Memories Aidilfitri 2018

June 27, 2018
Rasa macam tak kena je kan kalau tak simpan memories raya dalam blog. Al maklumlah, simpan dalam blog ni takkan terpadam sampai ke anak cucu selagi kita tak tekan delete. So bagus juga simpan kenangan dalam ni untuk tatapan generasi akan datang. Hihi. ( jauhnya sis gee fikir )

Raya seminggu raya sakan sungguh kami sekejap rumah mertua, sekejap rumah bonda Gee. Macam nilah kalau kahwin dengan orang dekat, jarak rumah mak dengan mertua dalam 30 ke 40 minit je! Sebab tu raya kami di mana - mana sahaja kami ada. Hahahaha!

Raya Pertama di Rumah Mertua!



Walaupun dekat, kami tetap buat sistem turn beraya kat mana dahulu. Kami fikirkan, hati orang tua mesti nak beraya pagi tu dengan anakande mereka walaupun hanya di pagi raya. So di awal perkahwinan, terus bincang raya puasa dan raya haji kita mesti buat turn. Alhamdulillah, incik suami faham kehendak Gee yang ini. Hehe.


Tahun ni lagi sekali Gee tak dapat sembahyang raya di masjid. Aqil masih kecil so dengan sayu hati tengok je mereka - mereka yang boleh sembahyang raya di masjid. Hantar wakil je tahun ni, kakak Amani dah besar so dapatlah ikut Tok Ma sembahyang raya. Arsyad pula ikut ayahnya dan Tok Abah. Bertabah je lah ibu ada anak kecil ni. Huhu.

Tahun ni mak mertua bawa Gee jenjalan ke rumah sanak saudara di Besut. Belah pagi kami beraya di sekitar jiran mertua dan rumah nenek incik suami serta saudara mara. Lepas solat jumaat, kami gerak ke Besut pula sehinggalah petang baru balik.

Raya ke Dua Bersama Bondaku pula!!



Raya ke dua padat aktiviti beraya bersama keluarga Gee pula. Dari pagi hingga ke petang mana yang sempat kami pergi, kami singgah untuk beraya. Best juga sebab boleh jumpa sepupu sepapat yang jarang - jarang boleh jumpa. Boleh dekatkan mana yang dah jauh tu. Hihi.

Raya ke 3 buat mini BBQ pulak!!



Aktviti BBQ ni dah jadi rutin wajib adik beradik Gee. Haha! Tambah - tambah kalau the one and only adik lelaki Gee balik kampung, memang dia suka sangat buat bakar bakar ayam, ikan, makan ramai-ramai. Syokkkk wooo...hihi..

Petang raya ke tiga dah balik semula ke rumah mertua untuk beraya dengan adik incik suami yang baru balik beraya. Tahun ni turn belah family isteri dia, tu yang balik raya ke tiga.

Raya ke Empat!!!



Raya ke empat sempat juga beraya di rumah kawan - kawan incik suami. Pastu kami bawa adik beradik ipar duai pergi beraya di Pantai Teluk Ketapang. Hajatnya nak bawak mereka makan sotong celup tepung tapi apakan daya keadaan dalam kedai sesak yang amat!! So buat aktiviti di sekitar pantai je. Seronok juga anak - anak boleh naik kereta kuda berhias, main playground, main dengan rabbit setelah beberapa hari asyik pergi rumah orang beraya je kan. Hehe!!


Amacam story raya Gee? Tu baru raya ke empat tau!! Kalau nak tahu seminggu raya memang Gee ke hulu ke hilir dengan kenduri kat situ, jamuan raya kat sini. Semuanya undangan dari rumah saudara mara. Rumah sendiri balik untuk tukar isi bag je. Hahahahhaha!!

Di entry ini Gee nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sedang baca entry raya ni. Maaf zahir dan batin sekiranya Gee pernah terkasar bahasa atau terguris hati. Moga kita semua sentiasa di dalam rahmat Nya. Amin.


9 comments:

  1. akak pun x blh nak p solat raya kena uruskan umh... org dtg umh pun baru kelam kabut nak iron baju... x sempat la, kita org gaji kat umh... kekeke....

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri maaf zahir batin.. pandai haaa yang kecik2 tu posing. comel kemain =)

    ReplyDelete
  3. Liez sejak ada anak dua mmg tak dpt nak g solat sunat raya..jenuhla nak kepung yang kecik tu..
    seronok dapat beraya sama2 keluargakan..Liez hari raya pertama di rumah tok, ptg sikit balik ke rumah belah suami di Ipoh sampai raya ke 5..

    ReplyDelete
  4. Meriahnya raya sis.. Mengeratkan silaturrahim dan saling kunjung mengunjungi ye.. Salam Aidilfitri sis..

    ReplyDelete
  5. meriah rayo dia..selamat hari rayo gee..:)

    ReplyDelete
  6. wahhh meriahnya raya sis gee! Sedap betul ikan bakar tu. Selamat Hari Raya Sis Gee :D

    ReplyDelete
  7. Seronok kan berkumpul dengan keluarga. Nia pun rumah family dengan mertua dekat j, ulang alik la Kita. Janji dpt Raya dgn kedua belah keluarga.

    ReplyDelete
  8. Sama la dengan saya tapi saya lagi dekat. Naik kereta 10minit dah sampai rumah mak mertua. Btw, selamat hari raya ye :)

    ReplyDelete
  9. Untung ler kg dekat2. Jimat belanja masa dan tenaga 😁

    ReplyDelete

Powered by Blogger.