Resipi Ayam Percik Mudah

May 21, 2018
Menu ayam percik antara menu yang hot kat Bazar Ramadhan kan? Tapi harga Gee tak pasti sebab dah lama tak pergi bazar. Al maklumlah anak - anak kecik akak berderet dik, kalau pergi bazar berhimpit - himpit macam tak sanggup je. Haha.

Menu berbuka dan sahur Gee dan family pada 4 Ramadhan adalah Nasi putih + Ayam Percik + Paprik Sotong dan Sayur + Air Tebu. Meh Gee kongsikan cara Gee masak AYAM PERCIK MUDAH kat sini. Masakan Gee semuanya simple dimple sebab anak - anak ramai, so nak bersilat kat dapur tak boleh lama - lama sangat. Hehe 


AYAM PERCIK

BAHAN - BAHANNYA :

1. 8 ketul ayam.
2. Garam dan Kunyit ( untuk ayam panggang )
3. 8 ulas bawang merah.
4. 5 ulas bawang putih.
5. Halia.
6. Kunyit.
7. 4 batang serai.
8. Santan 1 kotak.
9. Asam keping.

CARA - CARANYA :

PANGGANG AYAM TERLEBIH DAHULU

1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian panggang ikut cara masing - masing. Nak guna kuali ajaib ke, kuali hitam ke, kuali terbang ke tak kisah lah, asalkan korang kena paham konsep panggang macam mana wokeh! Hehe.
Ayam Panggang dalam proses nak bagi garing sket. Hehe.
MULA BUAT KUAH PERCIK

2. Blend bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan 2 batang serai.

Bahan Blend
3. Tumiskan 2 batang serai. Kemudian, masukkan bahan blend tadi. ( tak nak tumis pun takpe )

4. Dah masak bahan blend tadi, terus masukkan santan sekotak.

5. Isikan air penuhkan kotak santan tadi. Air tak perlu banyak sangat ye sebab nanti kuah lambat nak memekat. Hehe.

6. Masukkan asam keping, garam, gula dan perasa.

7. Masak dan kacau sehingga pekat mengikut yang korang nak.

8. Siap. Sedia untuk dicuahkan ke atas ayam panggang tadi.

Mudahkan? Ada banyak cara masakan percik ni sebenarnya. Ada yang guna rempah ratus, ada yang panggang ayam setelah ayam dimasak bersama kuah dan macam - macam cara lagi.

Tak kisah cara yang macam mana pun, asalkan ianya memudahkan korang semua. hehe.

Selamat mencuba!!

10 comments:

  1. oo gitu. ak igtkan buat kuah pahtu letok ayam dalam kuoh percik tu. ahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  2. cik ash pun pernah buat ayam percik cara lebih kurangjer sama hihihi

    ReplyDelete
  3. senang je kan sebenarnya hahhaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya ayam percik! fevret busyra niii

    ReplyDelete
  5. sedap ni... tapi tak berapa nak rajin buatnya.. beli je... hihihi...

    ReplyDelete
  6. Macam menarik je. Boleh try buat, bahan pun mudah2 ni bahan asas dapur jeee

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. favorite dulu-dulu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.