DISCOVER GAMBANG

Ketahui 16 Rahsia Bukit Gambang Resort City

July 10, 2018
Gambang yang terletak di daerah Kuantan mempunyai satu daya tarikan pelancongan yang sangat besar. Kewujudan Bukit Gambang Resort City yang berkeluasan lebih 700 ekar ini merupakan satu pusat pelancongan yang serba lengkap untuk seisi keluarga. Antara pengalaman - pengalaman yang perlu diterokai di sini ialah memasuki Taman Tema Air yang terbaik di Malaysia dan juga mendekati Taman Safari yang terbesar di Malaysia.

Di entry ini Gee akan kongsikan pengalaman Gee dan keluarga menginap di Bukit Gambang Resort City selama 3 hari 2 malam dan juga eksplorasi kami sepanjang 3 hari di sini. Masih ramai yang tidak tahu, Bukit Gambang Resort City bukan hanya mempunyai Taman Tema Air semata-mata, malah lebih banyak lagi aktviti yang boleh diterokai di sini. 


1. BUKIT GAMBANG WATER PARK


Bila sebut je nak main air, anak - anak mana tak teruja. Pada mulanya mereka bayangkan main air dalam kolam renang dengan menggunakan pelampung. Sampainya di dalam Gambang Waterpark melopong semuanya apabila mereka melihat ada pelbagai jenis bentuk playground di dalam air. 

Bukit Gambang Water park mempunyai 4 bahagian utama yang menjadi tarikan para pengunjung. Bahagian pertama merupakan pintu masuk utama ke Taman Tema Air yang mempunyai kaunter jualan tiket masuk ke Taman Tema Air, jualan tiket untuk masuk ke Taman Safari dan Kedai Cenderamata.



Bahagian Kedua ialah Coco Beach yang mempunyai tempat untuk menyewa pelampung, tandas, bilik persalinan, tempat simpanan barang , surau dan juga kedai menjual makanan serta minuman. Selain itu daya tarikan terbesar di Coco Beach ini ialah Wave Pool & Lagoon ( LARGEST WAVE POOL ) kerana keseronokan berganda apabila korang akan dilambung dengan 8 jenis ombak yang berbeza. 


Penguin Island pula merupakan bahagian ketiga Bukit Gambang Water Park yang menjadi tarikan utama untuk kanak - kanak. Di sini, terdapat beberapa orang petugas keselamatan yang terlatih ditempatkan disetiap permainan agar keselamatan anak - anak terjaga. Bahagian Ketiga pula agak mencabar mainan air yang disediakan. Semestinya golongan dewasa teruja untuk mencuba 6 Lane Racer, Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide dan juga Family Raft Ride.


Sistem belian tanpa tunai di dalam Gambang Water Park ini memang terbaik. Sebaik sahaja korang membeli tiket dan diberikan wristbands, anda boleh memasukkan seberapa jumlah duit ke dalam nilai wristband anda. Nilai tersebut boleh digunakan apabila hendak membeli makanan, minuman dan juga menyewa pelampung. Duit yang digunakan akan dikembalikan sekiranya anda masih mempunyai baki yang tidak digunakan. Sangat mudah dan selamat kerana duit tunai boleh disimpan di dalam peti keselamatan. Korang boleh berseronok tanpa memikirkan keselamatan barang berharga yang perlu di bawa ke semua tempat.


ACTIVE ACADEMY


Active academy merupakan satu pusat sukan outdoors yang boleh memuatkan kira - kira 500 orang dalam satu masa yang sama. Aktiviti sukan dan rekreasi yang disediakan di sini dipimpin oleh para pekerja yang terlatih. Tidak kira datang bersama keluarga yang kecil atau satu rombongan yang besar, semestinya pengalaman di Active Academy ini akan menjanjikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya. 

Gee dan keluarga sempat juga mencuba beberapa aktivti rekreasi yang disediakan di sini. Jangan risau untuk anak - anak kecil pun ada disediakan aktiviti yang sesuai dengan umur dan ketinggian mereka. 



2. PENGALAMAN MENDEBARKAN DI MINI SKY-TRAIL


Mini sky trail ini  hanya untuk mereka yang mempunyai ketinggian 130cm ke atas sahaja. Bila dengar 'mini' semestinya ini merupakan sky trail untuk kanak - kanak yang berminat untuk mencuba. Disebabkan sky trail untuk dewasa dalam proses  baik pulih maka, kami semua yang dewasa mencuba mini sky trail ini. Nama je mini tapi gayat tetap gayat bila berjalan di atas tali itu! Haha!


Sebelum memulakan mini sky trail, kami diberi penerangan yang jelas oleh pekerja yang terlatih tentang fungsi dan cara untuk menggunakan setiap alat - alat bantuan keselamatan. Nampak macam mudah namun ianya sangat menguji tahap fokus anda untuk menghabiskan perjalanan di atas tali dengan cepat. Haha! Kalau nak tahu, Gee siap berdendang dendang di atas sana untuk tidak terlalu fikirkan perasaan takut dan gentar kerana bila kita cemas, perjalanan akan menjadi lebih sukar. 

Korang boleh pilih untuk melalui jalan jauh atau dekat. Semestinya, dari bawah terasa nak round semua check point, tapi bila nak ke sampainya ke check point pertama pun dah gigil, tak payah nak bercita - cita tinggi sangat lah Gee oi! Hahahahha! Dapat habiskan separuh pun dikira okey dan puas hati dah. Kikiki.

3. AKTIVITI MEMANAH MENGUJI TAHAP TITIK FOKUS


Sukan memanah ni sangat mudah kalau kita perhatikan. Cuba korang buat? Di Bukit Gambang Resort City, mereka menawarkan pengalaman yang baru untuk kami sendiri merasa sukan memanah ini. Jarang - jarang dapat mencuba, bila diberi peluang rasa seakan menolak tuah pula kalau tak cuba sendiri kan? 

Semua teruja apabila jurulatih mengira markah untuk mereka yang mengambil bahagian. Baru real kan? Pengalaman pertama memanah Gee di sini, markah yang Gee perolehi 35/100. Amacam? Bakat boleh digilap ke idok ye? Hahahaha!


Walaupun berat nak pegang dan tarik, tetap ku gagahi jua. Kepala kena fokus pada target. Walaupun tak dapat nak fokus disebabkan keberatan alat memanah itu sendiri tapi ada la beberapa anak panah terkena pada landasan yang sepatutnya. Ada juga beberapa anak panah tersasar ke atas rumput. Hahahahah! 

4. HILANGKAN TEKANAN KERJA DENGAN AKTVITI PAINT BALL SHOOTING


Mahu tak hilang stress, apabila kita tembak terkena pada sasaran, terasa kepuasan berganda. Walaupun semua peluru Gee takde satu pun terkena sasaran! Hahahahaha! Menariknya, anak - anak juga boleh menyertai aktiviti Paintball Target Shooting ini. Arsyad dan Amani main berapa kali entah. Seronok dapat pegang pistol! Haha!



5. MENJERIT SEKUAT HATI KETIKA DI FLYING FOX 



Dari zaman sekolah lagi, Gee ni kalau ber flying fox mesti sekali pakej dengan jeritan suara. Hadoyai perangai tak berubah! Jarak flying fox dari puncak permulaan sehingga ke bawah lebih kurang 135 meter panjangnya. Untuk ke tempat flying fox, kami akan jungle tracking lebih kurang 2 minit perjalanan. 

Dengan perasaan teruja Gee mendaki anak tangga yang tinggi menuju ke tempat permulaan flying fox. Ada juga pilihan untuk ber sky trail terlebih dahulu sebelum ber flying fox. Namun disebabkan sky trail ini dalam tempoh selenggara maka terasa lega di situ! Hahahahaha! 


Nak melangkah untuk memulakan flying fox bukan mudah untuk wanita bernama Nur Hazirah ini. Terasa seakan disuruh melompat terjun dari bangunan 3 tingkat! Tak habis - habis Sis Hawa dan Mek Yunie bagi semangat suruh Gee buat je walaupun nyaris - nyaris nak cancel terjun. Haha.   


Finally i do it baby!! Hahaha! Tapi korang tak dengar apa - apa jeritan kan team? Hahahahaha! Menangis anak Gee si Ardini tu setiap kali Gee pakai safety segala bagai tu. Siap tanya ibu sakit ke? Hahahaha! Sekian lama tak ber outdoor, rasanya hampir 10 tahun kot Gee tak buat aktiviti - aktiviti macam ni. Haha! 

Ada yang repeat 2 ke 3 round naik flying fox, al maklumlah bila peluang tu datang macam rugi tak grab kan? Bercuti sambil berekreasi hanya di Bukit Gambang Resort City!



BUKIT GAMBANG SAFARI PARK

Bukit Gambang Safari Park merupakan Taman Safari terbesar di Malaysia. Ianya mempunyai keluasan sekitar 138 ekar yang beroperasi di siang serta malam hari sehingga jam 9 malam. Jom Gee kongsikan pengalaman Gee dan keluarga di sepanjang eksplorasi kami di sini.   


6. EKSPLORASI WILD SAVANNAH DENGAN MENAIKI TRAM 



Untuk mereka yang mempunyai anak - anak kecil, korang boleh memilih untuk menaiki Tram dimana tram akan diberhentikan dan diperlahankan untuk memberi masa untuk kita melihat dan mengambil gambar. Namun, di wild savanah yang ditempatkan haiwan liar merbahaya seperti singa dan harimau, pengunjung dilarang untuk membuka tingkap tram kerana ianya memberi risiko berbahaya kepada pengunjung. 

Haiwan liar yang merbahaya ini ditempatkan di kawasan berpagar elektrik dan mempunyai 2 pintu masuk yang sangat tinggi tahap keselamatan bagi memastikan tiada haiwan ini akan terlepas. Mereka dipelihara seperti habitat semulajadi mereka so masa kami masuk, kami sendiri perlu mencari binatang - binatang ni disebalik pokok, kayu, batu atau di mana sahaja yang mungkin mereka bersembunyi.


Setiap haiwan yang ada di sini sentiasa di bawah pemeriksaan kesihatan agar keadaan dan kesihatan mereka baik. Setelah di bawa melawati Wild Savanah dengan menaiki Tram, korang juga boleh berjalan kaki mendekati pelbagai lagi jenis spesis binatang yang ada di Gambang Safari Park ini. Antaranya melihat kecomelan pelbagai spesis bear, burung, monyet dan sebagainya. 


7. PANDU SENDIRI ATV UNTUK LEBIH MENDEKATI SAFARI PARK

Ekpedisi mendekati haiwan di Wild Savanah lagi mencabar dan mengujakan sekiranya anda memilih untuk pandu sendiri ATV. Incik suami Gee sempat merasai pengalaman memandu sendiri ATV memasuki Wild Savanah dan semestinya beliau teruja bercerita tentang keseronokan itu. ( jeles tau! ) 


Untuk penunggang ATV, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan haiwan yang berpagar elektrik al maklumlah haiwan - haiwan tersebut menunggu mangsa je nak ngap! Hehehehe! Satu peringatan untuk mereka yang menaiki ATV iaitu tetap meneruskan perjalanan walau apa sahaja berlaku di depan mata. Ngeri kan? Tapi korang jangan risau, terdapat beberapa pekerja terlatih yang akan mengetuai dan mengikuti ekspedisi itu nanti.


8. 'PREDATOR INSTINCT SHOW' 


Predators Instinct Show merupakan pertunjukan daripada beberapa jenis haiwan pemangsa tanpa melibatkan bantuan daripada penjaga haiwan di sini. Pertunjukan ini memperlihatkan bagaimana habitat dan cara pemakanan mereka pada semua pengunjung. 


Antara haiwan yang menjadi tarikan utama ialah harimau, puma dan singa putih. Di Wild Savanah, anak - anak teruja mencari di mana mereka bersembunyi. Di Predator Instinct Show ini pula mereka seronok tiba - tiba haiwan - haiwan pemangsa ini beraksi di hadapan mereka.


9. MELIHAT PINTARNYA BURUNG - BURUNG DI 'WONDERFUL BIRDS SHOW'

Di Forest Arena ini di ada pertunjukan yang semestinya akan meninggalkan memori yang sangat manis buat korang dan keluarga. Wonderful birds show ini menunjukkan persembahan beberapa spesis burung yang pintar. Antara persembahan yang mencuit hati adalah melihat burung - burung ini membuat pengiraan matematik. Boleh bayangkan tak? Haha!


Selain itu, ada juga persembahan burung helang yang sangat besar! Bertambah teruja kami dan semua pengunjung apabila burung helang ini terbang pada paras kepala kami sahaja! Terkejut semua dibuatnya. Haha.



10. SERONOK MELIHAT KETERUJAAN ANAK - ANAK DI 'MULTI ANIMAL SHOW' 


Multi Animal Show merupakan pelbagai jenis pertunjukan binatang yang comel comel. Permulaan persembahan kami di surprisekan dengan deretan itik yang berjalan di tepi pentas. Macam nak pergi pasar pun ada itik - itik tu! haha. Kemudian kami di dipersembahkan Sun bear yang comel minum susu di dalam botol. Ada juga persembahan  monyet yang kuat makan! Haha. Korang mesti teruja bila tengok keseksian burung flamingo yang berderet - deret keluar untuk say hi pada semua! Sungguh pengalaman lucu yang takkan kami sekeluarga lupa. Hehe.


11. MENIKMATI WESTERN DINNER BERSAMA WHITE LION DI SIMBA HILL GOURMET HALL



Dah penat mengembara melihat pelbagai spesis haiwan di Safari Park ini, apa kata korang merasai sendiri pengalaman makan malam bersama White Lion di Simba Hill Gourmet Hall. Menu western yang disajikan memang terbaik! Ada ayam panggang, menu kambing, nasi goreng, pasta, pelbagai jenis dessert ( i vote for the choc cake! ), fruits, cocktail, dan pelbagai lagi jenis menu yang ada! Sangat banyak dan rasanya Gee bagi rating 5 stars!


Sedang kami dinner, White Lion yang masih tidur pada awalnya, bangun dan berjalan di sekitar tempatnya. Memang terbaik dan sangat rare bila dapat dinner sambil menyaksikan singa putih di dalam cermin kaca! Ada juga satu terowong kecil dibina untuk ke tempat yang lebih dekat dengan tempat si singa putih itu. Anak - anak sangat teruja bila melihat singa yang besar dengan jarak yang sangat dekat. What a wonderful experience!!!


12. MENDEKATI HAIWAN PADA WAKTU MALAM DI 'NIGHT JUNGLE'


Setelah kenyang menikmati dinner bersama singa putih, redakan perut dengan berjalan di Night Jungle untuk melihat spesis - spesis haiwan yang ada. Pengalaman ini dirasai oleh incik suami dan anak - anak Gee. Mereka bertuah sungguh bila berjalan di Night Jungle, singa putih dengan tiba - tiba mengaum dengan kuatnya! Terkejut semuanya! Haha.

Aktiviti night jungle ini tidak memakan masa yang lama. Jarak pun sangat dekat dengan tempat dinner dengan singa putih. Perjalanan di night jungle hanya 15 ke 20 minit sahaja.

13. 'AFRICAN YABARA FIRE SHOW' MEMBUATKAN KAMI TERGAMAM DAN KETAWA TANPA HENTI


African Yabara Fire Show menjanjikan kepuasan kepada korang sehinggakan korang akan ketawa tak berhenti - henti. Nama pertunjukkan api tapi cara mereka mempersembahkan sangat lucu!! Cara mereka berinteraksi dengan penonton pun unik! 


Mereka yang membuat persembahan api ini telah dilatih oleh mereka yang pakar dari luar negara. No wonder lah Gee tengok cara mereka membuat persembahan sangat yakin dan menghiburkan. Pertunjukan api ini berjalan selama 30 ke 40 minit lebih kurang. Kami semua terhibur sehinggakan dah habis show pun tak sedar. Rasa sekejap je masa. Gee bagi 10 bintang penuh!! Korang wajib tengok kalau datang ke Bukit Gambang Safari Park!

14. PERTUNJUKAN TERBAIK BAGI PENUTUP PERCUTIAN DI 'TARSAN ADVENTURE SHOW'


Di Village Arena inilah korang akan sentiasa terbayang - bayangkan si tarzan yang lucu serta penyamun - penyamun yang melawak bagai nak pecah perut dibuatnya. Pengalaman pertama Gee dan keluarga melihat pementasan Tarsan Show ini. Setiap watak berkomunikasi dengan pengunjung yang ada. Pertunjukan yang dibuat nampak sangat spontan dan semestinya ianya penutup yang terbaik untuk percutian kami di Bukit Gambang Resort City ini.


15. MANDI MANDA DI 3 JENIS KOLAM RENANG ARABIAN RESORT

Rasa tak lengkap percutian kami sekiranya tidak mencuba kemudahan kolam renang di Bukit Gambang Resort City. Kolam renang di sini ada 3 bahagian yang berbeza tahap ketinggian paras air. Walaupun dah bermandi manda di Bukit Gambang Waterpark, kalini kita cuba bermandi manda di kolam resort pula.


Uniknya, kolam renang di Bukit Gambang Resort didekorasikan seperti kita bercuti di tepi pantai. Beberapa cabbana kayu di letakkan di atas air, pasir pantai yang memutih serta size kolam yang sangat luas! Sememangnya, bercuti di sini akan memberikan pengalaman bercuti yang terbaik tidak kira pada hari cuti umum ataupun bercuti di hari minggu. 






16. PENGINAPAN YANG SELESA DI FAMILY SUITES ARABIAN RESORT



Pengalaman Gee dan keluarga menginap di family suites Arabian Resort merupakan kenangan terindah buat kami. Bila kami masuk ke bilik yang berkonsepkan apartment 2 bilik ini, suasana sangat damai dan tenang. Balkoni kami menghadap hutan yang menghijau sangat mendamaikan jiwa yang menginginkan percutian yang tenang.



Keluasan 2 bilik memberikan keselesaan yang maksima kepada kami yang mempunyai 4 orang anak kecil. Al maklumlah anak - anak tak mengira tempat nak berlari dan bermain. Haha. Seronok si Arsyad dan Amani bercuti tapi seperti mempunyai bilik privasi mereka sendiri hinggakan segala peralatan mereka di simpan di dalam bilik mereka. Haha!

Kedua - dua bilik mempunyai penghawa dingin, tandas, televisyen, almari, dan juga bantal extra! Ruang tamu yang menghadap sliding ke balkoni juga selesa dan luas! Ruang makan dan mini pantry juga lengkap dengan sinki serta cerek elektrik. 


Pengalaman selama 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City memberikan pengalaman baru serta kenangan terindah untuk kami sekeluarga. Rupa - rupanya banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang ada di sini untuk diisi bersama anak - anak. Tak perlu fikir destinasi yang jauh dan mengeluarkan belanja yang besar kerana hanya di Bukit Gambang Resort City, segala - galanya ada di sini!!

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, korang boleh layari dan hubungi pautan yang Gee sediakan di bawah ini :

LAMAN WEB : https://bgrc.com.my/



ALAMAT : 

Bukit Gambang Resort City,
26300 Gambang, Kuantan,
Pahang, Malaysia.

NO TELEFON : +609 - 548 8000

EMAIL : enquiry@bgrc.com.my


You Might Also Like

10 komen

  1. Amboi memasing memang syiok habis muka tu hehe. Padat dengan aktiviti best woooooo

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. yang part jeritan tu memang dari jauh lagi dengar..

    Bukit Gambang Resort City memang best! pergi sekali akan rasa nak pergi lagi tambah - tambah banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

    ReplyDelete
  3. Bestnya..next time k kita pergi sama2.tu lah rabia sambung belajar ni..cuti sem lah kot.bru bleh pergi.

    ReplyDelete
  4. seronok habis kat sana kan.. rs x puas..

    ReplyDelete
  5. puas hati pergi BGRC kalau macam ni!

    ReplyDelete
  6. Tu dia panjang senarai rahsia.. 16 rahsia kini telah dibuka pekungnya.. Hehe Bukit Gambang Resort City next time jumpa lagi.. Siap dah plan tarikh bila lagi nak repeat 😂

    ReplyDelete
  7. best weih ! kena ada acara tahunan ni BPT

    ReplyDelete
  8. Banyak rupanya yang boleh dilakukan di Gambang Resort nie ye..

    ReplyDelete
  9. lama sungguh aida tak ke gbrc.
    dulu pergi, 2nd part of gbrc baru nak bina.
    wajib repeat ni, sisg kan. anak-anak pun dah besar.
    lebih seronok la dgn aktiviti yg byk ni.

    ReplyDelete