Santai Petang di Pantai Teluk Ketapang

by - May 16, 2018

Mencari tempat riadah terbaik bersama keluarga dan anak-anak?First time datang melancong ke Kuala Terengganu dan buntu nak bawa family jalan-jalan? Haaaaa meh sini baca entry Gee kali ni nak share tempat best beriadah, bersantai dan melepak dengan family dan juga kawan-kawan. 


Pantai Teluk Ketapang yang berdekatan dengan Airport merupakan tempat yang paling happening di hujung minggu. Tak kira orang luar mahupun orang tempatan macam Gee sendiri, memang suka ke Pantai Teluk Ketapang ni. Ada pelbagai agenda tau korang boleh buat kat sini. Jangan terkejut pulak kalau musim cuti sekolah jalan area Pantai Teluk Ketapang ni memang jem! 


Pertamanya, korang kena merasa makan sotong celup tepung ganu style! Ni menu wajib! Ada banyak kedai kat tepi tepi pantai ni cumanya Gee biasa makan di kedai kedua sebelah pagar airport. Yang viral kedai Pok Nong kan? Tapi kat situ crowded gila dan tak sesuai lah ngan Gee yang anak berderet ni. Hehe. Lagi korang kena order ikan celup tepung, udang celup tepung, dan semualah yang dicelup tepung! Haha! Untuk minuman, mestilah minum air kelapa buah, air batu campur (abc) atau air batu jagung (abj). 


Dah penuh perut tu, bolehlah buat aktiviti riadah dengan anak-anak. Yang mesti korang cuba berkuda atau menaiki kereta kuda berhias atau keduanya sekali. Kali ni Gee pergi, Amani je nak naik kuda. Harga untuk kuda kecil RM 3 sorang kanak-kanak. Kalau naik 2 orang harganya RM 5.. Harga kuda besar pula RM 5 untuk  sorang kanak-kanak dan RM 8 untuk dewasa. Murah kan? Memang berbaloi bagi anak-anak merasa sebab berkuda ni salah satu terapi juga tau untuk perkembangan anak-anak. Hehe. 

Anas in action! ( my anak sedare. hihi )

Lagi, anak-anak pun boleh main playground. Tapi ada aktiviti lagi best dan jarang dapat anak-anak main! Anak-anak korang mesti teruja bila dapat bermain, bergambar dan bagi si comel arnab makan! Masuk dalam tempat arnab di lepaskan tu hanya bayar RM 2. Nanti dapat bagi arnab tu makan, belai-belai, kejar-kejar. Hahahahaha! 


Ada banyakkk lagi aktiviti yang korang boleh lakukan di Pantai Teluk Ketapang ni. Seronok juga tengok ada yang berkelah, main layang-layang.. Nanti boleh repeat buat aktiviti lain pulak. Hehe.

Ardini..Arsyad..Aqil..Anas..Amani..
Tak cukup korum balik pru baru-baru ni.. Lagi 2 family adik-adik Gee tak balik Ganu. Kalau balik, ada lagi 2 orang anak sedara Ariana dan Aira..

Korang pernah datang Pantai Teluk Ketapang? Amacam best tak?

You May Also Like

8 komen

  1. huwaa..kat umah sewa lama kita tu..ptg2 sokmo bos belanja sotong clup tepung pok nong..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yee...ish bakpo masa tu kita dok kenal..mesti cik nor belanje gee sokmo tiap weekend..hahahahaha

      Delete
  2. seronok dapat jenjalan kt pantai. i love it

    ReplyDelete
  3. bestnyaa makan ikan celup tepung..

    ReplyDelete
  4. mek pernah g teluk ketapang ni. memang sesuai untuk kita kita yang mals nk berseerabut dengn orang ramai. tapi kat teluk ketapang bukan lah tkdp orang cuma tk 'glewat' gituuu. celup tepung dia pun buleh diterima tekok. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Ehh ira perasan kalau kat igstory tu kak gee macam selalu main area gong badak. Rumah baru kak gee dekat2 area sini ke?

    ReplyDelete