DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

by - May 21, 2018

Hi semua! Entry kalini merupakan perkongsian produk berkaitan dengan produk kesukaan incik suami Gee. Seronok sungguh incik suami bila dapat surprise daripada DASHING SPORT. Hujung bulan ni anniversary kami, so ni kira hadiah istimewa juga untuk dia setelah 9 tahun bergelar seorang suami. Hehe.



DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORTRangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. Memang sesuai dengan pekerjaan incik suami seharian di site dan malamnya aktif bersukan badminton atau futsal.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.   

DASHING SPORT Golden Boot
Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Hitman
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING HITMAN Eau De Toilette
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

DASHING GOLDEN BOOT Eau De Toilette
Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut : 











You May Also Like

9 komen

  1. suka tengok botol eau de toilette dia. Cantik!

    ReplyDelete
  2. Yeah!! Boleh jadikan hadiah nie.. mujurlah ternampak entry ini..

    ReplyDelete
  3. walau jenama top..tapi harga mampu milik...ewah3...bertuah encik suami dapat set nii

    ReplyDelete
  4. mek suka bau bedak dia. wangi !

    ReplyDelete
  5. dashing mmg wangi, suka yg warna biru, keluaran yg mula2 dulu..

    ReplyDelete
  6. cantik packaging diaaa. suka tngokkk.

    ReplyDelete
  7. Adik pernah beli dia punya semerbak tu memang kalah wangian perempuan

    ReplyDelete
  8. wangi lak dashing ni... semerbak bila guna

    ReplyDelete