan harga yang korang kena bayar di Order Summary. Ketika Gee buat ni ada 40% OFF so harga terus ditolak dari harga asal. 

Gembirakan Mereka Yang Tersayang Dengan Printcious


Mudah kan nak bagi mereka yang tersayang hadiah istimewa? Ada banyak idea dapat di applikasi kan pada item di Printcious. Seronok mereka yang menerimanya. Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke www.printcious.com dan boleh mulakan pencarian hadiah istimewa untuk mereka yang tersayang! 

You Might Also Like

10 komen

  1. cik ash pun banyak dah koleksi puzzle, chusion,mini ties,apron, pelapik cawan,

    ReplyDelete
  2. Lawonya bantal kak amani tu. Nice colour

    ReplyDelete
  3. wahhh lawanya bantal..geram tengok ni.semuanya cantik-cantik.boleh buat memory kan.

    ReplyDelete
  4. ccl pernah guna perkhidmatan printcious .memang best . sebab boleh create sendiri design yg kita nak

    ReplyDelete
  5. bila print hadiah cemni lagi dekat di hati.. ada sentimental value =)

    ReplyDelete
  6. Addicted sungguh print gifts dan segala macam dalam printcious ni..
    Hasilnya memang cantik sis gee..

    ReplyDelete
  7. Menarik. Mudah dah sekarang nak abadikan gambar kenangan... thanks share. 😊

    ReplyDelete
  8. Aida berkenan dgn mousepad. Tadi blogwalk blog Shikin, pun baca pasal ni. Tu yg dah double tertarik nih...

    ReplyDelete