FOOD REVIEW

5 Tips Memilih Biskut Raya Kegemaran Ramai

June 02, 2018
Sekejapnya Ramadhan kali ni, tinggal lagi 2 minggu je lagi nak sambut aidilfitri. Agak - agaknya sebab anak dah ramai, aktiviti seharian sibuk menguruskan mereka, so terasa masa sangat cepat berlalu. Sembang - sembang nak dekat raya ni, korang dah prepare ke biskut raya? Ke buat sendiri kat rumah bersama anak - anak? Wah! Rajinnya korang buat sendiri. Gee pun ada terselit jugak cita - cita dan impian nak buat projek biskut raya, tapi sampai ke harini habuk biskut pun yillekk! Haha!


Kalau korang nak tahu, Gee nie hantu biskut tau! Hantu pun boleh sebab kalau pergi beli barang dapur, mesti ada je biskut yang dimasukkan ke dalam troli. Kalau pergi beraya, mata ni melilau je mencari biskut raya yang menarik untuk dicuba. Meh Gee kongsikan dengan korang beberapa Tips Memilih Biskut Raya Kegemaran Ramai. 

1. Wajib ada biskut perisa coklat

Biskut berperisa coklat ni memang ramai yang mencari - cari ketika datang beraya. Termasuklah Gee sendiri! Hehe. Golongan si cilik pun semestinya suka biskut berwarna coklat berbanding biskut berwarna kuning!! Nak biskut raya korang laris? Sila hidangkan biskut ala - ala chipsmore, biskut almond london, atau pun tart coklat cadbury yang viral sekarang ni!

2. Cantik Luar dan Dalam

Korang jangan ingat manusia aje nak cantik luar dan dalam. Biskut pun mesti nak nampak cantik dan kemas di luar. Hiasan yang menarik akan membuatkan tetamu yang datang terasa nak menjamah biskut korang. Kalau dah cantik hiasannya, rasa biskut tu mestilah rasa yang wow!! Biar tetamu makan tak berhenti baru syok raya! Hahaha!

3. Pilih biskut yang berkualiti

Ramai juga yang tertipu dengan kualiti biskut ni. Nak tahu kualitinya bagus ke tidak, mestilah korang kena rasa. Ramai yang terpedaya dengan harga biskut yang murah tapi bila biskut korang tak laku, cakap tetamu sombong tak sentuh biskut yang korang hidang. Ada juga biskut mahal tapi rasa macam biskut raya tahun lepas. Hahahaha! Nak selamat, sila minta tester terlebih dahulu sebelum korang order dalam kuantiti yang banyak.

4. Beli biskut yang baru dibuat 

Fresh from the oven! Kalau biskut yang dah berbulan - bulan dibuat risau juga nanti akan mempengaruhi rasa. Korang cuba periksa dulu tarikh biskut itu dibuat dan bila tarikh luputnya. Kang ada yang makan biskut lemau di pagi raya. Haha!

5. DAPATKAN BISKUT RAYA FRESH FROM THE OVEN DARIPADA BLOGGER HUDA HALID!!

Dalam pada tengah duk mencari - cari tu ternampak Blogger Huda Halid ada post pasal biskut raya ni. Dah lah biskut yang memang Gee nak sangat iaitu coklat chips dan biskut viral kekacang tuh. Haa apa nak tunggu lagi? Terus Gee pm tepi beliau. Lagi pun dia duk area Kuala Terengganu ni jugak. So mudah juga nanti nak buat urusan COD dengan beliau. 

Ada 2 pilihan biskut yang Huda sendiri buat. Ya!! Homemade punya cookies ni tau! Di bakar dengan penuh kasih sayang gitewww....

GOLDEN ALMOND CRUNCHY


Sangat mewah dengan kekacang!! Pertama kali Gee makan, ingat nak try satu je. Tapi!! Lepas satu - satu ku habiskan! Hahahhah! Boleh buat snek sambil layan movie! Incik suami Gee bukan penggemar kacang. So Gee suruh dia ambil satu rasa. Hmmm seperti yang ku sangka, dia boleh komen sedap pastu ambil lagi dan lagi! Hahahhaha!


Rasa Golden Almond Crunchy tidak terlalu manis jadikan rasa kacang dia sangat penuh rasa! Serius kalau korang nak order, sila order minima 2 bekas sebab satu untuk bulan puasa, lagi satu untuk pagi raya. Tapi petang raya dah habis! Sebab memang sedap gila! haha!


BISKUT CHOCOLATE CHIP



Biskut ni wajib ada di dalam pilihan biskut raya korang! Tapi kebanyakan yang jual harga sangat mahal! Alasan mereka, bahan - bahan yang digunakan merupakan bahan premium so tak dapat lah nak pertikaikan! TAPI!! Dengan biskut chocolate chip Huda ni, seketul korang makan, korang akan rasa nak makan lagi berketul - ketul!

Chocolate chip tu rasa tau sebiji - sebiji! Biskut pulak tak hancur dan rasa coklat tu rasa seperti coklat yang mahal. Peliknya harganya sangat murah!! Ni merupakan favourite anak - anak Gee. Seronok kalau biskut raya murah dan sedap ni kan? Baru syokkk raya!


SEDAP KE????

Serius sedap gila biskut raya Huda ni. Tu je testimonial jujur Gee yang perlu korang tahu! Hahahahah! Tak sabar nak share di blog tahap kesedapan biskut ni. Al kisahnya Gee memang tercari - cari biskut untuk raya kali nie. Rancangnya nak beli sekali untuk rumah bonda dan juga bonda mertua. Tapi duk fikir - fikir nak beli kat pasaraya ke nak beli dengan online shop. Finally, jumpa biskut raya yang SEDAP DAN MURAH!!!! 

HARGA :

GOLDEN ALMOND CRUNCHY : RM 20

BISKUT CHOCOLATE CHIPS : RM 15

Sangat murah kan???

Korang nak order tak?? Sengaja Gee share harini sebab last Huda ambil order ialah HARI ESOK!!! ( 3 JUN 2018 ). Dah pi cepat - cepat terjah details kat bawah ni untuk order wokeh!! 

BLOG : http://www.ceritahuda.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/hudahalid212

WHATSAPP : 011 5104 4632

You Might Also Like

10 komen

  1. yesssss wajib ada yang coklat! sha kalau pi rumah sapa sapa mesti cari almond london hahahaha dan jarang sangat ada :3

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. mmg suka biskut raya yg ada byk coklat..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Wajib ada coklat.krup krap krup krap kan.sedapnya.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa yang almond crunchy tu. Fav Mai biskut arab, tat nenas, & cornflakes madu. Ada yang ni boleh lupa diri kot makan kt rumah orang. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. sedapnyo laaaa... tart cadbury terrr

    ReplyDelete
  6. tgok ni x pasti tak sbq nk raya atau x sbq nk makan kueh.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Yang Chocolate chip tu nampak menarik ! Sedap je

    ReplyDelete
  8. sedap nampak Golden Almond Crunchy tu....

    ReplyDelete
  9. Biskut coklat cip tu, mengancam betul..

    ReplyDelete