HOLIDAY

Ketahui Tips Menarik di 3D Art Museum Langkawi

May 25, 2018
Kalau sebut Muzium mesti ramai yang fikir boringnyaaa, takde tempat lain ke nak pergi?? Sejujurnya, Gee pun fikir macam tu jugak! Haha! Tapi bila sebut 3D Art Museum, terasa tak sabar pulak nak pergi tengok apa yang best sangat tentang 3d art tu?


3D ART MUSEUM LANGKAWI terletak di Oriental Village, Burau Bay Langkawi. Harga tiket untuk masuk ke 3D Art Museum ini Gee beli sekaligus dengan pakej Sky Cab. Boleh baca sini pengalaman Gee di Sky Cab dan juga maklumat harga << CLICK SINI >>

Main entrance pun siap dengan lukisan 3D.
Terdapat 9 zon yang berbeza tema di sini. Maksudnya, setiap zon akan dipamerkan lukisan mengikut tema tertentu. 9 zon ini adalah Optical Illusion Zone, Aquarium Zone, Safari Zone, Interactive Zone 1, Interactive Zone 2, Fantasy Zone, Classic Zone, Main Hall Zone, Malaysia Zone and 3D Mapping. 


Setiap gambar ada ditandakan tempat untuk jurugambar berdiri so gambar akan nampak real dan penuh! Ramai yang tak perasan point untuk jurugambar ni sebab ianya ada di atas lantai. So siapa - siapa merancang nak ke 3D Art Museum Langkawi sila alert ye. Hehe.


PENGIKTIRAFAN 3D ART MUSEUM LANGKAWI  DARI "THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS "

>> The Largest 3D Art Museum in Malaysia 
>> The Biggest 3D Mural in Malaysia
>> The Biggest Indoor Projection Mapping In Malaysia



Untuk pengetahuan korang, lukisan yang ada di sini di lukis oleh pelukis warga emas yang berusia lingkungan umur 60 tahun, 70 tahun.... Korang bayangkan lukisan di sini ada lebih 100 lukisan tau dan ianya dilukis oleh mereka yang sebaya atuk - atuk kita.. Haaa rasa macam wowww sangat kan? Kebanyakan dari pelukis ini datangnya dari Korea dan ada juga beberapa pelukis dari Malaysia. 



Nak merangkak, baring, lari semua boleh di sini!! Cuma yang berlari tu anak - anak kecil macam Aqil dan Ardini bersama ibunya Sis Gee ni lah. Hahahahah! Al maklumlah kawasan luas dan ada pelbagai aksi pengunjung yang datang untuk bergambar, so anak - anak kecik ni kena jaga betul - betul takut kang termasuk dalam frame gambar orang lain! 

Bila tengok lukisan air di atas lantai, diaorang buat - buat berenang, bila tengok pakcik merangkak bergambar, diaorang sama naik merangkak! Anak oh anak! Bahagia sungguh korang ye!



Si ayahnya duk seronok ambil gambar si kakak yang sangat teruja nak posing di semua gambar! Tapi banyak juga kena skip sebab gambar banyak gila kot!! Dan semua gambar yang Gee share ni hasil dari bapaknya kecuali gmbar beliau sendiri, tu je yang Gee snap. Hehe.




Cara bergambar nak bagi nampak real korang kena apply bakat lakonan korang yang dah lama terpendam tu! Hahahahaha! Korang kena buat muka terkejut, ketawa, excited, dan sebagainya untuk menjadikan hasil gambar tu seiring dengan tema lukisan. 


TIPS PENTING MASUK KE 3D ART MUSEUM LANGKAWI

Gee nak kongsikan tips penting yang Gee rasa sangat berguna untuk mereka yang merancang untuk datang ke 3D Art Museum Langkawi ni.

1. Mulakan aktiviti di Sky Cab terlebih dahulu, barulah ke 3D Art Museum. Ni kerana ramai pengunjung terlepas banyak sangat lukisan yang unik kerana tergesa - gesa untuk menaiki cable car. 

2. Penuhkan perut anak - anak sekiranya mereka lapar setelah menaiki cable car. 

3. Pastikan bateri phone penuh.

4. Sekurang - kurang mesti datang berdua so nanti akan ada orang yang tolong ambilkan gambar. hehe.

5. Pakai stokin sebab nanti lagi cantik nampak dalam gambar. Sebab kasut kena tinggalkan kat luar. 


Gee sarankan masukkan 3D Art Museum Langkawi ke dalam senarai tempat mesti pergi di Langkawi. Untuk sebarang info dan juga pertanyaan korang boleh hubungi mereka melalui :



EMAIL : info@3dlangkawi.com.my

TELEFON : 013-509 1209


You Might Also Like

7 komen

  1. LZ belum pernah masuk ke 3D Art Museum Langkawi, mungkin next time..
    Post Sis Gee akan LZ jadikan panduan, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tapi belum ada rezeki ke sini .. ☺

    ReplyDelete
  3. ala comel-comelnya aksi diorg ni... hehe.... syok tgk gambar

    ReplyDelete
  4. seronok tempat ni dapat bergambar macam-macam aksi.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. sronoknya !!! nnt lain kali pulak mek p

    ReplyDelete
  6. Tak pernah masuk lagi muzium macam nie.. Memang seronok berlakon dan bergambar.. Barulah gambar nampak ohsem..

    ReplyDelete