HOLIDAY

Pengalaman Menaiki Glass Bottom Gondola di Sky Cab, Langkawi

May 04, 2018
Lagi tempat menarik di Langkawi yang Gee nak kongsikan di blog Sis Gee ini. Bila ada blog, rugi tak simpan kenangan-kenangan holiday dalam ni kan? Boleh buat rujukan untuk mereka yang merancang nak ho ho holiday di Langkawi dan juga untuk tatapan anak-anak nanti. Hehe. 

Siapa sukakan alam semulajadi silalah datang ke sini, Sky Cab Langkawi. Sky Cab Langkawi terletak di  Oriental Village, Burau Bay, Langkawi. Tapak stesen Sky Cab ni terletak di kaki Gunung Machincang. Daripada kaki gunung kita akan dibawa ke puncak Gunung Machincang dengan menaiki kereta kabel. Pemandangan hutan yang berusia 550 juta tahun akan memukau pandangan korang di tambah dengan pemandangan indah lautan serta pulau-pulau yang kelihatan. 


Pengalaman pertama ke SKY CAB LANGKAWI!

Semestinya ini merupakan pengalaman pertama Gee dan juga keluarga ke sini. Bertambah seronok pengalaman pertama kami ini apabila keluarga Sis Hawa pun ada bersama. Untuk pengetahuan korang, Sky Cab Langkawi di buka secara rasmi pada 1 November 2002 di mana tempoh kerja untuk membina Sky Cab ini hanya mengambil tempoh masa 1 tahun 6 bulan sahaja. 

Jarak perjalanan :

* 12 km dari Airport / 17 minit dengan kereta.
* 18 km dari Cenang / 24 minit dengan kereta.
* 29 km dari Pekan Kuah / 34 minit dengan kereta.


Sky Cab Langkawi terbahagi kepada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Base station adalah di kaki Gunung Machincang. Perjalanan dari Base Station hingga ke Middle Station adalah sepanjang 1700 meter dan paras ketinggian Middle Station pula adalah 650 meter dari aras laut. Kalau korang nak tahu, panjang kabel dari Base Station hingga ke Top Station adalah 4400 meter panjangnya. 

Di Base Station, setelah selesai urusan pembelian tiket dan juga group photo ( wajib! ), tentunya anak - anak semakin teruja untuk mengalami pengalaman pertama menaiki kereta kabel. Satu gondola dapat memuatkan 6 orang ( 480 kg ) kecuali VIP gondola hanya boleh memuatkan 3 orang sahaja. 


Layanan istimewa untuk berkerusi roda

Ya! Untuk pengunjung yang berkerusi roda, akan ada pekerja Sky Cab akan membantu serta gondola  akan diperlahankan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada mereka. Mereka yang berkerusi roda tidak digalakkan untuk berhenti di Middle Station kerana di Middle Station tidak terdapat kemudahan yang sesuai. Maka, mereka akan terus ke Top Station di mana di Top Station, mereka boleh pergi ke Sky Boutique dan Sky Bistro. 

Perjalanan ke Top Station
Memandangkan keluarga kami agak besar, maka Gee dan family menaiki gondola yang berbeza dengan Sis hawa dan keluarga. Kami mengambil pakej 'express lane' di mana waktu menunggu untuk menaiki gondola tidak terlalu lama. Al maklumlah anak-anak Gee dan Sis Hawa ni kecil-keci lagi, maka sangat berbaloi untuk mengambil pakej 'express lane' ni. Untuk dapatkan keistimewaan 'express lane' ni, korang perlu tambah bayaran RM50 sahaja. Masa menunggu dapat dijimatkan dan ragam anak-anak kita dapat kawal. Memang berbaloi!

Big family!!
Terdapat 3 pilihan gondola yang boleh kita pilih dengan tawaran harga pakej yang berbeza.

1. Normal Gondola : Boleh memuatkan 6 orang ( 480kg ). Keseluruhannya terdapat 35 unit gondola biasa ini.

Harga RM 40 ( dewasa ) RM 30 ( kanak-kanak )

2. Bottom Glass Gondola : Boleh memuatkan 6 orang. Dapat melihat keseluruhan panorama 360 darjah!! Korang akan dapat  'express lane' dengan pilihan gondola ini.

Harga RM 105 ( dewasa / kanak-kanak ) 

3. VIP Gondola : Boleh memuatkan 3 orang sahaja. Antara keistimewaannya 'express lane', dan refreshment di Sky Bistro. Sambil menikmati view, korang boleh dengar alunan muzik juga di dalam gondola!

Harga RM 550 per gondola


Tunggu!!! Harga di atas bukan harga cable car je tau!! Sekali pakej dah korang boleh masuk Sky Cab, Sky Dome, Sky Rex dan 3D Art Museum!!! Tunggu next entry Gee share pengalaman di 3D Art Museum wokeh!

Panas tapi angin sejuk sepoi sepoi bahasa! Ceeewahhh! Thank you kids for this awesome pose and coorporation!! Hahaha!
Dari Base Station hingga ke Top Station kami menaiki gondola biasa. Sampai di Top terasa sejuk je angin walaupun cuaca ketika itu sangat panas!!! Korang pun sedia maklum kan cuaca di utara memang panas. So jangan lupa standby air mineral dan juga sunglasses! ( self reminder kalau repeat lagi lepas ni )

Pemandangan Pulau Langkawi di belakang pengunjung itu. hehe.
Peringatan untuk semua!! Kalau ternampak monyet, jangan di bagi makanan pulak ye!! Sebab nanti akan makin meriah kehadiran geng-geng mereka nak jamu makanan korang. Hahahaha!


Pemandangan SKY BRIDGE dari Top Station
Dah sampai di Top Station, takkan nak tengok saja Sky Bridge kan? Sky Bridge diiktiraf sebagai The Longest Free Span and Curved Bridge In The World. Syoknya Sky Bridge kita berada di tengah - tengah jambatan tu. Gayat? Haa memang ada je pengunjung yang gayat tau dari dalam cable car sehingga ke Sky Bridge ni. Siap tour guide bagitahu ada yang pengsan! Tapi, they make it walaupon gayat! Salute lah!

Ada beberapa petak cermin di Sky Bridge. Shoes off kalau nak pijak cermin tu.

Korang boleh BACA SINI untuk lebih info Sky Bridge.

Nak ke Sky Bridge, korang boleh pilih nak menaiki Sky Glide atau meneroka sendiri berjalan kaki di laluan yang disediakan. Kalau mereka bersama anak-anak kecil dan warga tua, Gee sarankan korang naik je Sky Glide ni. Tiket Sky Glide hanya boleh di beli di Top Station sahaja. 

Menunggu Sky Glide
Sky Glide ni macam lift bergerak gitu untuk kita ke Sky Bridge. Dah sampai ke Sky Bridge, bertambah seronok bila dapat berjalan di atas jambatan dan melihat pemandangan hutan, laut dan juga kepulauan yang ada termasuk juga kepulauan Thailand. Dah habis berjalan di Sky Bridge korang kena naik Sky Glide semula untuk ke Top Station balik. Di Top Station ada Sky Bistro dan juga Sky Boutique. So bolehlah nak melepak minum - minum dan membeli apa-apa yang berkenan di Sky Boutique! 

Panas merelit posing di Sky Bridge
Bertuahnya kami bila tour guide memberi kami merasa sendiri pengalaman menaiki Glass Bottom Gondola untuk perjalanan balik dari Top Station ke Base Station. Glass Bottom Gondola ni tak banyak tau so siapa-siapa ambil pakej glass bottom gondola memang akan dapat 'Express Lane'.

Aqil asyik tengok bawah je! Haha
Semestinya pengalaman menaiki Glass Bottom Gondola sangat berbeza! Korang akan dapat view lagi cantik hutan-hutan belantara kat bawah tu. Anak-anak ada juga sebut, tak pecah ke ibu? Hahahahah! 

Paling best bila kami nak menuruni dari Top Station yang agak curam. Terasa seperti naik roller coaster pulak!! Tak caya sila masukkan dalam list travel korang wokeh!! Haha!


Setelah sampai di Base Station, kami teruskan explore ke 3D Art Museum. Tapi tunggu next entry pulak wokeh!! 

Untuk sebarang pertanyaan dan info berkenaan Sky Cab Langkawi ini, korang boleh hubungi :



TELEFON : 04 959 4225

You Might Also Like

13 komen

  1. sha naik yang biasatu je masa pi langkawi haritu. yang skyrex tu takmasuk sebab tak dibuka haritu. so kitaorang masuk 6d museum hahaha best!

    ReplyDelete
  2. wah... menariknya pengalaman kat atas tu seram sejuk kalau akak naik.... hehehe.... dh tua ntah nape la jd gayat.... harganya sgt berbaloi 3 in 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis hawa gayat! but she did it!! tak seram mana bila tengok view cantekkk...pasni kita repeat sekali eh!

      Delete
  3. mak aiiii gayatnya kalau naik glass bottom gondola tu sis gee!

    ReplyDelete
  4. Menariknya. Ciksue blom berkesempatan naik haritu sebab cuti sekolah orang ramai berbaris panjang. Tak sanggup tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!! kena ambil fast lane tak nak tunggu lama!kalau ada baby or kiddos sangat berbaloi..

      Delete
  5. lama tak pergi langkawi nii..bila nak sampai sana lagi nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. next trip kita pergi ramai- ramai!!mesti besttt

      Delete
  6. rabia pernah pergi langkawi.biasanya suka beli coklat daim

    ReplyDelete
    Replies
    1. daim dan kisses wajib beli kalau ke Langkawi!

      Delete
  7. ya allah, kalu ak ni gee, gayattttttt

    ReplyDelete