Home Spa Rambut Buat Kat Rumah Je

May 22, 2018
Siapalah yang tak suka pergi SPA rambut kan? SPA rambut memang bagus sebenarnya untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut. Ianya sangat penting tau walaupun rambut kita ditutupi dengan tudung. 

TAPI, pergi ke SPA rambut banyak yang harus difikirkan seperti kos SPA yang agak mahal, masa yang perlu diperuntukkan, SPA yang selesa dan pelbagai lagi. Al maklumlah sekarang ni dah dekat nak raya, jangan nak cantik punya pasal, nanti bajet untuk duit raya pula takde. Hehehehe.


Kenapa perempuan memerlukan SPA rambut? Ianya adalah untuk memberikan kesihatan pada kulit rambut, mengawal masalah rambut gugur, mengawal masalah kelemumur, memberikan tekstur rambut yang sihat serta menyegarkan kulit kepala. 

Antara masalah rambut yang Gee alami sekarang adalah masalah rambut gugur. Orang tua - tua kata apabila ibu menyusu, rambut akan keguguran. Eh fakta ke auta tu? Haaaa...Sebelum nak pasrah dengan petua orang lama, baik kita ikhtiar dulu jalan penyelesaiannya. Hehe. Maka, setelah membaca testimonial satu produk rambut ni, Gee terpanggil untuk mencuba. Tak salah nak mencuba lagi pula produk rambut ini menggunakan bahan - bahan semulajadi je so takde lah nak risau bagi kesan tak elok pada rambut. 


Memperkenalkan SENMY SHAMPOO PATI HALIA yang diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuh - tumbuhan serta selamat digunakan pada kanak - kanak dan ibu yang hamil. Bau Senmy shampoo ni sangat menyegarkan dan terasa seperti membuat spa di rumah. Hehe. 


Antara bahan yang terkandung di dalam Senmy Shampoo dan kebaikannya :

1. Halia Mentah 
** Mengurangkan kelemumur.
** Menggalakkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala.

2. Lemon
** Menguatkan rambut dari akarnya.
** Mengatasi masalah rambut gugur.
** Rambut lebih lurus dan berkilau.
** Menghilangkan sel kulit mati pada kulit kepala.

3. Macadamia Intergrifolia Seed Oil
** Mencegah rambut daripada kering.
** Mencegah kerosakan pada rambut.

4. Daun Salam
** Membolehkan rambut dicuci dengan bersih.
** Mengandungi vitamin A dan C.
Bahan - bahan yang terkandung di dalam Senmy Shampoo ini sangat bagus untuk merawat masalah - masalah rambut seperti rambut kering, rambut mudah kusut, hujung rambut yang kasar dan juga masalah rambut bercabang.



Dah siap rambut di basuh dengan bersih, semestinya conditioner sangat memainkan peranannya. Perkenalkan Senmy Masker yang sangat akan membuatkan rambut korang :

>>> Lembab sepanjang hari.
>>> Rambut menjadi lembut dan licin.
>>> Rambut jadi lebih berkilau.
>>> Rambut semakin mudah untuk diuruskan.


Cara Penggunaan Senmy Shampoo dan Conditioner 

Cara penggunaannya tak rumit pun. Letakkan sedikit shampoo dan sedikit air. Kemudian mula membasuh rambut dengan shampoo tadi. Sambil - sambil tu gosokkan sekali kulit kepala supaya shampoo rata ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Seterusnya gunakan Senmy Masker atau perapi rambut. Ratakan perapi ke seluruh helaian rambut supaya setiap helaian dapat khasiat daripadanya. Biarkan selama 3 ke 5 minit sebelum bilas dengan air bersih.



Harga? Tahu dah mesti korang nak tahu harganya kan..

Senmy Shampoo RM 62
Senmy Conditioner RM 62
<< Pembelian 3 set ( shampoo + conditioner ) dan ke atas diberi harga ahli!!! >>


Untuk sebarang info dan maklumat lanjut berkenaan Senmy Products ini, korang boleh hubungi :


TELEFON : 01119902165









5 comments:

  1. seronok ni nak manjakan diri. kena rajin je kuncinya kan.. da ade produk macam ni senang dirumah pun boleh buat spa..

    ReplyDelete
  2. so far mek guna shampoo ni ok. kurang la rambut bertaburan dekat lantai.

    ReplyDelete
  3. wow..cntik menarik..cik abe pun tertarik..eh..hihi

    ReplyDelete
  4. Kalau boleh hilangkan kelemumur, macam nak try je..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.