BEAUTY

5 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia

August 13, 2018
Penjagaan wajah sangat penting untuk memastikan keadaan kulit yang sentiasa sihat dan besih daripada segala kotoran. Kulit yang kotor akan mengakibatkan masalah - masalah kulit yang kronik seperti jerawat, jeragat, kulit berminyak dan sebagainya. Baik korang mengambil langkah pencegahan dari awal supaya anda tidak perlu risau risiko yang bakal anda hadapi.


Salah satu penjagaan wajah yang penting adalah penggunaan SERUM WAJAH. Pada mulanya, Gee juga tidak mengambil kisah tentang penggunaan serum ini. Namun setelah usia dah masuk 3 series nie, kulit dah mula keluar bintik - bintik hitam serta jeragat di sekitar pipi. Sebelum kulit menjadi lebih parah, maka Gee pun mencuba pemakaian serum pada muka. 

Hari ini terdapat banyak jenama serum muka yang mempunyai pelbagai fungsi. Jom Gee kongsikan terlebih dahulu 5 Jenama Serum Terbaik Yang Ada di Malaysia.

5 Serum Wajah Terbaik di Malaysia

1. EUCERIN PRO ACNE SUPER SERUM


Eucerin sudah terkenal sebagai 'trusted seller' di mana produk mereka banyak kegunaannya untuk kulit yang berjerawat. Super serum Eucerin ini juga sangat sesuai untuk kulit muka yang sensitif. Produk buatan Negara Jerman ini merupakan produk 100%  paraben free di mana sangat selamat untuk digunakan untuk semua termasuk ibu yang hamil.


2. L'OREAL REVITALIFT LASER X3 SERUM

Produk kecantikan L'OREAL sudah tidak asing lagi di Malaysia. Terdapat pelbagai produk kecantikan L'OREAL yang ada di pasaran termasuklah penjagaan wajah, set make up serta penjagaan diri. Serum L'OREAL ini sangat bagus untuk merawat lingkaran hitam di sekitar mata, menghilangkan garis-garis kedutan pada wajah serta merawat kulit wajah secara keseluruhannya.

3. WARDAH RENEW YOU ANTI AGING INTENSIVE SERUM

Serum WARDAH ini sangat bagus untuk korang yang ingin mencegah garis - garis penuaan pada kulit. Serum ini mengandungi peptide untuk merangsang pembentukan kolagen yang akan memperbaharui sel kulit yang lebih cantik dan sihat.

4. SAFI RANIA DIAMOND INTENSIVE CORRECTIVE SERUM
Pasti ramai sudah mencuba serum dari SAFI RANIA ini kerana jenama ini antara jenama kegemaran kebanyakkan wanita di Malaysia. Safi merupakan produk yang diyakini halal dan selamat digunakan. Formulasinya pula sangat bagus untuk memberi kesihatan yang baik kepada kulit.

5. SERUM VITAMIN C DR BEAU



Serum terbaik yang pernah Gee cuba!! Serum Vitamin C Dr Beau ini sangat lain dari yang lain kerana ianya merupakan serum di dalam bentuk kapsul minyak. Ya!! Macam minyak tapi bila korang sapu di seluruh wajah ternyata minyak bukan sebarang minyak. Jom Gee kongsikan lebih lanjut apa yang bestnya SERUM VITAMIN C DR BEAU dari TEJA HERBS ni. 

Serum Vitamin C Dr Beau Baik Untuk Jerawat dan Jeragat



Serum Vitamin C Dr Beau merupakan serum yang mampu merawat masalah - masalah kulit termasuklah masalah parut, jeragat, jerawat, tona yang tidak sekata serta masalah kulit yang kering. Produk Dr Beau ini dirumus khas daripada sumber vitamin E serta bahan herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan. Ramai selebriti tanah air dan pakar kecantikan telah mencuba Serum Vitamin C Dr Beau ini.

Mengandungi 100% Bahan Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Terlarang

Kalau nak pakai sesuatu produk, mestilah kena lakukan sedikit kajian agar produk itu tidak memberi kesan negatif kepada kulit kita. Walaupun harga yang ditawarkan adalah harga mampu beli namun harus kita ingat andai tersilap pilih produk, korang akan berhabis berganda - ganda harganya untuk mendapat kulit yang sihat kembali.



Korang nak tahu apakah rahsia Serum Dr Beau?

Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.

Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Manfaat Terbaik Dari Serum Dr Beau


Serum Dr Beau ni sangat bagus untuk korang yang nak dapatkan kulit yang lebih sihat. Bau serum sangat wangi dan segar. Sapuan serum pula tidak melekit dan berminyak pada kulit. Korang yang ada masalah kulit sensitif, kulit kering atau kulit berminyak boleh mencuba Serum Dr Beau ini tanpa was - was kerana serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Cara Penggunaan Serum Dr Beau

1. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu.

2. Tarik hujung kapsul Serum Dr Beau, kemudian titiskan pada telapak tangan dan sapu dengan cara menggosok pada telapak tangan.

3. Kemudian, ratakan serum pada keseluruhan wajah terutamanya kawasan kulit yang bermasalah.

4. Setelah serum sekata di seluruh wajah, bolehlah korang pakai krim muka, foundation atau bedak asas.


Untuk kesan yang lebih baik, korang disarankan untuk memakai serum ini di waktu pagi dan juga malam. Pada waktu pagi, Serum Dr Beau dapat menjaga kulit dari kotoran sepanjang hari. Pemakaian pada waktu malam pula boleh merehatkan serta memulihkan kulit wajah.


Serum Pilihan Selebriti Malaysia







Ramai Yang Berpuas Hati Dengan Serum Dr Beau





Dapatkan Serum Terbaik Anda Sekarang!!

Kulit yang bermasalah jeragat, jerawat dan parut boleh dirawat sekarang dengan Serum Dr Beau. Korang bukan sahaja boleh menghilangkan garis - garis penuaan malah dalam masa yang sama boleh merawat kulit juga. Hubungi maklumat di bawah untuk info lanjut.


LAMAN WEB : http://teja.com.my/



TELEFON : 016 963 3443

You Might Also Like

8 komen

  1. Patut la meletop kebambom loni ni rahsianya

    ReplyDelete
  2. wowww, makin cantik laa sis gee lepas ni..")

    ReplyDelete
  3. woww.. macam menarik. sy mmg tgh cari product tuk hilangkann jeragat kat muka. umur belum masuk 3 series pun jeragat dh tumbuh. xtau apa punca. tp takut serum ni x bersesuaian dgn skin sy plk :(

    ReplyDelete
  4. Wah, ramai artis guna rupanya, patut lah femes produk ni. Adik2 huda pun guna tau serum Dr Beau ni...

    ReplyDelete
  5. Sis nk try lah sbb jeragat ni mkin mnjadi2 lately ni

    ReplyDelete