Vietnam Rolls Sedap dan Murah dari Caldo Kitchen Kota Bharu

by - August 11, 2018


Sesekali share makanan best dalam blog syok jugak! Kali ni Gee nak share makanan best dari Kota Bharu Kelantan. Tapi apa yang lebih buatkan Gee teruja untuk share dengan korang adalah, betapa mudahnya nak dapatkan makanan daripada mereka ni. Kalau ke Kota Bharu dan tak tahu nak makan apa dan di mana, inilah jawapannya!! Nak tahu lanjut korang kena baca habis story mory Gee kali ni wokeh!!

Dapatkan Khidmat Servis Delivery Daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU


Memperkenalkan servis delivery terbaik dan tip top daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU. Caldo Kitchen menawarkan pelbagai jenis makanan dalam bentuk servis delivery dan juga servis katering. Kalau tengok makanan yang di masak dari Caldo Kitchen ni boleh meleleh tau nengok!

Kami sempat merasa khidmat delivery dari Caldo Kitchen ketika Gee ke Kota Bharu baru - baru ni. Motifnya, malas nak keluar daripada homestay. Masa tu Gee dan keluarga ada bersama keluarga blogger Sis Hawa dan Mek Yunie. Kami decide untuk mencuba servis delivery terbaik yang ada di Kota Bharu. Bila jarang - jarang jumpa ni rasa malas nak keluar cari makan dan bersesak dengan anak - anak. Kami fikir baik stay je kat homestay dan makan dengan tenang!



Pilihan kami adalah yang terbaik!! Kami memilih untuk merasa menu istimewa Popia Vietnam Rolls daripada Caldo Kitchen. Memang sangat mudah dan cepat kalau dapatkan servis penghantaran daripada Caldo Kitchen ni. Korang hanya perlu set jam berapa dan diaorang akan sampai tepat pada waktunya.

Popia Vietnam Rolls Istimewa Sedap dan Penuh Inti


Korang pernah makan tak Popia Vietnam Rolls? Ni kalau sesiapa nak diet memang terbaik menu ni! Kami order 3 jenis fillet yang berlainan. Kami cuba fillet udang, ketam dan ayam. Apa yang membuatkan kami terasa wowwww sangat adalah sos pencicah yang manis masam pedas gituu. Memang sedap!! Nak tahu kenapa korang mesti order Popia Vietnam Rolls daripada Caldo Kitchen?

5 Sebab Kenapa Korang Mesti Cuba Popia Vietnam Rolls Caldo Kitchen

1. Isi fillet yang diletak dalam setiap rolls sangat besar dan penuh! Ni bukan style isi yang dicarik - carik tau! Kalau udang tu memang seketul seketul udang ada. Dan setiap rolls ada 3 ketul udang. Sebab tu kalau makan 2 rolls dan terasa kenyang dan sangat sesuai kalau mereka yang nak diet.


2. Sayur - sayuran yang segar diisi bersama isi fillet di dalam setiap rolls popia. Ni gee paling suka sebab i ols peminat sayur. Hehe. Sayur memang fresh dan masih terasa kerangupan sayur itu sendiri. Walaupun semalaman kita simpan di dalam peti, sayur tu masih segar. Agaknya, Caldo Kitchen memang memilih sayur yang terbaik dan segar dari ladang sebab tu kualiti Popia ni terjaga walaupun semalaman di dalam peti.


3. Anda akan terasa cepat kenyang dan berpanjangan. Ini Gee rasa sendiri setelah makan 3 rolls popia vietnam ini. Kalau nak buat breakfast memang sampai ke tengah hari korang rasa kenyang. Kandungan popia vietnam pun tak berat dan jauh sekali boleh menggemukkan so kalau nak repeat setiap 2 ke 3 jam pun takde masalah.


4. Sos pencicah popia vietnam ni memang win u ols!! Lupa nak tanya resipi. Haha! Tapi kalau makan dengan sos memang habis 5 gulung popia ni! Haha! Sos dia rasa sedikit manis, ada rasa masam dan sedikit rasa pedas. 



5. Kalau nak buat travel memang terbaik popia vietnam rolls ni. Haritu ada lagi beberapa ketul so Gee ambil bawak bekal balik ke Terengganu. Boleh juga dibuat snek dalam kereta. So kalau travel dan susah nak berhenti di kedai makan memang terbaik kalau bekalkan popia vietnam rolls ini.


Lagi Produk Makanan Daripada Caldo Kitchen

Bukan setakat popia vietnam rolls sahaja yang menarik di Caldo Kitchen ni tau! Ada lagi banyak menu menarik untuk korang cuba. Next trip ke Kelantan Gee nak cuba menu lain pulak! Haha. Jom kita lihat lagi produk makanan yang ditawarkan di Caldo Kitchen Kota Bharu.






Apa Kata Mereka?


Kalau korang nak tahu, rata - rata mereka yang dah cuba makanan dari Caldo Kitchen pasti akan order lagi dan lagi dan lagi. Mereka order bukan untuk jumlah yang kecil malah mereka tidak risau untuk jamu menu Caldo Kitchen untuk ahli keluarga yang besar dan ramai. Malah, ada juga syarikat yang menempah servis katering dan penghantaran makanan daripada Caldo Kitchen ini.






Hubungi Caldo Kitchen Kota Bharu Untuk Menikmati Menu Sedap Mereka!!

Yang berada di Kelantan boleh cepat - cepat hubungi Caldo Kitchen untuk merasa menu istimewa mereka. Korang boleh request untuk delivery ke hadapan pintu rumah atau pejabat serta boleh juga menempah untuk apa - apa majlis dan kenduri. Untuk yang berada di luar Kelantan sila simpan siap - siap contact Caldo Kitchen untuk kemudahan hari esok!


Untuk maklumat lanjut. korang hubungi info di bawah.


CALDO KITCHEN KOTA BHARU

Facebook : Caldo Kitchen KB

Instagram : @kbfooddelivery

WhatsApp : 017 9677684  |  017 6382832



You May Also Like

8 komen

  1. wow... sedapnya berselera sungguh nampak, akak yg xcited nak try je.... hehe

    ReplyDelete
  2. semua tu nampak sedap, kalau dekat dah lama order sandwich tu

    ReplyDelete
  3. dapnyee! nmpk puas tu kalo mkn..uishh klo dekat mau pesan bnyk kli

    ReplyDelete
  4. wah bestnya rabia pergi kb baru ni mkn kfc je

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya. teringin lama dah vietnam rolls ni

    ReplyDelete
  6. Makan seorang tak ajak doh kita nok merajuk dengan gee la

    ReplyDelete
  7. i saw this and terus order for a cod near me. been craving for this for so longggg

    ReplyDelete