FOOD REVIEW

My Nasi Kandar Kuala Terengganu

May 19, 2018
Ada penggemar nasi kandar tak? Gee pandai makan nasi kandar ni ketika belajar di Kedah suatu ketika dahulu. Lauk nasi kandar Gee sangat simple dengan ayam goreng seketul, sayur kobis kuning dan kuah campur. Perghhhhh menjilat jari u ols!!

Setelah sekian lama, beberapa tahun tak pekena nasi kandar, finally Gee jumpa nasi kandar yang boleh mengubati rinduku iaitu RESTORAN MY NASI KANDAR KUALA TERENGGANU.  My Nasi Kandar terletak di Mydin Mall Gong Badak yang berdekatan dengan Dataran Austin. Kalau korang nak tahu, bukan Gee dan family je tau datang makan kat sini, tapi Gee ditemani blogger Huda dan family juga pada petang tersebut. Rupa - rupanya Huda dah biasa lepak di My Nasi Kandar ni!! Kata dia nasi kandar kat sini memang sedap! Kenapalah aku lambat sangatttt tahu semua ni??! Hahahahaha!

BACA REVIEW HUDA << DI SINI >>

Bersama Huda di Hadapan My Nasi Kandar
Sebelum Gee melepaskan rindu pada nasi kandar, semestinya nak kena melayan anak - anak terlebih dahulu. Diaorang dah teruja tengok pelbagai menu yang dipamerkan. Owh!! Patutlah mereka teruja sebab ini merupakan kali pertama diaorang masuk ke Restoran Nasi Kandar. Al maklumlah di Terengganu ni tak banyak restoran mamak style ni dan kalau ada pun Gee dan incik suami risau nak mencuba takut tak menepati selera. 



Deretan lauk pauk ada!! Nama pun restoran nasi kandar, kalau takde lauk kari memang tak lah kan!! Segala jenis kari ada!! Kari kambing, ayam, daging, sotong... Tak suka makan lauk kari korang boleh pilih masak kicap, masak merah serta gulai mamak style. Haha! Kalau Gee, Gee suka kuah campur. 

Paling win Ayam Goreng My Nasi Kandar!! Tak tahu apa resipinya tapi ayam goreng dia sangat crunchy, berempah dan sedap!! Aqil dan Ardini ratah ayam goreng tu je. Minta dia potong kecik - kecik sebab seketul ayam tu sangat besar! Haha!


Gee perasan ramai juga yang order roti canai di My Nasi Kandar ni. Amani  dan Arsyad pun sama order roti canai telur dan roti canai kosong. Ada lagi menu seperti roti boom, roti tisu, tosai, roti nan dan macam - macam lagi lah ada!

Enjoying their 'roti canai'..
Ada lagi menu special kat sini iaitu ayam tandoori!! Ayam tandoori biasanya pelanggan order bersama roti nan tapi kalau nak makan ayam tandoori sahaja pon sodap!! Ratah - ratah je sampai kenyang! Haha!


Untuk minuman, ada pelbagai pilihan bermula dengan air biasa, jus buah-buahan, air batu campur, serta ice blended. Anak - anak sampai tak tahu nak air buah apa memandangkan mereka tu memang penggemar buah - buahan. Haha!


Apa menu yang Sis Gee makan kat sini?


Kalau ikutkan nafsu makan, semuanya nak rasa! Namun harus diutamakan dahulu kehendak yang sudah lama terpendam iaitu NASI KANDAR!! Yeszaaa...Tak sangka incik suami pun sama! Tapi lauk dia lain sikit al maklumlah Gee ni penggemar ayam goreng manakala incik suami pantang jumpa menu kambing. Hahaha!

Pilihan lauk incik suami, Kari Kambing!!
Lama dah mengidam lauk ni! Haha!
Lamb Shank Curry!!


Rojak Ganu Style!! Sedap jugak sebab ada isi ayam goreng crunchy. Hehe.
Amacam? Tertarik menarik kedeboom tak? Teringin nak repeat lagi ni! Sedap!! Anak - anak pun suka!! Owh sebut anak - anak ni kan, menariknya My Nasi Kandar bersebelahan dengan playground Mydin Mall. Nak makan sebelah playground pun boleh! Anak - anak boleh beraktiviti while mak bapak ngedate sambil makan nasi kandar! Hehehe. 


SENARAI CAWANGAN MY NASI KANDAR :

1. My Nasi Kandar di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Terengganu



2. My Nasi Kandar di Mydin Mall Meru Jaya, Ipoh, Perak



 3. My Nasi Kandar di Seremban, Negeri Sembilan




4. My Nasi Kandar di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor


Korang suka nasi kandar tak? Yang belum cuba silalah pergi ke My Nasi Kandar yang berhampiran dengan korang untuk berbuka dan juga sahur. Selamat mencuba!! Hehe



You Might Also Like

6 komen

  1. Sedap yer nasi kandar! Nnt kita makan lagi yer. 😋

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Tertengok pula entry ini.. kikiki.. Tapi lama tak makan nasi kandar..

    ReplyDelete
  3. weih sedap !! nnt bwk mek g mkn sini. hahah. i like curry nii

    ReplyDelete
  4. busyra kalau ke mamak suka order tandoori.. tp nasi kandar pun sdap jgkk.. hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pun nak try makan sini selalunya lalu je hehehe

    ReplyDelete