Make Up Cantik Dengan CC Cream Mary Kay

June 25, 2018
Perasan tak ramai yang tergesa - gesa untuk nampak cantik tapi tak berfikir panjang untuk dapatkan kulit yang sihat terlebih dahulu. Kulit muka yang sihat akan menampilkan make up yang sekata dan juga tahap keyakinan diri yang tinggi.

Gee sendiri naik rimas dengan datangnya jerawat, parut - parut lama, serta kulit yang berminyak bila keluar dari rumah. Nak make up tutup segala cela memang boleh tapi sementara je. So untuk mendapatkan kulit yang sihat walaupun muka ber make up, Gee dapatkan produk - produk kecantikan dari MARY KAY
CC CREAM MARY KAY BUATKAN KULIT SELESA SEPANJANG HARI!!
Sebelum kita nak mulakan make up harian untuk ke tempat kerja atau keluar bersama rakan - rakan, semestinya kita nak calit dulu cream muka atau foundation sebagai basic make up. Make up ni tidak bermakna korang mesti tempek bedak sampai 4 inci dan juga warnakan mata seperti nak keluar dinner di hotel! Bagi Gee make up ni, cukuplah sekadar memakai cream muka yang boleh melindungi kulit wajah, sapu bedak dan juga make up mata yang nipis agar tidak nampak muka terlalu suram. Hehe. 

Penggunaan CC CREAM MARY KAY sangatlah jimat!! Sekali picit pada hujung jari dah boleh cover seluruh muka korang tau!! Caranya, setelah dipicit pada hujung jari, korang sapu rata je ke seluruh kulit wajah. Setelah di sapu CC Cream ni, korang boleh terus keluar rumah atau pakai bedak asas. 

Gee pakai bedak asas dari Mary Kay jugak iaitu Translucent Loose Powder. Bedak ni pun best!! Sebab korang hanya perlu dap dap dap dan ratakan ke seluruh muka untuk kesan yang sangat best selepas pemakaian cc cream tadi.

Gee ada kongsikan tutorial penggunaan CC Cream Mary Kay di You Tube :



Antara keistimewaan CC CREAM MARY KAY adalah :

** Membantu kulit yang mengalami tanda - tanda penuaan.
** Melembabkan kulit sepanjang hari tanpa rasa melekit dan berminyak.
** Mempunyai spf 15 di mana dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari.
** Menutup cela serta memelihara kulit yang berjerawat.
** Membantu masalah kulit tona yang tidak sekata.
** Membantu masalah kulit yang berparut serta kulit yang kemerahan.


Menarikkan bila pakai cc cream Mary Kay ni, kulit korang juga akan terpelihara walau di bawah sinaran matahari. Bila kulit dilindungi, barulah kulit akan sentiasa sihat dan bersih.

Terdapat 4 tona untuk CC CREAM MARY KAY ini iaitu Very Light, Light to Medium, Medium to Deep dan Deep. Gee punya Light to Medium! hehe. Korang pilih tona ni ikut warna kulit muka korang ye dan Gee suggestkan untuk kulit orang Asia, ambil tona light to medium atau medium to deep. 

Kenapa korang mesti cuba CC CREAM MARY KAY??

Sebab pakai cc cream Mary Kay kulit korang akan nampak natural je sepanjang hari tanpa rasa berminyak dan melekit! Tompok tompok pada muka pun tak de tau! Memang kulit muka nampak licin sekata je. Kalau nak ambil wuduk, cc cream Mary Kay memang mudah untuk dicuci dengan air biasa. 


Korang boleh dapatkan CC Cream Mary Kay ini daripada SIS EMA. Kalau nak dapatkan produk Mary Kay yang lain, beliau boleh juga jelaskan dengan lebih lanjut. 

WHATSAPP : 013 9800049

12 comments:

  1. wah cantik kak gee.pakai mary kay rupanya.

    ReplyDelete
  2. pewittttt comelnya nak try etek la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...wasap laju2 0139800049....

      Delete
  3. pade comey, guna mary kay rupanya..:)

    ReplyDelete
  4. comey terrr. keno tamboh dengan lipstick koho comeyyy

    ReplyDelete
  5. Patut la tgok kak gojes sokmo .hehe. Ni rahsianya ye

    ReplyDelete
  6. menariknya! saya memang tengah cari cc sekarang ni sbb tona kulit tak sekata. kebetulan betul! heheh

    ReplyDelete
  7. so far ade yang untuk pore tu je.. tak penah try yang lain2 product MK. tp review semua bagus..

    ReplyDelete
  8. Kak ayu pun pakai cc cream ni. Best 😊

    ReplyDelete
  9. Patut la Comey dia pakai MK rupanya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.