HOLIDAY

Cepat Grab Coupon Hotel & Flight sempena "Kempen Raya Bersama Traveloka!"

May 18, 2018
Raya Oh Raya! Masing masing dah kira budget tu untuk beli kelengkapan raya, pastu kos nak balik kampung lagi. Balik kampung dengan kenderaan sendiri, kena fikirkan pulak nak hadap jem! Alhamdulillah, kampung Gee dan incik suami dekat - dekat je so bab balik kampung tak perlu nak fikirkan dah. Hehe.

Tapi, tahun ni Arsyad dan Amani dah berpuasa penuh. Bila fikir-fikir rasa nak bagi reward bercuti lah pada mereka. Kalau bagi duit, dah sememangnya nanti beraya akan dapat duit raya kan! Tahun ni kita buat reward lain macam sikit at least cuti raya mereka dapat memberikan kepuasan setelah sebulan berpuasa.

Makanya, proses pencarian Gee bermula! Memandangkan Gee ada 4 orang anak, makanya nak bercuti mestilah kena fikirkan budget yang ada. Nak bercuti di 5 stars hotel tapi dengan harga yang murah!! Semestinya pilihan Gee adalah TRAVELOKA !! Gee memang suka booked hotel dengan Traveloka sebabnya harga yang ditawarkan jauh lagi murah kalau kita walk in atau melalui laman web hotel itu sendiri.


Nama pun RAYA!! Semua dah hebohkan sale sale sale!! Jangan tak tahu, Traveloka pun nak buat Kempen Promosi sempena raya ni tau! Untuk KEMPEN RAYA BERSAMA ini, Traveloka akan bagi 10% off untuk semua hotel dan penerbangan ke seluruh destinasi bagi tempoh kempen dijalankan melalui Traveloka coupon codes.

Ya!! Semua hotel dan penerbangan ke seluruh destinasi! Kalau rasa malas nak hadap jem balik beraya, baik korang grab promosi Kempen Raya Bersama Traveloka ni. Nak raya mestilah nak seronok, fikiran pun tenang je kalau korang tempah penerbangan dari Traveloka ni.


TAPI!!! Kupon adalah limited u ols!! Kalau tak sempat grab kupon, memang rugilah tak dapat diskaun nanti. Kegunaan coupon codes ni, nanti bila step pembayaran, harga yang perlu dibayar akan tolak lagi 10%. Sekiranya hotel yang korang pilih diberikan 40% diskaun, maka bila ditambah dengan 10% off dari kempen Raya Bersama, jumlah diskaun sebanyak 50% kot!!!  

So kalau nak grab coupon codes kempen Raya Bersama ni, korang kena subscribe newsletter dari Traveloka pada 20 Mei untuk menjadi antara mereka yang terawal dapatkan kupon pada 21 - 22 Mei 2018. So kalau dapat kupon terawal ni korang boleh akses awal selama 48 jam dan semestinya tak perlu nak pening-pening untuk fikirkan alternatif hotel dan flight back up sekiranya fully booked.

Cepat subscribe newsletter di sini << Kempen Raya Bersama >> .

Apa yang akan dapat bila dah subscribe?

** Harga istimewa untuk tempahan tiket penerbangan domestik dan luar negara!
** Harga istimewa untuk penginapan yang bermula dengan 1 bintang sehingga ke 5 bintang di Jepun, Kemboja, Vietnam, Singapore, Malaysia, Thailand dan Laos.
** Nikmati promosi dari hotel itu sendiri hanya di Traveloka!


Sekiranya korang terlepas 'early bird' dari kempen Raya Bersama ni, korang masih lagi boleh dapatkan promosi ini melalui public access pada 23 hingga 29 Mei 2018. Nak jimat ke tak pergi bercuti atau pulang beraya nanti? Banyak tu dapat diskaun!

Tempah dengan Aplikasi Traveloka di telefon lagi mudah!!

Apa bezanya tempah melalui aplikasi dengan laman web Traveloka? Pertama, korang akan dapat harga lagi murah sekiranya tempah melalui aplikasi Traveloka. Keduanya, korang boleh akses walau di mana sahaja korang berada!! Jimat, cepat dan mudah bukan?

Harga yang dilihat adalah harga sebenar walaupun korang akan fikir dua kali dengan harga yang sangat murah! Traveloka tidak mempunyai caj - caj tersembunyi dan juga tiada bayaran pendahuluan diperlukan. Korang hanya perlu bayar harga bilik hotel yang ditempah atau harga tiket penerbangan yang dipilih.


Nikmati pelbagai promosi dari penggunaan aplikasi Traveloka. Hanya dengan menggunakan aplikasi Traveloka, korang dapat menikmati diskaun untuk first time booking. Tu baru satu promosi yang Gee bagitahu kan? Lagi, Traveloka juga ada membuat pelbagai promosi serta kempen di aplikasi Traveloka bersempena perayaan - perayaan yang ada di Malaysia. Dan yang terkini semestinya Kempen Raya Bersama Traveloka ini.  

Untuk mereka yang belum tahu, Aplikasi Traveloka ni semudah ABC untuk kita menempah hotel yang kita nak. Gee hanya perlu masukkan destinasi, tarikh daftar masuk, tempoh bermalam, bilangan tetamu, bilangan bilik serta filter mengikut bajet atau rating hotel yang kita nak.


Traveloka memaparkan pelbagai pilihan hotel dan penerbangan setiap hari. Setiap hotel yang disenaraikan pula, akan diberikan pelbagai pilihan bilik mengikut keselesaan dan kemahuan kita. Gee suka bila Traveloka turut memberikan maklumat tempat menarik serta kemudahan lain yang berada disekitar hotel yang ditawarkan. Ianya sangat memudahkan kita untuk merancang percutian bersama keluarga. 


Jadi! Korang tunggu apa lagi tu? Cepat - cepat install aplikasi Traveloka di telefon pintar korang dan nikmati pelbagai promosi dan kempen yang dijalankan. Gee nak mulakan pencarian dah ni! 













You Might Also Like

4 komen

  1. wah! menarik ni. boleh gi jalan2 la raya ni...

    ReplyDelete
  2. waaa. jom kita buat trip gee. hehehe

    ReplyDelete
  3. Memang mudah sangat dan berbaloi guna Traveloka nie..

    ReplyDelete
  4. mmg rugi sapa x grab yg nak balik kg beraya.. sbb berbaloi

    ReplyDelete