Surprise Delivery Murah di Kota Bharu

August 02, 2018
Terkejut incik suami apabila tiba - tiba ada sekuntum bunga rose dihias cantik diberikan oleh si isteri. Aduh! Manis ting ting ting tak? Sesekali sweet manis sweet dengan incik suami, apa salahnya. Eh! Entah - entah korang lagi sweet daripada kita tak? Jangan tak ngaku!


Ketika Gee  pergi trip ke Kota Bharu beberapa minggu yang lepas bersama rakan blogger Sis Hawa dan Mek Yunie, kami terfikirkan idea nak surprisekan incik suami sebagai tanda mereka support sepenuhnya kerjaya kami sebagai blogger. Kebetulan masa tu kami 3 family menginap di Kondo Pelangi Kota Bharu, sebab tu ada tiga kuntum rose yang dihias berasingan. Hehe. Nak tahu apa reaksi incik suami kita? 

SURPRISE MENJADI!!!


Ya! Semestinya mereka tak menyangka apabila semua buat seperti biasa dah sorokkan awal - awal jambangan bunga. Apabila mereka sedang menikmati dinner, kami para isteri mithali ni masuk kat dalam bilik kononnya nak discuss pasal blog. Ada mereka kisah? Hahahhaha! Pastu kami serentak bagi jambangan bunga pada incik suami. Haaa terkujat juga mereka bertiga dengan muka cover macho. Haha!

ANAK - ANAK SAMA TERUJA NAMPAK JAMBANGAN BUNGA

Anak - anak Gee terutamanya yang gegirls sama teruja bila tengok ibu berikan bunga pada ayah. Nampak sangat sesuatu yang jarang ibu dia buat! Si penerima bunga langsung tak dapat pegang pada mulanya disebabkan anak terlebih excited. Next time ye kids! Hehe.


SURPRISE DELIVERY MURAH DI KELANTAN

Mana nak cari surprise delivery murah dan mengikut bajet sebab kebanyakkannya meletakkan harga yang agak mahal kemudian ditambah pula kos delivery. Makin bertambah lah harga surprise delivery tu nanti. Pastu nanti pening nak mikirkan budget untuk kek pulak! 

CIKYA COOKIES & CAKE menyediakan servis surprise delivery yang sangat berpatutan. Korang boleh request nak surprisekan dengan jambangan bunga sekuntum, 10 kuntum, 100 kuntum? Boleh sangat mengikut kesesuaian budget korang. Tiada minimum harga yang ditetapkan. Sekiranya budget anda RM 20 sahaja maka Cikya Cookies & Cake akan memberi idea surprise yang sesuai dengan budget anda RM 20. Menarikkan?



KEK COKLAT CIKYA COOKIES & CAKE SANGAT SEDAP!!

Wajib order wokey! Gee sememangnya chocolate cake lover! Muffin coklat, kek coklat, semua dessert yang berperisa koko mesti akan ada dalam pinggan. Haha. Untuk melengkapkan surprise kami, kami pun order kek coklat moist dari Cikya Cookies & Cake. 

Menariknya, incik suami yang bukan penggemar kek coklat boleh pulak makan bertambah. Biasanya kalau kek coklat dia akan ambil 1 slice kecik aje. Tapi kalini banyak kali juga dia makan. Haha! Rasa kek chocolate dia tak pahit dan tidak terlalu manis. Dan tak muak! So boleh makan lagi dan lagi dan lagi! Hahahaha!


BANYAKNYA PILIHAN KEK DAN DESSERT DI CIKYA COOKIES & CAKE!!

Terlalu banyak produk makanan yang disediakan oleh Cikya Cookies & Cake. Korang jangan risau sebab harga memang sangat murah dan berpatutan. Antaranya Choc Moist Cake beserta Choc Berlys Ganache, Hokkaido Cup Cake, Creampuff, Paitee, Brownies, Cheese Tart, Macaroni Bakar dan pelbagai lagi ada. 






APA KATA MEREKA?






DAPATKAN KHIDMAT SURPRISE DELIVERY TERMURAH DI KELANTAN

Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Bharu boleh dapatkan khidmat surprise delivery daripada Cikya Cookies & Cake dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk yang berada di luar Kelantan, sila save dan take note siap - siap contact mereka wokeh! Mana lah tahu nanti ada kelapangan datang jalan - jalan ke Kelantan, boleh juga korang buat surprise delivery buat yang tersayang,


Boleh baca juga story blogger Sis Hawa dan Mek Yunie dengan servis surprise delivery daripada Cikya Cookies & Cake ni.



Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.


CIKYA COOKIES & CAKE | SURPRISE DELIVERY MURAH KELANTAN

Fecebook :


Instagram :


WhatsApp :

018 9054460 | 014 5152753

6 comments:

  1. seronok jugak rupanya surprisekan laki ye

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau dapat suprise. semoga berbahagia. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 203

    ReplyDelete
  3. alolo sweet manis gee n husband dia...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.